Pengikut

Rabu, 22 Mei 2013

Jangan Buang Ibu Hanya Kerana Seorang Perempuan Yang Kamu Sayang







Assalamualaikum

 Alhamdulilah masih lagi bernyawa dan dapat menaip di blog acik yang tak seberapa ini. Fuhh dunia hiburan sekarang hangat dari pergaduhan 3 penjuru yang tak sepatutnya di jadikan paparan di media. Ramai yang minta acik berikan pendapat tentang kes tersebut. Sekali lagi acik minta maaf acik tak tahu kes ini secara menyeluruh dan hanya Allah tahu siapa betul dan siapa salah.

Acik teringat kata mak cik yang acik interview di rumah orang tua tahun lepas " kami orang tua ini kadang ada buat silap juga tapi kami cuma nak yang terbaik untuk anak anak kami, bila dah besar dan ada duit sendiri rasa kita ini menyusahkan dan kongkong mereka. Dan akhirnya mak cik di sini.

Masa itu , air mata bergelingan bila melihat mak cik tersebut. Pada acik , sejahat mana ibu bapa kita sekalipun mereka adalah ibu bapa kita yang membesarkan kita dari kecil hingga besar. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Dia yang suapkan kita ketika kita kecil ,dia jaga kita penuh dengan kasih sayang, dia pujuk kita, dia bagi kekuatan bila down. Tapi bila kita dah besar kita dah ada duit ? Ibu minta duit ,cakap ibu asyik nak duit saje.

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu, jangan terlalu ego dengan pendirian sendiri, jangan terlalu ikut perasaan dan dengar kata kata orang luar. Pergilah jumpa ibu berbincang baik baik dan jangan bermusuh dengan ibu, Dia ibu kita bukan ibu orang lain. Ibu mana yang tak sayang anaknye ? Walaupon kadang kita rasa dia tak sayang kita padahal ibu dah buat yang terbaik untuk kita cuma kita jer rasa macam tu.


Ingat Redha Allah adalah redha ibu bapa kita, Murka ibu bapa kita adalah Murka Allah .Jangan nanti tak cium bau syurga hanya kerana pertahan seorang wanita .  Kalau mak acik pon mesti mengamuk dan melinting bila tengok anaknya keluar dengan perempuan yang cam tu. Mesti kecewa ..Sebab itu pernah ada orang kata, seorang ibu boleh jaga 10 anaknya tapi 10 anak tak mampu jaga seorang ibunya.

Pernah tahu tentang anak yang beribu dan berbapakan khinzir tu ? Sedikit sedutan dari kisah tersebut

"Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

 Lihatlah , ini ada contoh bahawa walaupon ibu bapanya pernah buat kesilapan sebagai anak kita perlu hormat dan menjaga mereka. Bukan hanya sekadar meluahkan perasaan rasa tak puas hati di media. Orang media kerjanya kena mendapatkan berita saje dan dia akan cari tahu.

Ingat perempuan yang baik adalah perempuan yang bersama kita membawa ke jalanNya dan perempuan yang baik pastinya tak akan biarkan lelakinya untuk membelakangkan ibu nya sendiri.

Ingat yer adik adik dan kepada diri acik sendiri,setiap masalah ada penyelesainnya . Jangan terlalu ikut nafsu dan perasan amarah.  Walaupon mungkin di katakan itu salah ibu kamu apakah satu kesalahan seorang anak meminta maaf terhadap ibunya. Please acik merayu semua kepada anak muda jangan kerana perempuan /lelaki yang kononnya kamu sayang sehinggakan kamu sanggup buang ibu bapa kamu

Ini hanya sekadar pendapat acik yang tak seberapa,sekiranya ada pihak tidak sukakan padanya entri ini pejamkan saje mata tu yer :) ok bye bye adios ..

Share This!


21 ulasan:

  1. jangan sesekali membelakangkan orang tua kita.. tak kira la lelaki mahupun perempuan.. sama saja.
    jangan sangka bila kita sudah besar/dewasa maka kita sisihkan mereka... ingatlah bahawa balasan ALLAH itu setimpal dengan amal perbuatan yang kita lakukan..

    BalasPadam
  2. Betol apa acik bicarakan tu....

    Kita sebagai anak tak perlu nak ambik hati....biasalah orang tua...bila marah memang cam....marah bukan bermakna tak sayang...hakikat marah itu petunjuk untuk kita perbaiki diri....

    sedih tengok bila isu cam nie jadi tontotan umum....mengapa kita anak tak mencari jalan yang terbaik untuk perbaiki kesilapan....

    satu lagi....jangan biar ibu kita menangis.....

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ya Allah...
    Sangat tersentuh hati kecil Abak nie..
    Abak rasa tak pernah derhaka kepada orang tua..tapi bla mengenangkan smula,banyak amanah Ibu bapa yang tidak dapat Abak tunaikan..
    Doa pun kadang2 telupa untuk mereka..
    Semoga Allah menjga Ibu bapa kita smua..
    Terima kasih Acik..entri ni sangat mnyentuh hati Abak..Wajah ibu Abak terutamanya terus terbayang diminda..

    Ya Allah,Semoga Engkau jadikan kami anak-anak yang soleh,yang Diredai..Amin ya Rabb.

    BalasPadam
  5. betul tu..setuju sangat...

    tapi yang kita lihat skg yang berlaku..anak bermegah nak hebahkan aib ibu..lepas tu bersependapat dengan kekasih utuk slahkan ibu..


    haiissshhh...

    BalasPadam
  6. setiap perhubungan akan lebih diberkati jika mendapat restu ibu bapa, terutama ibu, redha sang ibu penentu kebahagian dan kejayaan seseorang anak..

    sebak bila ada yang sanggup buang ibu demi seorang kekasih yang belum tentu jadi isterinya..hurmmm

    BalasPadam
  7. sedih bila akak tengok ramai anak2 sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.. alasan sebab bila dah tua asyik sakit2 dan susah nak jaga.. apa salahnya bawa ibu bapa tinggal bersama dan upahlah pembantu rumah jika tiada masa nak layan.. ketahuilah, doa seorang ibu amat mustajab, sanggupkah kita jadi si tanggang di zaman moden?

    BalasPadam
  8. well said bro.
    sy pn xfaham apsal la mamat tu smpi snggup buat press conference semata2 nk buruk2 mak sendiri.
    hal2 family kasi settel luar la kan..hishhh!

    BalasPadam
  9. saya pn fikir mcm Acikk jgk bila pertama kali baca dan dgr sendiri statement dari Afiq tu.. Dan xberapa suka Eina Azman..siap suruh mak Afiq mintak maaf lg kt dia..

    BalasPadam
  10. perempuan itu perlu bijak . klu nak tawan hati si ibu bf nya , dia perlu cari jalan utk satukan dua beranak tuh . walau apaun yg si ibu buat / lakukan , walaupun melangkaui sifat normal manusia , syurga anak lelaki tetap padanya . anak perlu tahu bahawa ibu bapa ada hak ke atas segala harta anaknya menurut Islam sama ada harta yg bergerak ataupun tak . mrk boleh ambil tanpa izin anak dan tak berdosa melakukannya !

    BalasPadam
  11. ye betul...satu hari nanti kita juga akan menjadi ibu bapa,jika hari ini kita gagal melaksana tugas sebagai anak,jangan harap anak kita juga akan taat pada kita sebagai ibubapanya..kerana semua itu karma..namun kerana fitrah manusia walau sebagai ibu bapa adalah manusia biasa yang tak terkecuali dengan kesalahan,kita sebagai anak maafkanlah mereka dan jangan berdendam..

    BalasPadam
  12. Dunia akhir zaman ni banyak sgt anak derhaka dan tak takut pada ibu bapa..padahal ibu ayah yg jaga kita dari kecik sampai la besar kan, tp bila dh besar ada gf/bf lupa tanggungjawab kepada ibu bapa malah boleh pulak melawan dan derhaka kpd ibu ayah kan..huhu..semoga kita xtermasuk dlm golongan tersebut, aamiin..

    BalasPadam
  13. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/sekali-lagi-cik-akak-menjadi-pengkritik.html


    acik godek kat sini

    BalasPadam
  14. lelaki kena igt, syurga di bwh telapak kaki ibu.
    dptkan redha seorg ibu, baru boleh cr perempuan yg baik akhlaknya

    BalasPadam
  15. kes si afiq ni sebenarnya boleh setel...tapi disebabkan cinta yg tak halal, pemikiran dikelabukan...sanggup memburukkan ibu sendiri....dari apa yg aku dengar dari komen ibu afiq di melodi, perbalahan bermula bila si ibu delete gambar aweknya di ipad....haishhhh pasal benda kecik camtu sanggup nak bergaduh dgn emak sendiri....tak tau nak cakap apa lah....

    BalasPadam
  16. sedih mengenang ..... hargailah ibu anda selagi mrk masih ada.

    BalasPadam
  17. Terima Kasih abg acik ! sbb post byk fakta dan benda yg berfaedah ... :) Adk rasa ni lah blog yg sesuai utk adk baca .. :)Terima Kasih! Syukran! Thank you! =) <3

    BalasPadam
  18. baik atau buruk sekalipun dia ttp ibu kita ... y snggp mmbesarkan kita walaupun susah..

    BalasPadam
  19. Kalau cinta terhalang tu, anggap je satu dugaan dlm hubungan tu. Kdg2 Tuhan bg cabaran sbb nak kita dekatkan diri kpd Nya kan.. Kdg2 ada makna jua kalau hubungan dibangkang. He/she is just not for you. Tak senang nak tengok dia adalah utk kita or tak, makanya kalau hubungan dibangkang jgn mudah putus asa. Terus berdoa utk hubungan tu. Kalau jodoh, pasti akan diterima tak kira apa. Kalau tak, apa nak buat. Hidup ni bukan kita yang tentukan :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails