Ticker

6/recent/ticker-posts

Wordless Wednesday # 11: Jika Lelaki Ada Niat Kawin 4, Sila Sempurna Ini


Assalamualaikum

Pada lelaki yang ada niat nak kahwin 4, katanya nak ikut sunnah Nabi tu tanya pada diri kamu sendiri, cukupkah solat anda sebelum bagi alasan untuk berkahwin 4.Puasa sunat ? solat sunat buat tak ? ada cukup wang ? mampu untuk berikan keadilan ?

Catat Ulasan

22 Ulasan

Unknown berkata…
Salam pagi rabu...hihi..wah entri tujukan khas buat kaum Adam..hihi..tak-tak pe..cik akak memang nak komen..hihi...

Betol tu dik...kawin 4 nie...memang menjadi target kaum Adam...nak tunjukkan dia lah mampu dalam segala hal kan....hihi.. pelik kan...kalau mampu dalam segala hal...mengapa dan mengapa ingin menambah cawangan lain lagi kan...kalau dah ada pasangan tu...hihi...jawabnya aku mampu...zahir dan batin...tapi tak mampu lagi soal tanggungjawab....tanggungjawab dunia & akhirat....

Contohnya kat sini....

Nak kawin satu lagi....tanggungjawab jadi kapten keluarga yang satu tu lom tertunai..inginkan nak tambah cawangan...kalau anda rasa anda mampu..kenapa nak cari cawangan baru kan...kenapa tak tunjukkan anda mampu jadi kapten keluarga yang bertanggungjawab....dalam soal kehidupan harian keluarga...tunaikan dulu tanggungjawab tu kan..nie tak..siap nak tambah cawangan...hihi

Mampu zahir dan batin bukan ukuran untuk menguji setakat mana kemampuan kita...Ada duit boleh buat apa2 ke...hihi..say no kan...hihi

Duit boleh beli iman dan amal kita ke?...fikir-fikirkan ler...renung-renungkan lah....hanya iman dan amal anda yang menjadi ukuran untuk uji kemampuan anda....hihi...

Nota cinta : Kaum Adam..cik akak minta maaf ye...bukan niat nak perkenakan u all...cik akak cuma nak kita sama-sama belajar...berfikir lebih positif....kerana cik akak menyayangi anda semua :)
AM berkata…
Bila part kahwin, ramai nak ikut sunnah Nabi. Tapi part lain, tak nak ikut pulak sunnah Nabi. Hehehe. :D
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... boleh kah lelaki ikut semua sunnah rasulullah ? ... ukur baju kat badan sendiri lah ...
BinMuhammad berkata…
Salam,
Tidak semua lelaki berniat mahu kahwin 4. Jika ianya terjadi...itu jodoh namanya, ketentuan Allah jangan di persoalkan, ada hikmah disebaliknya. Redhalah... :)
Unknown berkata…
saya sokong apa yg diperkatakan BM.. kalau orang dah sorongkan bantal.. kita terima je la dengan hati terbuka :)
iha berkata…
Hehehe.. pernah bahaskan sebelum ni.. bila nak kahwin 4 laju je cakap ikut sunnah Nabi.. tapi kalau dah tetap ada jodoh, berkemampuan dan berlaku adil takde masalah :)
Akupenghibur.com berkata…
wslm Bm.. acik pon lelaki ..insyaALLAH kalau boleh biarlah satu.. acik cakap ini berdasarkan pengalaman.. hanya Allah yang tahu apa yang acik rasa bila lihat ibu derita dan menangis kerana naseb kami tak terbela.. memang jodoh ALLAH kita tak boleh pertikaikann.. tapi untuk diri kita.. ukur baju badan sendiri.. Apa pon ALLAH tahu yang terbaik untuk kita
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih pandangannya.. semoga ALLAh memberkatimu ... kamu tak rasa apa yang acik rasa bila kamu di abaikan oleh orang yang kamu sayang .. kamu tak rasa bila melihat ibu kamu menangis kerana seorang lelaki.. ermm cakap lebih pon kamu tak akan faham
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih sebab bagi pandangan ini..syukran :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah kita manusia :)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. itulah ikutlah kemampuan masing2
Unknown berkata…
:) senyum x perlu kata apa2,
Akupenghibur.com berkata…
itulah ..semoga bersedia segalanya
Unknown berkata…
Salam BM...cik akak ingin menjawab persoalan yang BM nyatakan tu...Ini atas permintaan adik acik kita yang sorang nie....hihi

Memang dalam islam tak menafikan kawin 4...Tapi hakikat kehidupan manusia zaman sekarang memang berbeza sama sekali dengan zaman Rasulullah S.A.W...

Bukan cik akak nak menindak suratan takdir Allah...cuma ini hanya untuk perkongsian bersama melalui pengalaman cik akak...

Terus terang cik akak memang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal...Sakit ditinggal ayah tersayang masih terasa....tapi cik akak tak pernah simpan perasaan dendam sekali pun...biarlah dia dengan cara dia....cik akak tahu ujian Allah ini hebat...tapi cik akak tak pernah mengeluh sekali pun...Ya cik akak tahu..Allah sentiasa bersama yang Sabar...

Berbalik kepada isu yang BM nyatakan di atas...memang jodoh pertemuan perpisahan itu rahsia Allah.....

Tapi kita manusia mampu berdoa dan terus berdoa agar dijauhi segala yang kita tak pernah inginkan...sentiasa mememohon pertunjuk Allah...doa agar kebahagiaan rumah tangga hanya untuk satu suri rumah je....

