Gambar hiasan
Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini ucapkanlah syukur kehadratnya. Mari kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Teringat pula apa yang berlaku ketika mahu pulang dari johor ke shah alam. Acik balik sekejap sahaja kerana hal keluarga, setibanya di TBS berlari dengan laju takut ketinggalan KTM untuk ke shah alam kerana itu jam tepat pukul 10.30 malam.

Alhamdulilah sempat menaiki KTM dan berlari ke KL Sentral untuk tukar haluan ke Perlabuhan Klang untuk pulang ke shah alam. Alhamdulilah di permudahkan urusan.Pertama kali naik KTM dalam pukul 11 lebih dan ramai orang. Depan acik betul-betul sepasang suami isteri muda yang sedang mendokong anaknya yang sedang menangis tanpa henti.

Acik : Kenapa biarkan baby menangis, tak bagi dia susu ?
Perempuan : Ermm saya bukan tak nak bagi tapi susu dah habis, itupun saya beri susu manis tu.
Acik : Ya Allah yeke, boleh saya dokong dia, kesian dia sekurangnya bagilah air masak ke dulu, jangan biarkan dia terus menangis, lagi-lagi dalam KTM nie nanti mengangu yang lain.
Lelaki : Tapi bang saya tak ada pengalaman tentang baby, saya tak tahu apa pon. 
Acik : Belajarlah ,kat youtube ada, blog ada semua maklumat tentang baby.
Lelaki : saya tak mampu bang, nak makan pun susah.

Perempuan : Saya terpaksa tak bekerja untuk jaga baby ini, sebab tak orang nak jaga dia.
Acik : Kawin masa umur berapa ? 
Lelaki : Kami kawin masa umur saya 20 dan dia 18 tahun.rasa menyesal pun ada bang.
Acik : Jangan cakap macam tu , sebenarnya bagus kawin muda nie, banyak manfaatnya tapi kenalah belajarlah cari ilmu tentang alam perkahwinan dulu sebab perkahwinan itu bukan untuk suka-suka tetapi lebih kepada tanggungjawab.

Acik memberi nasihat juga kepada mereka, itu saje yang acik mampu beri dan sempat juga acik tolong mereka apa yang acik mampu. Kesian betul melihat mereka, dengan baby yang masih kecil. Sebab itu sebelum berkahwin tak kiralah kawin muda ke ataupun kawin tua ke ,kita perlu ada ilmu soal alam perkahwinan, menjaga anak , tahu tanggungjawab suami ,tanggungjawab isteri dan sebagainya.

Kawin ini bukan hanya untuk suka-suka tetapi besar tanggungjawab yang di pikul. Definasi acik kawin muda adalah linkungan mereka dalam usia 21-25 tahun. Kerana mereka mempunyai emosi yang stabil dan matang dalam membuat keputusan.

Pastinya kawin muda ini kita perlu ada ilmu dan jika tak tahu carilah maklumat dari laman sesawang mahupun bertanyakan pada mereka yang lebih" makan garam"  dari kita. Setiap lelaki dan perempuan perlu tahu peranan mereka sebagai suami dan isteri

Peranan suami isteri

Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan memerintahkan wanita untuk sujud kepada suaminya.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Tugas asas isteri adalah memberi ketaatan dan layanan kepada suami. Nabi memerintahkan wanita untuk memberikan ketaatan yang mutlak kepada suami. Maksud ketaatan mutlak bukan bererti melampaui ketaatan kepada Allah dan Rasul, tetapi bermaksud selama mana suami memerintah agar melakukan kebaikan atau hal-hal yang tidak bercanggah dengan syariat Islam, seorang isteri mestilah mengikuti perintah suami. Itulah asas kepada kehidupan dalam keluarga.

Tanggungjawab seorang isteri berbeza dengan tanggungjawab seorang suami. Di dalam sebuah hadis Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa seorang wanita bertanggungjawab ke atas isi rumahnya. Adapun suami pula adalah sebagai pemimpin dan tanggungjawabnya lebih luas. Suami juga bertanggungjawab menyediakan pakaian, makanan, dan keperluan asas untuk isteri dan ianya perlu diberikan secara adil. Tidak boleh sekiranya suami memakai benda-benda mewah tetapi memberikan benda yang buruk untuk isterinya.

Tanggungjawab suami juga lebih luas dan besar iaitu merangkumi tanggungjawab kepada ibu bapa, kepada masyarakat, kepada negara. Sedangkan tanggungjawab isteri adalah mengurus suami dan anak-anak sahaja. Sebab itu, sifat wanita adalah agak halus dan menghalusi sesuatu perkara. Dan sebab itu juga Allah menjadikan sifat wanita ini mampu menggoda lelaki. Sabda Nabi di dalam hadis,

“Aku tidak pernah melihat (manusia) yang kurang akal dan agamanya namun dapat mencairkan hati kaum lelaki yang sangat gagah selain daripada kamu wahai sekalian wanita.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebab itu mudah sebenarnya untuk para wanita untuk mencapai syurga iaitu memadai dengan memberikan ketaatan dan memenuhi tuntutan dan kehendak suami (setelah ketaatan kepada Allah dan Rasul).
Wallaahu a’lam.

Apa-apa kerapa mereka yang mahu kawin muda, kena membuat persiapan yang rapi untuk menhadapi kehidupan yang mencabar. Semoga Allah permudahkan urusan kamu.