Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa Salah Anak Kecil Ini Hingga Dia Menjadi Mangsa Kerakusan Manusia ??




Assalamualaikum

 Bila paksa ini untuk pejam, tapi tak mahu pula. Sehingga malam ini , acik hujani dengan pelbagai pertanyaan . Ada satu soalan yang menyentuh perasaan acik. Dia tanya acik bagaimana jika acik kehilangan orang yang acik sayang  ? Yup benar sekali memang ini takdir ilahi, tapi mengapa dia tinggalkan kita saat kita benar benar memerlukannya dalam hidup kita ?

Acik ini hanya mampu beri nasihat,acik tak mampu nak gantikan "sesuatu" yang hilang itu. Dugaan Allah itu hadir tanpa kita jangka dan kawal. Di kala gembira boleh di turunkan dugaan dan di kala kita gundah gelana dugaan itu juga hadir. Memang sekali kehilangan orang yang kita sayang memang menyakitkan , memang mendukacitakan. Tapi kita yang hidup perlu teruskan kehidupan kita. 

Kita pon tak tahu bila pula masanya kita, hari ini kita mampu ketawa, berkata kata dan tersenyum dan hari esok ? kita tahu bagaimana naseb kita. Sebab itu kita kena hargai setiap masa yang kita lalui dalam hidup ini. Jangan pernah siakan.

Semuanya perlu masa dan proses untuk menerima kehilangan orang yang kita sayang. Tapi percayalah segalanya ada hikmah yang kita tak ketahui. Yakinlah pada Allah dengan segenab hati dan kuatkan hati untuk terima kenyataan yang sangat memeritkan ini.

Tadi acik terlihat gambar seorang anak kecil palestin yang telah kembali ke rahmatullah.Wajahnya sungguh tenang seperti tidur sahaje. Kita beruntung negara kita masih aman dan makmur jika di bandingkan dengan negara yang sedang bergolak. 

Bukan apa, bila lihat gambar kanak kanak tersebut ,air mata ini mengalir kerana mereka masih kecil lagi tapi nyawa di persiakan oleh mereka yang tamak harta dunia.  Tak tahu penderitaan yang hidapi. Kalau terjadi pada anak kamu sendiri wahai manusia yang rakus baru tahu apa itu makna kehilangan.

Apakah salah kanak kanak ini ?
Apakah dia tak berhak untuk hidup ?
Adakah dia mampu untuk membunuh seseorang hinggakan dia yang tekorban?
Di mana sifat kemanusiaanmu ?
Di mana letaknya akalmu ?

Acik bagai hilang kata kata bila melihat gambar anak kecil yang syahid ini. ermmm semoga kita di beri pelindungan Allah dan mendapat keberkatannya.

Catat Ulasan

14 Ulasan

fragmenbiru berkata…
Tiada Tuhan Selain Allah..
yang berhak berkuasa keatas sesuatu perkara...

Sedih memikirkan nasib saudara seislam..apatah lagi anak-anak kecil yang syahid..

Namun,Janji Allah kepada anak-anak kecil itu adalah syurga... Subhanallah...

betul tu,tenang dan penuh rayuan gambar bayi tersebut..
rayuan agar umat islam bangkit..tidak mementingkan diri sendiri..

Ayuh!!! Kita sumbangkan Senjata yang paling hebat.. DOA..

Allah Berhak keatas sesuatu perkara..
tiada yang mustahil baginya...

Acik..thanks..entri mengingatkan Abak tentang nasib Umat Islam..
dan mensyukuri nikmat Keamanan yang kita kecapi..Alhamdulillah..
Mazni Azmi berkata…
Kanak kanak tiada salah. Dosa pun tiada. Hanya ada salah orang dewasa
kak gojes berkata…
kesian dgn budak ni jd mangsa...
sitirohaida berkata…
xde perikemanusiaan langsung..budak kecil yangtak tau ape2 tu yg jadi mangsa..
Mizz Aiza berkata…
sedihnya akak tengok gambar ni acik.. kenapa la manusia sanggup mensia-siakan anugerah Allah yang sangat beharga ni? apakah dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa? kita hanya mampu berdoa agar semua penderitaan mereka akan berakhir..
Unknown berkata…
SubhaAllah...hanya Allah yang maha mengetahuinya....

Sayang Allah kepada anak kecil nie melebihi segalanya.....

Unknown berkata…
sedih tgk gambar tu kt fb smlm..anak tu comel sgt..syurgalah tempatnya. Semoga org2 kejam tu mendapat balasan yg setimpal.
Sayidah Napisah berkata…
kenapa dengan bayi ini??
Unknown berkata…
hmmm kes palestin ni mmg berat...
Akupenghibur.com berkata…
@Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah setuju sangat apa yang ambak katakan itu
Fais-SKA berkata…
kecian kanak2 yg xberdosa jd mgsa :( subhanallah...
Tanpa Nama berkata…
manusia yang kejam je sanggup membunuh anak2 kecil..benci org sebegini..
Tengkubutang berkata…
huu.. kalau tgk gambo pun dh sedih.. klu depan2 teman lagi lea teman sedih.. silap2 menangis terus tgk baby ni.. =(
Teruknya dibuat oleh manusia tiada belas kasihan.. semoga tiada apa-apa bayi itu ..