Pengikut

Khamis, 18 April 2013

Jangan Kerana Parti Belainan Persahabatan Yang Lama Terjalin Terputus

 ( gambar dari google dan tak berkaitan )



Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi acik menaip di blog kesayangan acik dan dapat pergi ke blog rakan rakan blogger yang acik hormati dan segani. Pilihan pon kian tiba ,wahh apa lagi tengok di mana saje dah ada bendera , best cantik!!! hehehe sebenar best bila tiba pilihan raya nie dan ini kali pertama acik pilihan raya acik rasa sendiri sebagai sebagai pengundi, hehe tahun pertama sebagai layak mengundi.

Hari ini acik bukan nak cakap tentang politik , dan tak mahu sebenarnya tapi hati ini agak terkilan dengan sesama kita . Yelah dulu pernah satu kes di mana satu pasangan bercerai sebab lain parti. Baru baru ini pula di tetak sebab bendera. 

Ya ALLAH , tak kisah apa pon yang kamu pilih dan kamu rasa betul tapi janganlah sampai berlaku keganasan dan melampaui batasan norma kehidupan. Kata undi rahsia tapi kenapa perlu jadi macam gini ? tak kisahlah apa ideologi yang di terapkan dalam sesebuah parti tu tapi nilai kemanusia dan saling menghormati itu perlu.



Pagi pagi lagi acik dah nak nampak orang update status yang bukan bukan. Sebab parti kawan baik bergaduh ? sebab lain parti ?

Kalau aciklah , tak kisahlah dia parti mana sekali pon dan dia nak sokong pe pon biarlah asalkan persahabatan di jaga. Kita kena saling menghormati pilihan sesama rakan, kalau dia pilih mungkin dia rasa itu yang terbaik untuk kita dan kita pilih parti ini ok jelah dah tentu kita ada pilihan kita sendiri.

Acik tak berniat tulis panjang nanti ada pihak yang terasa pula, sebelum tu acik nak minta maaf, acik printscreen bukan niat acik untuk menjatuhkan sesiapa saje tapi untuk berikan kesedaran kepada semua.

memutuskan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin adalah berdosa besar. Dalam ayat Al Quran ada dijelaskan: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka". (Muhammad 22 -23) 


"Tidak halal bagi seorang muslim memusuhi sesama muslim lebih dari 3 hari, kerana kedua orang yang saling bermusuhan itu beerti keduanya telah berpaling daripada hak selama bermusuhan. Dan yang lebih dahulu berdamai beerti tertebus dosanya dan jika ia memberi salam tetapi tidak dijawab salamnya, maka akan dijawab oleh malaikat, sedang yang tidak menjawab diliputi oleh syaitan. Dan jika keduanya mati sedang dalam permusuhan itu maka keduanya tidak dapat masuk syurga selamanya"

(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)




Share This!


34 ulasan:

hazwan hairy berkata...

haha yg jenis taksub ja mcm ni pdhal dorg xtau apa2 pun...pndai berckp cuma tgk dkt fb ja...kesian!

MarnieyZ berkata...

tak sangka pula ada yg sampai mcm tu. Nanti kalau tak musim mengundi, rapat lah baik kut. Kuat juga penangan mengundi ni. Hmmmmm. *warna-warni jalan raya bnyk bendera* :)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata...

ramai je camtu. tertakluk pd individu tu sendiri.kena pandai kawal emosi, bijak mentafsir maklumat yg sampai bdasarkan fakta, jangan emo terlebih.kalau tak setju, berdiam lebih baik.atau xyah tgk wall kwn tu time pilihan raya. lepas pilihanraya, nak baca sampai termuntah, ikut suke demo la.hehe.

Condoriano berkata...

Setuju tu, Islam pun larang putuskan silaturrahim.. biarlah berpolitik secara sihat.

Mieza Jhaa K berkata...

Saya pun mengundi utk kali pertama jgk...hehe

Ikut nafsu marah mcm tulah..padahal benda bleh settle elok2..secara profesional...

Hasri Anis berkata...

macam2 ragam manusia sekarang ni.. benda macam ni pun boleh buat putus saudara.

~moga ALLAH pelihara diri kita dan seluruh umat.. Amin..

KY berkata...

betul tu acik, musim2 mengundi ni memang banyak perkara akan berlaku, yg kes kena tetak tu kat kawasan akk, di kemaman mungkin area bandar..

sayangkan, bila silaturraim diputuskan? hanya kerana politik.

