Pengikut

Isnin, 21 Januari 2013

Benarkah Orang Sabah Dan Sarawak Seperti Itu ?




Assalamualaikum 

Aduuhh pagi-pagi dah ada status panas di facebook,macam-macam hal sekarang nie, selepas di nasihat dan di tegur, nasib baik si mamat tu cepat-cepat padam statusnya. Tapi acik sempat print screen statusnya. Tapi maaf acik tunjukkan nie bukan bertujuan untuk panaskan memana pihak cuma sebagai peringatan saje,


Kita di beri peluang hidup di bumi ALLAH yang aman ini tanpa ada sengketa antara kaum ,agama dan bangsa. Kenapa kita perlu mengutuk sesebuah bangsa hanya kerana seorang yang buat silap ?? Mungkin betul dia buat silap , tapi bukan bermakna kita boleh salahkan semua orang itu sama . Jangan sebabkan nira setitik rosak susu sebelangga. Dan jangan sampai keluarkan kenyataan-kenyataan yang memakan diri. 

Zaman sekarang nie bila kamu buat silap sikit jer , pasti akan ada beribu-ribu orang yang akan ambil tindakan yang kadang kala tak masuk akal jugak. Lagi-lagi di facebook, twitter ataupon blog, berpadalah jika nak tulis apa pon,sebab sekarang nie orang lebih alert dan mencari "watak" untuk di jadikan bahan.

Acik tak setuju dengan status yang di tulis oleh Hamba ALLAH nie, setahu acik orang sabah dan serawak nie, orangnya rajin berkerja, pandai-pandai, matang , dan cantik-cantik. Di Uitm ada ada ramai kawan sabah dan sarawak, mereka semua baik-baik, Contoh tony : salah seorang student yang excellent, every sem 3.5 above.Mereka berbakat dan hebat-hebat sebenarnya.

Jangan di sebabkan pandangan peribadi + emosi + ego kita , kita judge seolah-olah sesebuah kaum itu sama. Kadang kala yang buruk itu bukan datang dari sesebuah kaum tapi datangnya sifat individu itu sendiri.

“Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling belakang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah Subhanawataala yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya. Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)

kita hidup ini , tak kisahlah lain fahaman politik, lain bangsa dan agama, kita perlu saling hormat menghormati dan jangan terbawa-bawa emosi sangat :) So biarlah hidup kita nie aman dan sejahtera. Jangan risau acik tak akan dedahkan pemilik status facebook tersebut seperti blog lain buat. Buat dia buat silap, tapi siapa kita untuk menghukum dia. Bagi peluang dan biar kita muhasabah diri :)  


Share This!


18 ulasan:

  1. Takpe.
    I think he knows very little about Sabah, Sarawak. It obvious from what he wrote.

    It's entirely up to him to ignore and go on saying things he doesn't know. In that case, I can just say 'good luck' to him.

    Kita kan satu Malaysia, kena belajar bertoleransi.

    BalasPadam
  2. syg skli, dia sdg memaki negara sndiri..
    p/s:adie org sabahan. sbh bgus bha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm sabahan dan serawak itu ramai orang yang berbakat

      Padam
  3. Ejaan perkataan Serawak (yang betul Sarawak) ada kesilapan la mr. admin.. ;)

    SentiasaPanas[dot]com

    BalasPadam
  4. Saya orang sarawak yang dah merantau setiap negeri di Malaysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang sabah dan sarawak semua hebat-hebat , abaikan mereka yang annoying nie

      Padam
  5. astaghfirullah... aku rasa sendiri... Sabah dan Sarawak lebih terpelihara budaya dan sosial nya... tengoklah orang KL, mana nak cari perempuan yang masih dara ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi itulah ...aku pon rasa Sabah dan Sarawak lebih terpelihara budaya dan sosial nya

      Padam
  6. la..jahatnya mulut..xbaikla ckp cmtu kan kita satu malaysia..sha org sbh mmg la terasa..mklumla hodoh..tp bukan bodoh !!

    BalasPadam
  7. yang cakap mcm tuh selalunya yang jenis tak pernah nak merantau ke negeri orang... dok terperuk jer kat tempat sendiri, dari muda sampai ke tua.. saya dr Perlis, dah 7 tahun mengajar kat Sarawak.. ok jer.. best lagi ada lah.. siap dah pandai cakap Bahasa Iban sekarang nih!! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu jugak, IKUT emosi saje kan :)

      Padam
  8. status dia tuh buat kita kecik hati,tau..bukan semua orang macam tu..saja si mamat tu nak glamor sorang..

    BalasPadam
  9. masing2 ade kelebihan n kekurangan sendiri..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails