Ticker

6/recent/ticker-posts

Perbezaan Ikan Keli Memakan Bahan Haram Dan Halal





Assalamualaikum

Nyum nyum siapa pernah makan ikan keli goreng masak sambal ? sedapnya tetiba lapar pulak bila sebut pasal ikan keli ni. Kalau teringat ikan keli teringat pulak pada dulu roommate acik di politeknik , kami hampir tiap-tiap hari kami makan ikan keli goreng sambal.ikan goreng berlada. Sedap gila. 

Tapi di facebook ada tulis status  yang geli nak makan ikan keli sebab kata ikan keli pengotor makan nagis. Ehhh dah ketinggalan zamanlah sekarang nie ikan keli dah di ternak dalam sangkar kanvas dan dah ada pallet ataupon makanan tersendiri .Ehh mestilah tahu sebab dulu abah acik pernah bela ikan keli. So acik nak tahu serba sedikit tentang keli dan lagipon ikan sekarang dah di komersialkan yer..

okey ini khasiat keli 

Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain.

Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.


Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi

(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman b***. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

• Kepala berbentuk 'V'
• Bentuk badan mirip torpedo
• Badan berwarna hitam berkilat
• Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
• Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
• Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak (iskk ku baru tau nih)

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

• Kepala berbentuk 'U'
• Bentuk badan tirus
• Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
• Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
• Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
• Digoreng tidak meletup

kalau dah masak macam mane nak check ? ala bolehla tengoklah bahagian depan kepala ikan tu.Rugi tau kalau tak makan ..sedapnye ..nyum nyum rugi kepada siapa yang tak makan. kalau was was tak payah makan jangan banyak soal ler ...adehhh

Catat Ulasan

17 Ulasan

admin berkata…
nampak sedap ikan keli tu bro.. menarik perkongsian ini, tq
Unknown berkata…
faveret aien.. Nyum..nyum.. Mase study dulu pown blh dikatakan dlm semingu tu dua, tiga kali duk makan ikan keli..
Unknown berkata…
ikan keli masak sambal mmg sedap....yummy3..
btw thx for da info acik :)
Akupenghibur.com berkata…
welcomme bro :) thank dtg sini
Akupenghibur.com berkata…
mmg sedapkan nyum nyum ..welcome
BinMuhammad berkata…
Salam Acik..
Mesti dah tinggal tulang ikan keli tu..nyam!nyam!
Ikan yg halal di makan pun dah ada halal haram juge ye. Sekarang ni kena lebih prihatin tentang makanan kerana byk yg bercampur dgn sumber haram. Biarlah cerewet sikit...
P/s: BM xmakan ikan keli dan spesis yg sewaktu dgnnye..alah, jadi xperlu risau hehe...
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. yeke alah ..rugilah tak dapat mkn :)
Tanpa Nama berkata…
oh baru aku tahu macam mana nak bezakan keli yg halal dan haram.... nice entry ni...ptut share :D
Unknown berkata…
buat pekasam lagi sedap.. nyummm2.. hehe
Akupenghibur.com berkata…
thanks bro sebab bace :)
Akupenghibur.com berkata…
hehehe boleh eh..baru tahu :)
Sayidah Napisah berkata…
favourite kakcik ikan keli tauuu.. hehe. ouh baru tahu ikan keli ada haram and halal. terima kasih for the info :)
Lulu Caldina berkata…
lulu tak makan ikan keli, tapi perkongsian yang menarik. Syabas!! :)
Unknown berkata…
Suka sgt ikan keli.. pernah goreng ikan ni sampai minyak meletop ke muka.. uwwaaa pedih!
zaidi berkata…
Assalamualaikum Acik, thanks atas info ini. tentang soal halal haram ni saya nak tanyakan kepada semua, saya pun penggemar ikan ni gak. Biasanya kat pasar kita beli ikan keli yang masih hidup. Kita akan minta peniaga tolong siangkan. Maka ikan tu akan dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi garam agar cepat mati. tapi terkadang ikan tu belum sempat mati, dah dipotong kepala, dibelah perut. Agak-agaknya apa hukum sembelihan tu? kalau ayam sembelih dulu, dah betul-betul mati baru dibersihkan apa-apa yang patut. Tolong sesiapa yang tahu jawabkan. Saya pun tak pasti ni apa hukumnya.