Ticker

6/recent/ticker-posts

Bayi Baru Lahir Di Buang , Di Bunuh Dan Di Tinggalkan Tapi Belas Kasihan



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi berkesempatan menaip di blog acik nie, kejap lagi nak siap siap pergi ke kelas pula. Setiap bulan mesti tak akan lekang kita bace di surat khbar mahupon berita di televisyen memberitahu tentang pembuangan bayi. Kes ini sudah menjadi trend pada masa kita, siap ada cakap "ala biasalah kes buang bayi memang selalu jadi".

Ini bukan biase tapi luar biasa kerana hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Bayi tersebut juga ingin merasa hidup di dunia ini seperti kita. Beberapa hari yang lepas bayi perempuan tanpa kepala di temui dekat perairan Pulau Nunuyan.Keadaanya bayi tersebut sangat menyedihkan dan menyayat hati.Kalau fikir lagi ,dimana silapnya, kerajaan dah buat pelbagai program untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Tinggal kita saje yang mahu mencegah atau tidak.

Kes paling terbaru adalah pada 7/4 Bayi baru lahir di buang tepi jejambat mungkin di pukul sampai mati. Apalah salah bayi tu, kerana kebodohan mak ayah dia , dia di perlakuan macam tu. Ohhh dah pandai buat tahu pulak takut nak hilangkan jejak hasil perilaku terkutuk tu. Tahu tak berapa dosa telah di lakukan, pertama membuat maksiat, kedua membunuh anak yang tak bersalah. 

Yang biasa berlaku, lelaki tak mahu anak tersebut dan mahu di gugurkan, si perempuan pula sayang pada bayi itu. Ada 2 kemungkinan pertama mengikut kata lelaki itu mengugurkan bayi tersebut dan kedua melahirkan bayi tersebut kemudian buang.


Mungkin kamu akan rasa sedih dan tak selesa bila lihat gambar ini ,tapi inilah reality yang kena terima. Pembuangan bayi sekarang makin meninggi. Kita harusnya muhasabah diri dan jauhi dari maksiat, bentengi diri dengan ilmu agama maka tidak akan tersasar jauh. Cinta ini bukan untuk di cuba cuba dan nak tahu hasilnya bagaimana .

Fikir fikirlah , masing masing dah besar bila nak tegur bercinta macam nak rak marah pulak, keluar berdua duaan berpeluk peluk sana sini ,pegang tangan bagai. Lepas itu untuk bukti cinta serahkan tubuh badan. Maaflah kalau ada yang marah dengan ayat acik nie, sebab acik geram dengan segelintir manusia yangg berlandaskan maksiat dan nafsu saje.Acik buat entry ini untuk ingat diri acik juga agar tidak lakukan hal seperti ini.

Ya ALLAH jauhkanlah kami dari melakukan pekara pekara laranganmu dan kuatkan iman kami serta berikan perlindungan kepada kami agar kami tidak terpesong dan tidak terlalu mengikut nafsu ya ALLAH .

Catat Ulasan

40 Ulasan

Ayue Rejaluddin berkata…
Apabila nafsu menguasai diri...
Ni lah jadinya Acik..
Lepas tu bila dah dapat akibatnya, taknak bertanggungjawab....
Yang jadi mangsa bayi yang tak berdosa....
Sedih AJ bila baca2 bende macam ni...
Kak iman berkata…
sebab tu perlunyer agama yg kuat.semuanyer asas agama dlm diri. dan paling menyedihkan kebanyakn nya adala melayu sdgkn melyu septtnyer menjdi contoh kepada agama lain
Unknown berkata…
Tak leh tengok..sedih.. Dijauhilah anak2 saya kelak dari berkelakuan teruk mcm ni
Unknown berkata…
AKu sngt benci pada org yg membuang bayi. Sgt kejam. Biar apapun puncanya, at least pikirlah sebagai manusia...sedangkan haiwan pun xbuang anaknya. Sedih sgt...
Unknown berkata…
Kecian tapi bayi suci ni semua akan dapat hidup bahagia di alam yang kekal abadi nanti
Khir Khalid berkata…
Inilah jadinya bila nafsu mengatasi akal, terlajak perahu boleh diundur... Semoga Allah swt sentiasa menjauhi kita semua dan keturunan kita dari hal2 yg mcm ni & dari segala bisikan syaitan yg direjam.. amin.
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Makhluk Allah yg paling tinggi dan mulia darjatnya adalah manusia, kenapalah di perlakukan sedemikian rupa? Bayi yg suci dan bersih dari sebarang dosa. Kepada yang melakukannya, semoga Allah membalas perlakuan kejam ini...Neraka jahanamlah tempatmu!

p/s: Tak sanggup melihat gambar2 tu...(kalau sudi Acik keluarkanlah)
inilah yang dinamakan manusia yang tidak berotak dan berperikemanusiaan...ikut sedap tekak jer wat kerja lepas tu senang2 jer buang macam tu...kalau x nak pun bagilah pada mereka2 yang memerlukan ataupun jabatan kebajikan...kalau takut kena charge ke apa...letak ler elok2 depan pintu rumah kebajikan... kesian baby yang x berdosa jadi mangsa atas kejahilan parents yang tak bertanggungjawab.... hu hu hu...
Unknown berkata…
nauzubillah.. kesian baby tu..penzina dah brzina..lepas tu tambah dosa lagi...ilang akal ilang kemanusiaan..Allah,smoga trlindung dari jd golongan2 mcm tu
Unknown berkata…
huhu...cian nyer tengok baby nie..huhu..tu guna akal cuma bertuankan nafsu...kalau tak jaga tu..bagi je kat orang lain...sedih tengok...dibuang cam tu..huhu..
Unknown berkata…
Anak itu satu anugerah...setengah pasangan tu tunggu bertahun2 baru dapat anak...ni ada ank pergi buang...kegilaan apakah ini ? memang kejam sangat mereka ni...sudahlah melakukan zini...lepas tu mebuang bayi yg tak berdosa...kalau betul tak nak bayi tu bagilah pada yg mahukan nya...jangan lah jadi pembunuh...sedih sy tengok nya Acik...babay yg mati dibuang tu semuanya cukup sifat dan comel2...tak ke mereka yg membuang bayi tu rasa sekelumit perasaan sayang? kalau tak sayang pun dah tak ada ke sikit perikemanusiaan dalam hati mereka tu? nauzubillah....moga dijauhkan...

sorry panjang berjela komennya Acik...sebab sy benci pada pembuangan bayi...kes ni buat sy emo...
Nory Zoulkefle berkata…
kesiannnya baby tu..
kalau taknak sekali pon jgnlah buang, jangan lah bunuh...
letaklah kat depan rumah saya...
huhuhu...
biar jadi anak saya pon takpe..
budak2 tu kan "rezeki"...
xkesah berkata…
Booooddooohhhh!!!!!! Entah apa gelaran yg boleh sy katakan kpd org yg berhati batu ni. Gggggeerrraammmmm!!! sangat dgn org yg buang bby ni, adui kesianya. "kpd penzina2 yg ada. Klu x nak bby yg d kandung tu jgn buang mereka sedemikian, bg sy klu x mau atau u bg ja d badan penjagaan sementara." Pakai otak la sket. Jgn fikir siok ja..
Unknown berkata…
kerosakan umat makin berleluasa.. hanya menunggu masa sahaja lagi.. yang pasti masa itu akan tiba jua..

