Pengikut

Selasa, 1 April 2014

Kawin Muda Perlu Ada Ilmu

Gambar hiasan
Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini ucapkanlah syukur kehadratnya. Mari kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Teringat pula apa yang berlaku ketika mahu pulang dari johor ke shah alam. Acik balik sekejap sahaja kerana hal keluarga, setibanya di TBS berlari dengan laju takut ketinggalan KTM untuk ke shah alam kerana itu jam tepat pukul 10.30 malam.

Alhamdulilah sempat menaiki KTM dan berlari ke KL Sentral untuk tukar haluan ke Perlabuhan Klang untuk pulang ke shah alam. Alhamdulilah di permudahkan urusan.Pertama kali naik KTM dalam pukul 11 lebih dan ramai orang. Depan acik betul-betul sepasang suami isteri muda yang sedang mendokong anaknya yang sedang menangis tanpa henti.

Acik : Kenapa biarkan baby menangis, tak bagi dia susu ?
Perempuan : Ermm saya bukan tak nak bagi tapi susu dah habis, itupun saya beri susu manis tu.
Acik : Ya Allah yeke, boleh saya dokong dia, kesian dia sekurangnya bagilah air masak ke dulu, jangan biarkan dia terus menangis, lagi-lagi dalam KTM nie nanti mengangu yang lain.
Lelaki : Tapi bang saya tak ada pengalaman tentang baby, saya tak tahu apa pon. 
Acik : Belajarlah ,kat youtube ada, blog ada semua maklumat tentang baby.
Lelaki : saya tak mampu bang, nak makan pun susah.

Perempuan : Saya terpaksa tak bekerja untuk jaga baby ini, sebab tak orang nak jaga dia.
Acik : Kawin masa umur berapa ? 
Lelaki : Kami kawin masa umur saya 20 dan dia 18 tahun.rasa menyesal pun ada bang.
Acik : Jangan cakap macam tu , sebenarnya bagus kawin muda nie, banyak manfaatnya tapi kenalah belajarlah cari ilmu tentang alam perkahwinan dulu sebab perkahwinan itu bukan untuk suka-suka tetapi lebih kepada tanggungjawab.

Acik memberi nasihat juga kepada mereka, itu saje yang acik mampu beri dan sempat juga acik tolong mereka apa yang acik mampu. Kesian betul melihat mereka, dengan baby yang masih kecil. Sebab itu sebelum berkahwin tak kiralah kawin muda ke ataupun kawin tua ke ,kita perlu ada ilmu soal alam perkahwinan, menjaga anak , tahu tanggungjawab suami ,tanggungjawab isteri dan sebagainya.

Kawin ini bukan hanya untuk suka-suka tetapi besar tanggungjawab yang di pikul. Definasi acik kawin muda adalah linkungan mereka dalam usia 21-25 tahun. Kerana mereka mempunyai emosi yang stabil dan matang dalam membuat keputusan.

Pastinya kawin muda ini kita perlu ada ilmu dan jika tak tahu carilah maklumat dari laman sesawang mahupun bertanyakan pada mereka yang lebih" makan garam"  dari kita. Setiap lelaki dan perempuan perlu tahu peranan mereka sebagai suami dan isteri

Peranan suami isteri

Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan memerintahkan wanita untuk sujud kepada suaminya.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Tugas asas isteri adalah memberi ketaatan dan layanan kepada suami. Nabi memerintahkan wanita untuk memberikan ketaatan yang mutlak kepada suami. Maksud ketaatan mutlak bukan bererti melampaui ketaatan kepada Allah dan Rasul, tetapi bermaksud selama mana suami memerintah agar melakukan kebaikan atau hal-hal yang tidak bercanggah dengan syariat Islam, seorang isteri mestilah mengikuti perintah suami. Itulah asas kepada kehidupan dalam keluarga.

Tanggungjawab seorang isteri berbeza dengan tanggungjawab seorang suami. Di dalam sebuah hadis Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa seorang wanita bertanggungjawab ke atas isi rumahnya. Adapun suami pula adalah sebagai pemimpin dan tanggungjawabnya lebih luas. Suami juga bertanggungjawab menyediakan pakaian, makanan, dan keperluan asas untuk isteri dan ianya perlu diberikan secara adil. Tidak boleh sekiranya suami memakai benda-benda mewah tetapi memberikan benda yang buruk untuk isterinya.

Tanggungjawab suami juga lebih luas dan besar iaitu merangkumi tanggungjawab kepada ibu bapa, kepada masyarakat, kepada negara. Sedangkan tanggungjawab isteri adalah mengurus suami dan anak-anak sahaja. Sebab itu, sifat wanita adalah agak halus dan menghalusi sesuatu perkara. Dan sebab itu juga Allah menjadikan sifat wanita ini mampu menggoda lelaki. Sabda Nabi di dalam hadis,

“Aku tidak pernah melihat (manusia) yang kurang akal dan agamanya namun dapat mencairkan hati kaum lelaki yang sangat gagah selain daripada kamu wahai sekalian wanita.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebab itu mudah sebenarnya untuk para wanita untuk mencapai syurga iaitu memadai dengan memberikan ketaatan dan memenuhi tuntutan dan kehendak suami (setelah ketaatan kepada Allah dan Rasul).
Wallaahu a’lam.

Apa-apa kerapa mereka yang mahu kawin muda, kena membuat persiapan yang rapi untuk menhadapi kehidupan yang mencabar. Semoga Allah permudahkan urusan kamu. 


Share This!


38 ulasan:

  1. Kahwin usia muda ni ada baik dan buruknya. Baiknya, dari segi tenaga, waktu muda memang banyak tenaga. Nak jaga bayi yang masih kecil memang memenatkan serta memerlukan tumpuan 100%. Cuma, dari segi pengalaman tu, lambat laun akan dipelajari juga. Kesabaran tu yang kena lebih sikit waktu muda-muda ni.

    BalasPadam
  2. minda tu kena kuat.. tak leh cepat panik.. nak jaga baby perlu byk belajar.. lain baby lain kerenah dia..tapi tu semua bagus untuk kita menilai diri.. betapa susahnya kita membesar dulu..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum acik... alhamdullilah. sheila pun kawin muda. nak masuk usia 2 tahun pernikahan. alhamdullilah. walaupun memang takda ilmu pasal anak, ikhtiar juga google dan bertanya. sedih pula dengar perempuan tu cakap menyesal. tak baik T____________T"

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam ,sheila yang cakap itu adalah lelaki tu

      Padam
  4. good entry..kawen bukan perkara remeh..jgn ambik mudah..huhu

    BalasPadam
  5. kahwin muda perlu bagi mengelak zina
    ilmu tentang perkahwinan boleh diperoleh selepas tu melalui pengalaman
    insya allah mereka mampu menghadapinya
    cuma semua tu perlukan kesabaran dan iltizam
    sokongan ahli keluarga yang lain juga perlu, jangan biarkan mereka terkapai-kapai

    BalasPadam
  6. btl tu acik..kawin muda nie besar sbnrnya juga risikonya..

    BalasPadam
  7. Tapi sekarang ni banyak sumber2 bolih di dapati...sebelum kawin pun dah ada kursus perkahwinan...ada kursus keibu bapaan...google dan baca, dan praktikan...

    Orang dulu2 pun ada juga yang kawin awal seusia belasan tahun...tapi orang dulu tak der kursus...mereka belajar dari amali...orang sekarang kebanyakan belajar teori dari pembacaan..

    BalasPadam
  8. Kahwin muda ni ada baik & buruknya.. Segalanya baik klu diikutkan tp yg memburukkan bila kurangnya ilmu spt yg Acik katakan & kehidupan sendiri pun masik kurang stabil dari segi pendapatan.. kahwin muda ni mmg bnyk dugaannya, hanya iman, kesabaran & kesefahaman yg dpt menangkis segala keburukan... in shaa Allah. Perkongsian yg sgt baik utk renungan semua...

    BalasPadam
  9. Tak kira la kahwin muda ker... kahwin tua ker... kedua2nya perlukan ilmu... dugaan yang datang tidak mengenal umur...

    BalasPadam
  10. setiap yang pro ada kontranya tapi kita sebagai manusia perlu tau mengimbanginya... kahwin muda tak salah, kahwin lewat pun tak salah, kahwin on time pun tak salah...pendek kata, kahwin itu tidak salah, yang penting konsep perkahwinan tu yang semua orang kena betul2 fahamkan dan selepas itu barulah boleh melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya... nak kahwin kena selami ilmu berumahtangga, hidup ini umpama sifir, setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ada sifirnya yang tersendiri....

    BalasPadam
  11. bila di fikir2 kadang rasa beruntung sebab belum kawen tapi bila di fikir lagi rasa nya setiap manusia di uji dengan cara yg berbeza, cuma kita kena tabah untuk menghadapi nya :)

    BalasPadam
  12. Kahwin untuk nafsu tak akan ke mana

    BalasPadam
  13. kahwin muda memang digalakkan.. tapi hati kena cekal dalam berumah tangga. pada masa inilah banyak dugaan terutamanya soal kewangan yang boleh menggegarkan alam rumah tangga itu.

    BalasPadam
  14. Itulah.. Khwin pun kna ada asas ilmu.. Bkn main ikut atau main pondok2...

    BalasPadam
  15. Usia bukan penghalang untuk kawin. Yang penting kejujuran dan keikhlasan...

    BalasPadam
  16. Setuju dengan entry ni acik..ilmu ibarat kunci dalam kita berusaha membuka lembaran baru kehidupan..yang utama..sabar dan bersungguh untuk belajar termasuk ilmu rumahtangga..

    BalasPadam
  17. Kahwin ni muda atau tua (matang) kalau tak ada persediaan mental dan fizikal, zahir dan batin..memang agak mencabar..
    moga urusan mereka dipermudahkan..kesian pulak baca..

