Assalamualaikum

Alhamdulilah hari nie ada ruang sedikit untuk tulis entry ke dua hari nie. Laman sosial nie ada kebaikan dan kekurangnya.Diri kita sendirilah yang membawa di mana hala tuju kita gunakan medium ini, adakah untuk kebaikan dan keburukan. Terpulang pada kita, pada acik laman sosial ini datangkan kebaikan pada acik. lagi lagi untuk mendapatkan "networking" dari serata dunia dan dapat "share " minat yang sama dengan kawan kawan yang mempunyai minat yang sama.

Tapi tadi sedang acik online ,acik terlihat status seorang rakan facebook acik, terkejut acik bace, kecewa pon ada. Jika jadi anak baik, belajar rajin hingga berjaya itu adalah untuk diri kita juga bukan untuk orang lain. Kita berhak taip apa saje di laman sosial seperti facebook ini, tapi mestilah ada limit dan hadnya.Jangan sampai menjatuhkan maruah ibu bapa.


Acik pon anak orang yang mempunyai pendapatan sederhana., setiap hari pergi kelas menaiki bas dan kadang ada kawan yang baik tumpang menaiki motorsikal. Tapi acik tak pernah rasa malu dan tak pernah hirau orang nak cakap apa pon. kawan-kawan lain pergi kelas naik kereta dan ada di hantar dan di jemput pergi balik, tak pelah itu mereka, mampu. Kita yang ada kekurangan ini terimalah hidup kita seadanya. Sedarlah diri.

Kerana kereta saje sanggup mengutuk ibunya , kerana tak memenuhi permintaannye. Anak jenis apa tu ? Tahu tak dari kecil hingga besar, berapa kos untuk sara kamu ?? pernah mereka berkira ?? Kita minta yang bukan-bukan dan kadang mereka tak mampu sediakan. Pernah kita cuba mengerti situasi dan keadaan mereka ?? Mereka kerja siang malam untuk memenuhi keperluan kita ,mereka tak pernah merungut dan berkira.Kita tahu "order"saje !! sepatutrnya kita malu terhadap mereka, tak sudah sudah menyusahkan mereka.

Belajar itu tanggungjawab kita, berjaya itu adalah hasilnya..belajar rajin- rajin dan jika 1 hari nanti berjaya dapat kerja bagus , belilah apa pon jua yang kamu nak ..beli barang hasil kerja kita lebih bermakna.kalau umi baca mesti kecewa hatinya tidak kepalang, anaknye sanggup taip status seperti itu.

Sebab itu Islam menentang keras penganutnya menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apatah lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri. Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim).

Pemilik status ini biarlah di rahsiakan.. acik sempat comment statusnya dan bagi nasihat.. Biar dia sedar apa yang dia lakukan itulah adalah kesilapan. sama sama kita baiki diri kita.