Ticker

6/recent/ticker-posts

Senarai Orang-Orang Yang Mendapat Doa Oleh Para Malaikat





 Assalamualaikum

 Alhamdulilah, dapat lagi acik menaip di blog nie, sebelum itu ucapkan alhamdulilah kerana masih di berikan peluang untuk bernafas di bumi pinjaman ini. Semangat hari ini sebab internet sedang laju, so apalagi bukak youtube dan dengar ceramah ustaz asri dan ustaz kazim elias tentang doa.Dalam hidup kita, kita selalu berdoa untuk berjaya dalam hidup dan berjaya di akhirat. Tapi dalam kita tak sedar ada yang mendoakan kesejahteraan kita.

 Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)



4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Semoga bermanfaat!

 "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin , Afghanistan , Iraq , Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Catat Ulasan

24 Ulasan

nice entry...thanks for sharing! ^_^
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah.. nice... menginsafkan... terima kasih :)
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih kerana membaca :)
hazwan hairy berkata…
amin2..moga2 kita semua tergolong nnti..
Unknown berkata…
sama2 la muhasabahkan diri.. ^^ tq 4 sharing n mengingatkan.. salam Jumaat.. ^^
Akupenghibur.com berkata…
semoga kita dalam golongan tersebut
BinMuhammad berkata…
Salam Acik...Alhamdulilah dapat lagi singgah disini.
Satu perkongsian yang bermanfaat, marilah kita melakukannya, perkara mudah namun ganjarannya amat besar!
TQ...

Akupenghibur.com berkata…
sama-sama kita muhasabah diri :)
Akupenghibur.com berkata…
wslm :) amin ..pekara yang mudah ini mampu buat kita mendapat keredhaan ALLAH
Unknown berkata…
Alhamdulillah :) moga kita tergolong dalam kalangan orang2 yg didoakan oleh para malaikat.,
inche hlovate berkata…
nice sharing.. sebenarnya senang je nak daptkan doa daripada para Malaikat kan..cuma nak tak nak je kita ni..
Unknown berkata…
Assalamualaikum ... mudah sebenarnya ... cuma tak tau ... thanks
Unknown berkata…
kalau kita buat selalu insyaAllah besar ganjarannya...selain dari malaikat mendoakan kita...kita juga boleh dapat ketenangan...cuma diri sendiri kena rajin...
terima kasih acik...sy suka entry acik ni
Fairuz Aqilah berkata…
Alhamdulillah... Dapatlah pengisian yang baik untuk hari jumaat ni. Thank you for a very good sharing! :)
Akupenghibur.com berkata…
amin..mudah-mudahan kita mendapatkannye
Akupenghibur.com berkata…
yup betul tu ..acik tahu pon bila dengar ceramah
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam betul tu :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) semoga kita mendapat doa dari malaikat jgk :)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdululilah terima kasih memebaca
Unknown berkata…
Amin, Insyaallah. Semoga kita semua dapat mengambil manafaat dari entri ini.
Cikgu Hailmi berkata…
Nice info lah acik.. japgi nak tido, cikgu nak berwudhuk dulu.. ;)
Unknown berkata…
Alhamdulillah, sangat bermanfaat acik...nice sharing :) May Allah bless u..