    BalasPadam
  18. Setiap yang Allah tentukan mesti ada hikmahkan..cuma kadangkala kita tak belajar dan tak tau nak ambil peluang..semoga pasangan yang kahwin dalam usia yang terlalu muda belajar untuk menjadi dewasa dan bertanggungjawab dengan amanah Allah..

    BalasPadam
  19. datuk dan opah akak berkahwin ketika opah akak berusia 14 tahun dan datuk 16 tahun.. betul tu, semuanya perlu ada ilmu termasuklah ilmu agama dan ilmu menguruskan rumahtangga.. doakan semoga pasangan itu terus bahagia..

    BalasPadam
  20. betul, nak kawin muda kena cukup ilmu, kalau tak porak peranda rumahtangga....

    acik, ika nak jemput acik join GA ika, harap sudi laa ya join :)
    http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

    BalasPadam
  21. buat apa pun..kena ada ilmu..
    mudah2an pasangan itu berjaya harungi kesusahan sementara yg dialami,,
    in sha Allah, rezeki untuk anak itu tetap ada

    BalasPadam
  22. kawen muda ni ada pro dan kontranya. apa yg penting lengkapkan ilmu didada kerana alam rumahtangga adalah cabaran yg besar menanti. moga allah sentiasa memberi hidayah dan petunjuk.amin

    BalasPadam
  23. Assalammualaikum...achik,

    Pasal kahwin muda nie... memang ada pro dan kontra nyer.. kan. Cuma kita yang kahwin muda nie kena banyak belajar daripada pengalaman mereka yg telah lama melayari rumahtangga. Insaallah moga2 semua nyer baik2 aje.. k

    mselim3

    BalasPadam
  24. jomlah kawin cari ilmu kejar pahala harap semua seiring

    BalasPadam
  25. perkahwinan adalah permulaan kpd kehidupan sebenar...samaada mahu memulakannya lebih awal terpulang kpd kita...cabaran hidup berkahwin muda r lambat tetap ada...perlulah bijaksana menanganinya...pabila perkahwinan telah diikat bermakna tanggungjawab berkeluarga harus dipikul dgn matang.

    BalasPadam
  26. Tidak kiralah kahwin pada usia berapa pun, ilmu dunia dan akhirat perlulah ada. Bila ada ilmu perlulah diamalkan...
    Jika segalanya mengikut syariat...InsyaAllah, pastikan kekal bahagia.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum, betul tu bro..kawin muda ada baik dan buruknya...cuma cabaran bg kawen muda, mereka haruslah kuat dari segi mental dan fizikal..banyak ancaman yang bakal ditempuh..maklumlah muda lagi kan..risau kalau ada yang cuba cucuk..

    BalasPadam
  28. salam. setuju tu acik..kalau nak kawin muda kena ada ilmu..bukan kawin macam tu saja..
    sy dulu ada juga niat nak kawin muda tapi sampai sekarang tak jugak kawin+ hahaha [gurau]
    btw adik sy pun kawin muda..masa dia usia 18..memang banyak buruk dari kebaikan tapi nasib baiklah mak banyak guide diorg cara berumah tangga..suami adik sy pun alhamdulillah bertanggungjawab orangnya walaupun usianya muda namun boleh berfikir dengan matang :)

    BalasPadam
  29. tahniah..tekaan cik ti dlm entry kak anim tu tepat. jgn lupa e-mel address no:-))

    BalasPadam
  30. akak kawen masa umur 20 dan hubby umurnya 25...alhamdulillah dah 22 th hidup bersama...sblm kawen hubby cakap tak nak kawen lewat ,nanti dah tua2 anak2 masih kecik2 lagi...

    BalasPadam
  31. kenapa dia nak menyesal.. patut bersyukur sangat2 sebab jodoh mereka awal.. bagus la acik sebab bagi sikit nasihat pada pasangan tu.. sebab kan mereka kawen muda, mereka kene cepat mempelajari ilmu rumah tangga dan tiada alasan lagi untuk mengatakan mereka tidak ada ilmu.. sweet sgt kalau tengok pasangan muda ada anak..

    BalasPadam
  32. betul tu. nak kawin bukan senang. kena fikir tanggungjawab kita lagi.

    BalasPadam
  33. zaman dah berubah, kawin muda sekarang tak sama macam kawin muda zaman ayah mak atau atuk nenek kita

    BalasPadam
  34. perlu ada persediaan sebelum nak berkahwin..zaman bercinta dan berumahtangga jauh bezanya...tanggungjawab juga lain..

    BalasPadam
  35. Zaman dulu banyak anak muda yang kahwin muda, berbanding kini. Namun, harus ada persediaan diri sebelum dan selepas berkahwin, Ilmu jug aperlu cukup di samping kekuatan dan kesabaran yang tinggi di tuntut.

    BalasPadam
  36. Zaman dulu banyak anak muda yang kahwin muda, berbanding kini. Namun, harus ada persediaan diri sebelum dan selepas berkahwin, Ilmu jug aperlu cukup di samping kekuatan dan kesabaran yang tinggi di tuntut.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails