Assalamualaikum
Tadi baru jer tengok berita di TV3 , buletin tengah hari. Alhamdulilah akhirnya pembantu rumah yang dera adik Hareez sudah di kenakan hukuman dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah
terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat
bulan, Jumaat lalu.
Untuk tuduhan pertama, dia dipenjara dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 tahun. Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak.
Untuk tuduhan pertama, dia dipenjara dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 tahun. Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak.
Erm serious kesian dengan adik Hareez dan dengar kata hareez sekarang di hospital kerana sesak nafas. Semoga dia cepat sembuh dan dalam keadaan sehat.
Geram pulak aku dengan pembantu rumah nie...adakan kena smack down dengan aku. Kepada pembantu rumah indonesia itu seharusnya hukuman yang di kenakan ini tinggalkan kesan kepadanya dan bertaubat.
marilah kita doakan sama-sama kesejahteraan adik Hareez yang di dera ini dalam keadaan selamat dan sehat.
Kepada kamu yang belum lihat video tindakan yang tak perikemanusian boleh lihat Pembantu Rumah Dera Bayi Berusia 4 Bulan
27 ulasan:
20 tahun jer... patut cuba lambungkan dia macam mana dia lambung baby tu...
Yeess!! Justice for the baby. And ohh, tak heran kalau dia sendiri kena lambung dlm penjara lain kali.. Ops :P
kan ... sepatutnya sebelum di penjara kita lambung dia dulu
hahahaha betul tu ..jangan terkejut bila polis melambung dia plk
tetap tak akan merubah apa yang berlaku dik..
akak tetap panas hati bila cite benda camni...
kesian anak kecik tu....
ha'ah kan , patutnya lambung jugak amah tu
haishhhh mcm x cukup je hukuman tu,ptt kite semua pakat lambung dia pulak mcm dia tebar roti canai budak tu hah!!!
speechless bila fyna tgk video tue. rasa sangat geram. kalau ikutkan tidak berbaloi hukuman tue. patut hukuman yang lagi keras. biar dia rasa. semoga adik hareez cepat sembuh.
benda yang lepas tak dapat diubah.. kalau apa2 jadi kat adik hareez mmg nahas la amah tu kena kecam habis.. n secara tak langsung mmg amah2 dr indon diblacklist..huhu..bila tgk video tak sanggup nk tgk sampai minit akhir.. #sadis
memang kak ... ishh sedih betul
kan ... gram tul ..jom lambung dia
amin ..semoga adik cept sembuh
lepas nie amik orang melayu saje ..
eee kenapa 20thn je? kalau penjara seumur hidup lg bagus..sakit hati btol tgk video tu..sesuka hati ja nak lambung anak org kn..huhu..
semoga adik hareez cpt sembuh..aamiin..uhhuhu
Bia dlm pnjra dia kna lmbung plk...huhu...pengajran kpd anda...
tak pelah cukuplah tu ..semoga dia insaf
tulah ... adehh
bukan dikurankan ke, 15 tahun? tak pe nanti kita g kat situ kita culik dan lambung dia ekk..
apa2pun semoga adik Hareez cepat sembuh aamiin
20 tahun kak... tpi x thu lah sekarang nie :)
padan muka amah tu..patut lambung balik amah tu macam dia lambung baby tu bior dia rasa
allah ...amah ni nak kena tendang balik negara asal ke apa
kalau hantar balik, rugi sebab perundangn akan bertukar.. lebih baik di penjarakan lebih lama
Teruknya pembantu rumah tu. Patut dikenakan hukuman sebatan sekali..
sudah sepatutnya yang melakukan penyiksaan itu dihukum berat, bayi mungil itu kan tidak berdosa harunsya disayangi sepenuh hati
20 tahun kemudian... Hareez sudah besar panjang dan pembantu rumah tu baru keluar pnjara dan dh tua..
*kita tggu berita 20 tahun lg pasal Hareez lambung pembantu rumah.. haha
hahaahhaha kan ..abislah pembantu rumah tu
semoga menjadi pengajaran pada yg lain diluar sana juga
Catat Ulasan