Assalamualaikum
Hai semua, berada di hujung minggu yang
sangat mengasikkan apabila tengah panas-panas macam gini makan ABC lagi-lagi
di seksyen 2 sedapnya. Walupon masih tak sehat tapi nak makan jugak .Hari nie
acik kena pergi untuk taklimak 3K untuk PDRM ,untung bro-bro polis siap ketua
polis negara datang. Oklah tu cuma penat menunggu jer
Acik sebenarnya pelik dengan
manusia-manusia nie , kalau kita lihat sekarang setiap benda yang manusia
lakukan mesti akan di postkan di facebook ataupon di twitter. Kalau untuk
pekara yang baik alhamdulilah sangat tapi masalahnya ada segelintir mereka nie
postkan tentang diri sendiri yang memalukan diri mereka sebenarnya ,mungkin
mereka sedar dan mungkin mereka tak sedar. Mendedahkan aurat sesuka hati dan
megakui melakukan maksiat tanpa rasa malu. Remaja adalah bakal pemimpin negara
.Jika masalah sosial bermaharajalela maka habislah masa depan anak bangsa
kita.
Acik ada dapatkan dari facebook
beberapa keping gambar yang rasanya tak patut kamu lakukan .Sepatutnya kita
kena menjaga maruah dan aib diri kita. Tapi now entahlah ... Tak kan nak
salahkan ibu bapa kerana tak berikan didikan agama ?? sedangkan
kebanykkan ibu bapa mesti akan hantar anak mereka ke sekolah agama untuk
dapatkan ilmu agama dan selebihnya anak itu sendiri yang membuat keputusan sama
ada mahu amalkan apa yang dipelajari ataupon tidak.
dan paling membimbangkan apabila budak
sekolah kini menjadi-jadi dengan mengambil gambar dan membuat pekara tak
senonoh. lagi satu please jangan jadi macam budak 5 day mc tu.. ishhhh
menjatuhkan aib sendiri ..
Apa yang jelas, ramai remaja yang tidak
mementingkan maruah hidup tanpa hal tujuan. Malah, mereka tidak memahami
apa itu maruah. Bagi mereka maruah hanya dikaitkan dengan hubungan sesama
mereka. Remaja mudah terasa tercabar jika dipermainkan sesama
mereka. Pantang sahaja dicabar akan terus disahutnya.
Sebaliknya, mereka tidak ambil peduli
jika yang menegur itu ibu bapa atau orang dewasa. Mereka menganggap orang
dewasa tidak memahami perasaan atau jiwa remaja. Kononnya, zaman ketika ibu
bapa melalui usia remaja dahalu tidak sama dengan zaman apa yang mereka lalui
sekarang.
Fenomena ini menjadi punca mengapa
masalah moral remaja semakin meruncing. Dalam hal ini bukan ibu bapa dan
orang dewasa tidak berperanan membentuk moral remaja ke arah kebaikan, tetapi
remaja sendiri tidak mahu menerima apa yang difikirkan baik untuk mereka.'
Apa pon kita perlu tolong mereka dengan
apa cara sekalipon .. Tak sanggup lagi melihat kes bayi di bunuh dan di buang
..please jaga maruah diri kamu ..ok lah malas nak membebel panjang sampai di
sini dulu adios.
21 ulasan:
for them, itu perkara biasa...sbb maruah mereka mmg murah
nth la budak budak sekarang nie..murah btl..
doakan yang terbaik untuk mereka. Insya Allah :)
budak budak zaman sekarang. makin hari makin menjadi-jadi. huhu
doakan yang terbaik utk mereka.^^
dh xde rasa malu agaknya... macamana nak atasi tu...
ntah pape tah
Budak2 skrg xsame cm budak2 dulu..dulu klu degil wat bukan2 kne bantai da dek org tua..skrg xde..smue dibela..g skolah cikgu rotan anak dorg mak bpak dtg serang cikgu balik..klu dulu..siap org tua ckp kat cikgu skolah klau anak sy nakal jahat rotankan je cume jgn bg patah riuk je..dulu lain skrg terlampau lain jd mslh moral cmnie..utk kebaikan sme2 la kite tegur menegur..n diri sendri jd keutamaan nak wat sesuatu benda..so pilih la jln yg baek utk diri sendri..
Saya juga seorang remaja...semoga saya tidak menjadi salah satu daripada mereka...AAMIIN...semoga maruah saya terpelihara selama-lamanya...remaja seperti ini perlu bimbingan yang cukup...memang agak sukar tapi kita boleh cuba dengan cara menasihati mereka...mungkin ada sebab mereka b'buat demikian sehingga mereka lupa sgla-galanya...Doakanlah mereka...
hadoiii......mcm mna nk jadi pemimpin negara klu gini la prgai nyer...(T.T)
kata orang perempuan suka kepada yang seksi,, dan seksi itula yang membuatkan macam2 hal..
harap diri aku tidak tergolong dalam kalangan orang yang melakukan maksiat...harap mereka bertaubat..
harap diri aku tidak tergolong dalam kalangan orang yang melakukan maksiat...harap mereka bertaubat..
smoga saya dan kita semua trhindar dr trmasuk dlm golongan ni.. aminnnnnn
semoga diri kita dikuatkan . . . memang diakui zaman remaja zaman ingin mencuba, sesekali ingin, ingat semula pada Allah yang Esa . . . mohon dijauhkan
Dunia di akhir zaman.
knp la bdk2 skrg ni emudah sgt trpengaruh dgn bnda2 negetif nie erk..... mmm
dh laa melakukan perkara terkutuk , mereka sanggup pula mendedahkan aib mereka di laman sosial .
Manusia akhir zaman, acik.. takpelah. kalau kita tak boleh nak ubah semua. sekurang2nya kita boleh pastikan ahli keluarga kita tak macam tu. :)
astaghfirullahal'azim...mintak dijauhkan dari keturunanku... dan moga mereka diberi petunjuk dan hidayah... :(
salam. astaghfirullah..apa nak jadi la remaja sekarang erm :(
isi tabung visa :)
Catat Ulasan