Tanggungjawab kita cuma jaga amanah Allah...kerana Allah memberikan kita pasangan hidup yang kita pilih...apa salah kita membahagiakan mereka dengan kasih sayang kita...tak rugi apa-apa pun...Malah kita menerima dengan rasa ikhlas kerana Allah...Kerana Allah memerlukan keikhlasan kita kepadanya...Keikhlasan kita bukan hanya pada hati kita...tapi pada iman dan takwa kita....seandainya kita sayangkan DIA lebih dari segala-gala di dunia ini..InsyaAllah keindahan & keutuhan rumah tangga pasti kita kecapi....malah berlipat-lipat ganda dengan apa yang kita beri...

Perkahwinan memang indah dan perlu disemai setiap detik..agar kita tidak terasa kekurangan dengan pasangan kita..Terima keburukan dengan hati yang redha...

Kalau kita tiada niat kawin 4..Allah pasti akan tolong kita...memohon hidayahnya..insyaAllah...

pesanan : maaf andai kata-kata cik akak menyakitkan...

senyum selalu dari cik akak



Unknown berkata…
ikut kemampuan.... cukup lah satu andai itu sudah membahagiakan........apa yg penting..... menjaga perkahwinan.....byk tanggungjawab kalau lebih nanti.... takut tak berlaku adil.....
Tanpa Nama berkata…
ini soal jodoh..kita tak mampu nafikan,tapi kathy pun harap agar lelaki yang nak memasang lebih dari 1 isteri ini berfikir dengan sedalam2 nyer..jangan kerana ada yang baru yang lama si abaikan..jika tiada anak2 tak mengapa,jika ada,siapa yang harus memikul beban?si isteri dan ibu itu ke?kathy bercakap dari pengalaman.......
Nur Nainis berkata…
Mampukah berlaku adil jika ingin berpoligami? Yang menyedihkan bila tidak pandai berlaku adil. Orang yang tidak berlaku adil adalah orang yang kejam dan zalim. Ermm..selagi tak melihat dan merasai bagaimana poligami ini, pandailah cakap kan. Jodoh itu tak datang bergolek, kena usahakan. Kalau kita berusaha ke arah itu, memang jadi orang mengantuk disorongkan bantal lah.
Unknown berkata…
kawen 4 tu walaupun ikut sunnah tapi tertakluk kepada syarat iaitu si suami mampu berlaku adil....yg ni selalu diketepikan bila nak berpoligami....kerana sebilangan lelaki yg buat hal habis rosak susu sebelanga...hehehe
BinMuhammad berkata…
Salam,
Saya dah agak, komen saya pasti menjadi bahan yg hangat. Jgn ambil hati dgn apa yg saya coretkan ini. Ianya demi seorang kawan yg bernama Acik yg amat saya hormati dan kasihi.

Benar Acik, saya tidak merasa apa yg acik rasa. Semasa mula mengikuti blog ini...Acik sentiasa bercerita dan membantu kearah kebaikan dan sesuatu yg positif. Dari situ saya dah tahu bahawa ada kepahitan disebalik kehidupan acik dan akhirnya saya dapat mencungkilnya.

Benarlah...seseorang itu tidak mampu berselindung pabila ianya melibatkan hati dan perasaan orang tua yg dikasihinya.

Acik, Kita tidak mampu mengubah takdir Allah tapi jgn sampai kita menyalahkan apa yg di takdirkan dan tidak boleh terima jika ianya berlaku pada orang lain. Bukan semua akan menderita ada juga yg bahagia..itu adalah qada dan qadar. Jika masih ada rasa tidak redha..maknanya masih belum ada lagi kemaafan ikhlas dihati.

Ingatlah penderitaan itu satu rahmat dan kebahagiaan itu satu ujian dari Allah. Dari penderitaan menjadikan acik spt skrg ini, tahu erti kehidupan, menjadi pendorong utk kejayaan, menyayangi orang tua dan membantu insan2 yg memerlukan. Syukur alhamdulillah kerana acik membawa diri kearah positif.

Saya akui...saya juga tidak bersetuju jika lelaki kahwin lebih dari satu. Pengalaman dan cerita juga banyak kpd keburukan dari kebaikan. Ini memang menunjukkan lelaki belum benar2 memahami syarat2 dan tujuan yg dikehendaki/dituntut oleh agama sebelum berkahwin lain. Tapi sekiranya ia telah terjadi...jangan sesekali menyalahi apa yg terjadi. Itu hak Allah. Usaha, doa dan tawakal mesti dilakukan sebelum ianya terjadi.

Redha dan kemaafan itu memang susah dilakukan...tapi jika anda berjaya pasti andalah insan yg paling bahagia dan disayangi Allah...Insyaallah.

Nao Mei - Saya tidak berkecil hati, pendapat mestilah berbeza2 barulah perbahasan boleh ke arah matlamat yg positif, itu amat baik sekali.
Unknown berkata…
bila Allah izinkan poligami, mst ada hkmahnya kan :)
bg wanita jgn taksub sgt menolak poligami, takut kena batang hidung sdiri, hehe. bg lelaki, dlm kartun ni da ckup sinis, jk solat pn belum sempurna, jgn la bermimpi mahu gapai bintang di langit, hargai dulu bumi yg dipijak, apa pun xmustahil kan, yg penting adillah. *adil sgt susah okey bg yg xmmpu, bahagi emosi susah woo ^^
Kak iman berkata…
ha acik ada niat ke tu?
Unknown berkata…
Solat cukup tapi cepat goyah...sebelum ni kemain lagi pergi masjid. Bila bercinta dengan janda, tak nak pergi dah. Duk gila bayang. Isteri bercakap pun xdgr apa kebenda dah...pengalaman yang dilihat sendiri..hehe