Pengikut

Khamis, 17 Januari 2013

Kenapa Sebahgian Lelaki Takut Menjadi Imam Ketika Solat ?




Assalamualaikum


 Hai, mulakan hari dengan senyuman yang menawan . Pagi - pagi dah buat acik tergalak, macam- macam hal kelakuan rakan -rakan di page acik di Mohd izahar Page dan di AkuPenghibur [Dot] Com. Kerana pgi tadi , ada menjadi isu hangat dimana kaum hawa bertanyakan pada acik , kenapa sebahagian lelaki takut untuk jadi imam ketika solat.

Ahh itu persoalannya, bila time nak solat masing-masing tolak pada masing-masing. Tak payah nak bagi contoh orang lain, contoh pada diri sendiri. Pertama sekali ,acik jadi imam semasa di tingkatan 4 di sekolah memang gugup yang teramat dan di tambahkan nervous yang tak sudah-sudah. Tapi bila dah solat itu ok jer,sebab perasaan takut itu menghantui kita.

Bukan senang nak jadi imam nie, tanggungjawabnya besar, dosa makmum kita yang tanggung jika tak betul,Kebanyakan lelaki akan tolak bila jadi imam waktu magrib dan isyak kerana di saat ini kamu kena lontarkan vokal dan bacaan yang betul, kalau surah pon tak hafal, maka teruklah dan jadi malu.

Jawapan famous lelaki 

1. Aku tak bersedia lagi jadi imam
2. Aku takut nanti salah bacaaan
3. weii dosa makmum nanti aku tanggung bila salah
4.Aku bagi peluang pada kawan-kawan yang lain
5. aku tak bersedia dari segi mental dan fizikal

Alasan masing-masing kerana setiap individu ada alasannya sendiri

Bukan senang nak jadi imam, seriously, maaflah acik taip ini bukan untuk memalukan kaum lelaki dan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tapi hanya sekadar berkongsi cerita. Sebenarnya kita harus belajar dari kesilapan. Allah tahu niat kita, acik pon pernah buat kesilapan ,  tapi kalau kita tak boleh terima pandangan, teguran dan tak belajar dari kesilapan maka kita berada di takuk yang lama. Pengalaman itu adalah guru yang tak bernyawa untuk kita. 

Dari Sahal bin Saad radhialloohu’anhu, diriwayatkan bahawa dia menceritakan: Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Imam itu memiliki tanggung jawab. Kalau dia melakukan sembahyang secara baik, maka dia dan para makmumnya mendapatkan pahala. Dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa, sementara makmumnya tidak.” (HR. Ibnu Majah)

Tanggungjawab imam sangatlah besar, kerana itu Rasulullah saw menyebut “Jangan (berebut) jadi imam, jadilah muadzin (bilal atau tukang azan)”.Sekiranya imam itu terlalai hatinya dari mengingati Allah atau terdapat kekurangan dalam sembahyangnya, maka pahalanya akan diberikan kepada para makmum. Muadzin pula tetap mendapat keuntungan dari laungan azannya, semakin kuat azan, semakin banyak keuntungan pahalanya. 

Setiap Imam menanggung sembahyang makmumnya. Sayyidina Ali r.a. pernah menjadi imam dan terlupa untuk berwuduk. Selepas itu beliau dan makmumnya mengulangi sembahyangnya kerana bimbang dia akan memikul kesalahannya menjadi imam tanpa wuduk. Rasulullah sendiri pernah satu ketika Baginda hampir bertakbir, Baginda menyuruh makmunnya menunggu kerana terlupa Baginda belum mandi junub. Setelah selesai mandi junub, Baginda datang dengan rambut yang masih basah dan menitik airnya untuk meneruskan sembahyang.

Tapi ingat macam mana pon lelaki adalah imam kepada kaum hawa, muhasabah diri dan paling penting tingkatkan diri kita, lagi-lagi remaja sekarang , cuba bayangkan bila depan bapak mertua suruh jadi imam, tak terkedu di buatnya :) so sesama kita tingkat diri dan menjadi muslim sejati . 

Maaf jika ada yang terasa, maaf jika ada yang kurang selesa dengan entry ini, ini hanya buah fikiran insan yang lemah dan juga insan selalu buat salah, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak saling ingat mengingati.


Share This!


2 ulasan:

Gombug berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ridhwan Othman berkata...

Mohon saya kongsikan di blog saya pada masa yang akan ditentukan kelak ye, perkongsian yang jarang diketengahkan. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails