Assalamualaikum
Hai semua hari nie acik mahu kongsikan doa bagi melembutkan hati mereka yang keras nie dan dapat meredakan panas baran.  Doa
 asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya 
dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh 
Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus 
menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah 
Taha)
Di
 antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah 
besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya
 dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan 
doa pelembut hati
Mengikut aturannya,  bacalah:
Baca surah  Al-Fatihah
 الفاتحة
Baca Ayat di  Bawah:
 لَوْ اَنْزَلْنَا هَـذَا اَلْقُرْآنَ.............الخ 
Baca ayat 1-5  Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Taa' Haa.

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. 
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
  اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ 
Kemudian tiupkan ke  air
Doa
 di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa 
melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri 
sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada 
iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas 
perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, 
ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati
 orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa 
pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 
* di ruangan ……..letakkan  nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri




8 Ulasan