Assalamualaikum
Alhamdulilah ada juga masa untuk acik taip, maaf kerana baru sekarang dapat taip kerana sibuk dengan banyak kerja yang perlu di lakukan , ada recording dan assigment yang berlamabak.. ahh minggu depan cuti, so boleh la lame sikit di blog. Seperti biasa hari jumaat, acik nak kongsikan sedikit kisah tauladan kepda kamu. Harap dapat sedikit pengajaran dari kisah ini
Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita
kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi
mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak
Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.
Dengan tenang Imam Hassan Aaal Basri berkata:
"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".
Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:
"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"
"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan
kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke
masjid untuk bersedekah kepada orang-orang fakir dan miskin.Dan barang
siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia
melepaskannya.
Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang
sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa
Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an
sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."
Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan
Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak
lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.
"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.
"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.
"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".
Pengajaran :
3 syarat doa terkabul ialah :
1-Bersihkan harta dari yang haram.
2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.
3-Bertaubat selalu.
29 ulasan:
perkongsian yang bagus.. :D
nice share
bertaubat selalu..jauhi perkara mungkar, jernihkan hati...insyaAllah mendekatkan kita dengan Nya..
perkongsian yg sangat bermanfaat utk semua.. syabas dik
Terima kaseh acik...atas sharing ni. SGt membantu utk muhasabah diri wan sndr. :)
tq 4 share :)
dpt tambah pengetahuan..
Hajjaj bin Yusuf As Saqafi dianggap antara manusia paling kejam di dunia. sesiapa yg mengadapnya memang sentiasa akan berdepan dengan kematian. sesiapa yg selamat dari dibunuh memang dianggap bernasib baik.
syarat yg diajar oleh Hassan Al Basri sememangnya antara kaedah utk makbulkan doa dengan cepat
Dah lewat baru dapat singgah...Salam Acik.
Terasa sungguh bahang kepanasan walaupun diketenangan malam sambil menikmati perkongsian yang memberi panduan dan kesedaran buat saya, insan yang lemah dan lalai ini. Terima kasih Acik.
perkongsia yg bermanfaat....lepas ni akan selalu amalkan 3 perkara tu....:)
ya bro... bersihkan harta dr yang haram.. setuju sangat tu
setiap malam sebelum tidur dah boleh solat sunat taubat skejap je 2 rakaat :)
gud info
Nice sharing Acik.. Jom kita jauhi 3 perkara tersebut..
suka entry acik.. :)
thanks sebab membaca :)
betul tu bunda :)..cara terbaik
terima kasih mak dara datang ke blog acik tak seberapa nie
alhamdulilah sama2 kita muahabah diri
welcome :) alahmdulilah
tepat sekali ..dia memang kejam.. dan cara ini adalah cara yang paling cepat ..
wslm BM ..terima kasih sebab datang ke blgo acik nie.... sesama kita muahsabah diri
alhamdulilah sesama kita baiki diri
betul kita kena jauhkan ..kalau tak hidup kita tak di berkati ..fuhh
itu alternatif yang patut kita buat
thanks mieza ... jom kita jauhi
alhamdulilah thanks
bersihkan hara dr perkara yg haram.. ye betul tu acik. nampak je remeh tp tu lah yg jadi perkara penting. Apa2 pun,pilihan tu ada kt tangan dan hati kita.. kan
Terima kasih atas perkongsian.
Nice sharing Acik... =D
Catat Ulasan