Assalamuaikum

Alhamdulilah hari ini masih lagi di berikan kesempatan untuk terus hidup di muka Alllah ini.Kadang kala duduk sorang-sorang buatkan acik fikir banyak pekara. Kita nie tak dapat nak jangka berapa lama kita akan hidup di dunia. Lihatlah remaja dan budak kecil pon boleh meninggal bila-bila masa dengan pelbagai alasan, begitu juga dengan orang dewasa. Bermakna kematian itu akan menjemput kita bila-bila masa dan tak kira siapa.

Pernah tak kamu alami , di tipu kawan ?: barang di curi? kawan tikam kawan dri belakang ? dan macam-macam lagi. Saat tu memang kita akan geram dan di khianati , tertanya kenapa mereka sanggup berbuat demikian. Kamu pon mungkin tak sangka di sanggup buat begitu terhadap kamu.

Tapi itu adalah sebahgian ujian Allah untuk kita untuk melihat bagaimana kita. Yup memang kita akan rasa sedih, sakit dan kecewa. Mereka memang patut di hukum tapi apabila mereka meminta maaf dan janji tak akan ulangi lagi kesilapan dia . Adakah kita akan maafkan ?

Itu terpulanglah pada kamu, sebab ada yang pernah cakap ..." Ko tak rasa apa yang aku rasa !! Ko tak ada di tempat aku jadi lebih baik ko diam!! ko cakap lebih kalau ko kena ? bla bla bla ..banyak lagi ayat penyatan dari mereka yang pernah merasa semua nie.

Ye ,acik pon pernah rasa apa yang kamu rasa, di tipu kawan dan sebagainya. Jangan cakap macam tu, memang betul kita akan marah dia ,mungkin akan terbit sifat benci terhadapnye. Agak sukar untuk memaafkan dia .Pada acik beri ruang dan waktu untuk dia berubah dan muhasabah diri. 

Jangan hanya kerana satu kesalahan yang dia pernah buat sehingga kita tutup 1001 kebaikan yang pernah dia lakukan. Adakah kita juga adil ? 

Kita boleh nampak semua keburukan orang lain, kita boleh catat segala keburukan orang lain yang pada kita amatlah teruk ...kita nampak salah orang lain tapi kita tak nampak juga salah kita di mana.

Kita juga boleh listkan semua kebaikan diri kita, kelebihan yang kita ada, kalau boleh rasanya tak cukup 3 kertas senarai kebaikan kita untuk di ceritakan pada orang lain . Tapi mampukan kita senaraikan keburukan diri kita dan beritahu pada orang lain ?

Rasanya orang gila saje yang mampu buat gitu, niat acik buat entry nie bukanlah apa ,.Cuma acik nak kita fikir sejenak. kita hidup di dunia nie janganlah jadi penghukum kesalahan orang tapi kita berikan pengajaran terhadap mereka . Berikan sedikit ruang untuk mereka yang pernah lakukan kesilapan dan ruang untuk membaiki diri. 

Ini masa dia buat silap, nanti bila kita pulak buat silap , bagaimana ?? orang pun sama tak mahu maafkan kita. Fikir-fikirlah , memang betul ,kita bukan Rasullulah yang boleh maafkan orang walaupon orang itu nak bunuh baginda. Tapi kita boleh jadi seperti itu, dengan berikan sedikit kemaafan, memang kita akan rasa sakit, dan kecewa tapi semua itu sifat sementara. 


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)