Assalamualaikum
Kebiasannye hari isnin hari yang tak semangat bagi sesiapa saje, (Monday blues) tapi tidak bagi acik kerana selalu ada dekat dengan mak dan family .Hurey sebelum cuti sem habis. Sebenarnya acik di hujani tentang banyak persoalan oleh rakan-rakan blogger dan rakan facebook tetang cinta..Itu inilah ..maaf acik pon tak pandai sangat tentang cinta tapi acik hanya berikan apa yang acik tahu berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang sekeliling.
Hari yang ceria ini tak selalunya kekal lama kadang mendung dan kadang hujan. Begitulah hidup kita nie, yang kadang perasaan yang kita rasa tak dapat di duga. Allah hidup kita hari ini bukan untuk menyambung dosa semalam tetapi untuk memberikan kesempatan untuk membaiki diri.Dalam hidup kita juga Allah berikan banyak pilihan sehinggakan kita tak tahu mana yang hendak di pilih dan mana yang terbaik dalam hidup kita.
Lelaki cepat berubah bila jumpa perempuan lebih baik dari sebelumnya ?
Pertanyaan itu selalu acik dapatkan dari mereka-mereka ,
Lelaki cepat berubah hati ?
semuanya terpulang kepada lelaki itu tersendiri, tak pernah ada kajian yang mengatakan bahawa semua lelaki di dunia ini mempunyai sifat yang sama..Kerana hanya iman , amalan dan taqwa itu dapat membezakan seseorang itu , Hanya kerana segelintir mereka membuatkan lelaki di anggap sama. Acik tak pernah nafikan pekara ini tidak pernah berlaku ,sebab ianya pernah terjadi pada orang di sekeliling acik .
Berkenalan dengan seorang perempuan ,buatkan dia jatuh hati dan berikan kata-kata cinta, pengharapan bahawa dia seorang yang istimewa, sehingga di percaya kamu sayang dia sepenuh hati, Dan kamu minta couple dengan dia . Katanya sanggup terima segala kekurangan dan kelebihan.Tak mandi 10 hari pon still kata masih wangi lagi... hampir 24 jam bertelefon mesej , selalu ada 24 jam untuk dia dan menunggu dia mesej dan call. dan macam-macam lagi.
Setelah 2 tahun kamu couple dengan dia , tiba-tiba berkenalan dengan seorang perempuan yang katanya mahu jadi kawan baik tapi tiba-tiba jatuh cinta, suka kat dia dan selalu ada untuk dia serta rasa nyaman bila dengan dia.. Lupakan kekasih hati, bila GF call katanya buzy sekarang banyak kerja, 1 hari sekali mesej, cakap pon dah mula kasar,call pon bila time perlu saje. Kerana hati dah berbungga dengan kekasih baru .
Yang lama di tinggalkan .. adakah itu di namakan cinta ?
Bila di tanya kenapa dengan yang lama ?
Jawabnya dia suka mendesak, tak menutup aurat, berpakaian seksi, suka kongkong, terlalu manja dan bla bla bla ... tapi kenapa sebelum ini boleh terima segala kelemahan dia ?
Bukankah lelaki yang baik seharusnya membaiki di mana kelemahan si perempuan tu , tegur , nasihat dan berikan motivasi untuk dia berubah.
Tak salah nak cari yang baik ,tapi pastikan diri juga seorang yang baik, jangan jadi alasan semuanya. Paling penting jangan pernah berjanji dan memberi harapan kepada mereka yang belum kamu berniat untuk nikahi.
Jika dalam bercinta kita mempunyai 2 pilihan, mana satu harus kita pilih ?
Cinta yang sudah sekian lama kita semai dalam hati ? atau Cinta yang baru hadir dari seorang perempuan yang cantik dan lebih baik ?
diriwayatkan Imam Ahmad: “Cinta kamu pada sesuatu boleh menyebabkan kamu
buta dan tuli dari mendengar nasihat.” Cinta itu tidak salah tetapi ia
boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada cara kita
menguruskannya sama ada menghampiri zina atau keredaan ALLAH.
Orang yang bercinta ialah orang yang sudah membersihkan dirinya daripada
perkara yang tidak penting, orang yang mempunyai matlamat, inilah orang
yang layak untuk menjadi calon isteri/suami, ertinya sebelum dia jumpa orang
yang dia cinta dia sudah ada visi dan misi yang tersendiri.
Tepuk dada tanya diri sendiri,sebab jawapannye ada pada kamu dan jangan lama-lama bila berkenalan tu , kenal lah lepas tu, jika benar suka dan serius serta berkemampuan maka terus jumpa mak ayah untuk meminang kekasih hati kamu , Percayalah cinta selepas nikah itu lebih indah kerana saat itu baru kita kenal erti cinta sebenar .Tapi jangan pernah lekang berdoa kepada Allah untuk jodoh yang baik dan baiki diri kamu.:)
25 ulasan:
sokong!!!!..hihi..pempuan pun ada juga begitu..(juga dr pengalaman dan kejadian sekeliling sy..)
nice entry acik..kita kena ingat, lelaki yg baik untuk perempuan yg baik, dan perempuan yg baik utk lelaki yg baik..jd sama2lah berusaha berubah ke arah yg lebih baik kan... :)
tepuk dada tanya selera.. kalau betul jujur & ikhlas, takkan berubah hati dia kat orang lain kan..
wahhh banyak pengalaman nie boleh la share :)
benar tu :0 kita baiki diri dulu :) semoga kita dapat keredhaan ALLAH
benar tu ,,, yang penting ikhlas menerima kan :)
Hurmmm saya pun tengah tunggu si dia masuk meminang.
Blog acik memang best laaa, harap harap si dia ikhlasss :)
org yg tgh single sng ja xyh pikir semua ni lagi..duit3..hahaha
yeke alhamdulilah :) terima kasih datang ke sini
betul tu single lebih baik :)
senang nau jatuh cinta?? hee istikarah dlm membuat pilihan terbaik haa
betul tu :) jika benar cari jawapan istikarah
suka ayat last sekali...
berdoa kepada ALLAH jodoh yang baik dan perbaiki diri :)
untuk dapatkan jodoh yang baik kita memang kena berdoa setiap hari.. malah sejak dari anak kecil pun ibu bapa boleh tolong doakan..
betul tu kak :) ibu bapa perlu doakn anak2 :)
Esok sya nak kawin jemput datang hahaha gurau je ae..
*bagi sya pokok pangkalnya hati masing2..
pernah mengalaminya.. wat lah solat istiqarah..kita akan jumpa jawapannya,insyaAllah
yup betul tu ..hati sangat penting :)
alhmdulilah beruntungnye kamu
alhamdulilah
betoll sangat..based on my experience.. so jgn mudah percaya kt lelaki..
Sokong sgt....ayat klu dlu boleh terima..knp lps jmp yg baru. Smua xleh trima..sedih...haha..
Sokong dengan entri acik.. (Y)
Ex saya sebelum saya tahu dia curang, dia kata mcm ne "suda lah bagus kita diam, fokus diri masing2. Dia xnk kata putus or make it clear. But once I found up he actually cheat on me "baru no cakap ya dia ada pengganti sbb perangai saya yg suka ungkit. I know my fault but when u disloyal just say it I can accept. But bila da mcm ne mmg membuak rasa dendam but life goes on. I always pray the good for them both and for me too. So skrg pikir cari duit dan melancon
Catat Ulasan