Assalamualikum
Hari nie acik nak kongsikan sebuah cerita yang rasanya ramai dah tahu malah berulang kali mendengarnya. Tetapi tak salah jika di sampaikan lagi khas kepada mereka yang selalu was was dan tidak yakin dengan apa yang dia lakukan dalam dunia. Pekara kecil yang kita lakukan tetapi di antu oleh Allah .
Ceritanya bergini,Ada 
seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang 
fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat 
kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak 
bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului
 dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan 
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada 
Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari 
suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan 
bacaan-bacaanmu itu." 
 
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia 
memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan 
duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang 
selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh
 isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit 
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya 
dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu 
untuk disimpan." 
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan 
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia 
menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, 
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat
 Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu 
kepada suaminya kembali. 
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku 
segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan 
mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila 
dia hendak memulakan sesuatu kerja
SubhananAllah , Allah selalu membantu kepada mereka yang sentiasa percaya dan yakin denganNya. Hanya dengan membaca basmallah sudah mendapat bantuan Allah ,alangkah seronoknya bila pekara yang kita ingini dalam dunia ini di dapatkan. Yakinlah dengan Allah dan selalu bersangka baik kepdanya serta berfikiran positive.Allah mengetahui segala hal yang kita tak tahu :)  


 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
18 Ulasan
Kisah yg baik dan menjadi tauladan jika berulang kali diulang pun tetap segar. Kita insan yg lemah mudah lupa...sama2lah kita saling mengingati.
p/s: Jom kita ke masjid!