moga ALLAH kurniakan hidayah buat diri ini dan semua.. aamin..
Tanpa Nama berkata…
Ya Allah, ape la dosa bayi tu, :( kau ampunkan la dosa kudua ibu bapa nya dan kau berilah mereka petunjuk ya Allah :(, kau jauhkanlah dari zina dan tetapkanlah hati kami hanya kepadaMu,ameeenn~ smoga djauhkan dr kita smua
miss yatie berkata…
itulah takut lihat pergaulan remaja sekarang, bila dah jadi mcm tu, masing2 nak menunding jari, tapi sebelum tu tak pulak nak fikir apa yg bakal terjadi...
iha berkata…
Ikutkan hati tak sanggup jugak nak tengok gambar2 kat atas, tapi paksa diri untuk melihat situasi skrg.. entahlah, sedangkan sy pernah bermimpi 2-3 kali melahirkan anak, walaupun tu cuma mainan tidur tapi bila terjaga saya mesti rasa nak menangis, terasa mcm kehilangan anak betul2.. saya tak berani nak komen lebih2 pasal ni, cuma mahukan mereka bertaubat dan diberikan hidayah saja.. orang yg berzina jika bertaubat insya Allah diampunkan dosa, tapi kita yg buat dosa lain belum tentu kesalahan kita bakal diampunkan.. muhasabah diri sendiri..
Unknown berkata…
ya allah.. tak sanggup tengok.. kesian baby tu.. sampai dah biru2 gitu.. sapa lah sanggup wt gitu..
Akupenghibur.com berkata…
betul tu AJ.. kesian mereka yang tak salah
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali.. kita perlukan pegangan agama yang kuat untuk tempuhi hidup penuh ranjau nie
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan di jauhkan
Akupenghibur.com berkata…
tepat sekali.. haiwan pon tahu sayang anknye.. ini pula manusia.. malu ..malu :(
Akupenghibur.com berkata…
mungkin dah ajal dia kan :(
Akupenghibur.com berkata…
amin ..moga kita di jauhkan dari pekara terkutuk nie
Akupenghibur.com berkata…
wslm... ermm kalau ikutkan tak nak letak ..tapi biarlah jadi pedoman atau tegahan kepada yang terfikir untuk melakukan semua nie
Akupenghibur.com berkata…
berilah sedikit ehsan kepada bayi yang tak salah nie :(
Akupenghibur.com berkata…
amin .. jauhkanlah kita dari golongan ini :(
Akupenghibur.com berkata…
itulah kak .. kita kena fikir dulu sebelum buat apa apa jua tindakan
Akupenghibur.com berkata…
is okey .. saya faham ..acik pon tak suka mereka perlakukan bayi seperti nie
Akupenghibur.com berkata…
betul tu .. acik pon x kisah klau letak depan rumah acik
Akupenghibur.com berkata…
amin mudahan dia dapat hidayah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu .. semuanya berbalik pada diri kita.. muhasabah diri
Akupenghibur.com berkata…
klau mimpi melahir anak tu bahaya tau... cuba check .. sebab acik pernah dengar pekara tu ..
Akupenghibur.com berkata…
itu manusia yang tak ada perikemanusian
Tanpa Nama berkata…
ya allah :( kesian baby tu semua... semoga allah memberi balasan yang setimpal kpd org tu..... hmm :(
Akupenghibur.com berkata…
..semoga mereka dapat hidayah ALLAH :(
Unknown berkata…
tulah nak cover malu punya pasal sanggup dibunuh budak tu....haishhh entahlah...diharap remaja2 di luar sana dapat ambil iktibar...
Unknown berkata…
Ya Allah..sedih sgt tgok keadaan mcm ni.bayi yg xbersalah dan xtahu apa2 dibunuh dan dicampak mcm tu je..Sedangkan binatang pun sayangkan anak die, tp manusia boleh pulak nak buang2 anak mcm tu...Nauzubillah.... T_____T dunia akhir zaman mcm2 berlaku...huhu
Nur Nainis berkata…
Ya Allah..ngerinya..sedihnya kena hurung kerengga. Kesiannya..Ya Allah, moga di jauhkan diri kita daripada perbuatan2 yang sedemikian. Moga mereka bertaubat.