Bin Muhammad berkata...

Salam Acik,
Maaflah...Tak berminat bercerita pasal politik, cukup sekadar ambil tahu. Undi itu rahsia...pilihan terletak ditangan anda di kertas undi. Selamat mengundi :)

D'ya D'ana berkata...

tu lah, kata demokrasi,adoyaii, setiap orang cita rasa berlainan btul tak,tak smestinya kita nak kne ikut orang lain.

AyueJean AJ berkata...

Memang ada yang berfikiran cetek macam ni...
Parti2 la....
Taksub sangat, macam ni la jadinya...

veesandii berkata...

assalamualaikum ... akak pun sekarang nih memandang sepi jer fb tuh ... dah penuh dgn agenda politik ... x suka x per . itu hak masing - masing . Tapi janganlah memburukkan org lain ... dosa tetap dosa . perbuatan tuh x kan menghalalkan cara ! ... aduhaiiii

Khairul Zamri berkata...

haha gini punya org pun ada ka? bia je laa sabarkan diri aja

Anisa Anuar berkata...

tu yg x best dgr...lebih prefer ckp rahsia sokong sape...senang...

Mohd Ridzwan Abdullah berkata...

Itu masalah sbenarnya. Kat tmpt wan pun sama jugak. Hari tu masa kat masjid, sblm solat jumaat pun sama. Diorg kawan baik...blh pulak gaduh2 pasal tak sehaluan...pelik kan. Walhal, itu adalah pendirian masing2 dan tak perlu nak fanatik sgt. Kita berhak memilih dan apa yg dipilih itu adalah hak kita. Tak perlu smp gaduh2.

Hatimi Tahirruddin berkata...

mereka yg gaduh ni sebenarnya dah terpesong pemikiran....mungkin disebabkan budaya politik malaysia selama ini yg terlalu mementingkan semangat kepartian dan berpuak2....
dari aspek undi rahsia tu macam lawak je sebenarnya...dah sah2 jadi ahli sesebuah parti takkan lah taktau lagi si polan tu undi mana...betul tak? hehehe kalau yg tak register dgn mana2 parti tu lainlah....

Seneorita Baharin berkata...

stuju sgt dgn entry acik ni..disebabkan parti berlainan sanggup putus silaturahim dan bergaduh, look unmatured kan..hak utk mengundi dan brparti tu hak masing2 kan, xperlu terlampau taksub kan...
xjadi pengundi lg, tunggu 4thn lg kot..hee..btw, slamat mngundi nnt ye acik ^___^

Nina Maslizza berkata...

Allah..sampai macam tu sekali..tapi sedangkan suami is3 pun ble brgaduh sebab politik,ini kan pula kawan..tapi tak baik la smpai gaduh mcm tu

Aku Penghibur berkata...

itulah .setuju gn bro

Aku Penghibur berkata...

hopefully cm tulah

Aku Penghibur berkata...

hehehe kan ... aahh bce lh sampai nangis air mata darah

Aku Penghibur berkata...

betul tu .. islam dah garis semuanya

Aku Penghibur berkata...

wahhh same lah .. betul tu be profesional.

Aku Penghibur berkata...

amin.. itulah mcm3 hal

Aku Penghibur berkata...

tulah kak.. ishhh geling kepada jadinya

Aku Penghibur berkata...

samelah acik pon cm tu jgk :)

Aku Penghibur berkata...

tepat sekali.. kena profesional lah kan :)

Aku Penghibur berkata...

itulah .. takpayah Taksub sangat,

Aku Penghibur berkata...

walaikumusalam .. betul tu kak ... setuju !!

Aku Penghibur berkata...

kat malaysiakan mcm2 ada :)

Aku Penghibur berkata...

hehehehe dah biase gn pekara nie .. kat u pon cm gini :)

Aku Penghibur berkata...

hehehe itulah uniknye malaysia

Aku Penghibur berkata...

thanks entah apa2 jer kan :)

Aku Penghibur berkata...

yepon jgn la sampai taip status cm gini

Nurul Aini berkata...

Betul2..kadang2 anak-anak pun boleh bergaduh dengan mak ayah..Suami isteri, adik beradik..Alahai..pelik betul..Tiada lagi rahsialah kalau macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails