Ticker

6/recent/ticker-posts

Disebalik Keceriaan Lelaki Tersembunyi Seribu Kedukaan Yang Tidak Di Ketahui



Assalamualaikum

Alhamdulilah  masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, hari ini acik nak kongsikan kepada kamu semua tentang satu pekara nie,mungkin dalam sedar kita ada menyakitkan hati orang lain dan buatkan hati mereka terluka ,walhal kita amat menyayangi dia..Jom lihat perbualan acik dengan helmi ini..

Helmi : Assalamualaikum acik, alhamdulilah ko dah kembali ke dunia blogger, aku tahu ko seorang yang tabah dan kuat... terima kasih nasihat yang ko berikan kat aku..Aku nak bagitahu ko something yang dah lama aku simpan .. sakit rasanya

Acik : walaikumusalam. alhamdulilah ,,Allah masih berikan kesempatan untuk aku teruskan berblog.. sebagai rakan aku hanya mampu nasihat yang termampu saje.. bagitahu apa plak nie ?? ahhh story sikit..

Helmi : ko penah tahukan ,dulu aku pernah berkahwin ?

Acik :ahhh serious ko pernah kawin , aku tak tahu pon..

Helmi : sorry bro, hanya yang tahu beberapa orang saje ,yelah umur aku pon dah tua , cuma dia dah pergi tinggalkan aku buat selamanya ,jauh dari aku, aku tak dapat nak lupakan dia.

Acik : korang bercerai ke ?

Helmi : bukanlah acik, dia dah meninggal dunia, tinggalkan aku jauh pergi menghadap Allah. Tapi aku kesal dengan perbuatan aku dengan dia, aku aku kehilangan orang terpenting dalam hidup aku. Dulu aku kawin dengan dia memang atas sebab suka sama suka, lepas setahun kawin memang semuanya okey, tapi lama ke lamaan aku bosan dengan dia, yelah dia asyik tanya aku sayang dia ke tak ?

Aku bukan jenis romantik nie, dia sayang dan terima aku seadanya, walaupon dia tahu tak layan dia tak baik tapi dia tetap sayang aku, jaga makan minum  aku dengan baik. Aku pernah tanya dia ,menyesalkan kawin dengan aku ? dia jawab dia telah bersedia dan sanggup terima semua nie.. Aku sayang dia tapi aku tak tahu nak zahirkan dengan kata kata. Geli benar kalau nak cakap ayat jiwang nie..

Lepas setahun kami kawin, Wani ,isteri aku sahkan mengandung, tapi aku tak bersedia lagi nak ada anak.. Wani kemain bahagia sekali bila dapat tahu dia mengandung. Aku biarkan saje, pada aku belum sesuai lagi begelar bapa, tak layak lagi jadi aku tak la excited sangat. Aku aku masih lagi laksanakan tanggungjawab aku , tapi wani suka tanya yang aku sayang dia ke tidak ?

Naik jelak aku dengar, aku diamkan diri saje, dan sampai kami bergaduh besar hanya sebab pekara tu, aku bosan kalau nak cakap sayang sayang nie, mungkin aku yang ego...kadang kadang tension bila dengar dia membebel  sebab tak penah nak ucapkan sayang padanya.

Bila wani kandungan usia 4 bulan ,kami check kat doktor bagaimana kandungan anak kami , dan doktor katakan kandungan bayi songsang dan dan ada sedikit pendarahan dekat wani, saat itu aku takut sanggat dan pelbagai cara kami lakukan untuk kesihatan wani, akhirya semua okey dan wani terpakse behenti keja kerana dia asyik tak sehat sebab kandungan pertama ini.

Pada malam tu, aku tak boleh lupakan bila wani terjatuh tangga dan pendarahan teruk , aku bergegas bawak kereta dengan laju dan kami terlibat kemalangan kerana masa tu aku cukup gelabah dan terlanggar tiang di tepi jalan.

Kau tahu acik ,saat itu aku rasa seluruh badan aku behenti seketika dan tapi aku cuba bangun bawa bini aku , darah  banyak sangat mengalir tapi aku gagahkan diri... naseb baik ,ada orang tolong kami..

Masa dalam kereta , wani tanya aku abang sayang wani tak ?? wani dah nak pergi nie,... maafkan wani kalau wani ada silap dan salah dengan abang,

Aku tak terkata... tapi malangkan  aku tak sempat nak cakap yang aku sayang wani , aku sayang sangat dia... dia dah pegi selamanya, anak ku pergi selamanya kerana tak dapat di selamatkan...

Sampai sekarang aku kesal acik, aku tak tahu nak kata apa acik , nasihat aku kepada lelaki di luar sana jangan terlalu ego, ucaplah sayang pada seseorang yang halal untuk kamu.

Emm pertama kali acik lihat abang helmi menagis dan abang helmi yang aku kenal seorang ceria dan peramah..Di sebalik kecerian itu tersembunyi seribu kedukaan.
 

Catat Ulasan

28 Ulasan

iha berkata…
lelaki kalau sedih memang susah nak tunjuk kesedihannya.. salam takziah kepada beliau..
Unknown berkata…
sedihnya :'( mesti dia rasa bersalah sgt2..
Mizz Aiza berkata…
semoga kisah ini menjadi iktibar kepada suami isteri.. hargailah orang yang kita sayangi sementara mereka masih ada.. menangis air mata darah sekali pun, dia tak akan kembali..
Unknown berkata…
Alolo...sedih kak cik baca entri..terasa kak cik pula yang ada wataknya..huhu....semoga apa yang berlaku...menjadi pengajaran untuk kita...
Adilah Asari berkata…
ye..hanya kerana ego...segalanya hilang..
baik lelaki ataupun perempuan, masing2 ada ego mereka tersendiri..
cuma harap dapat merendahkan ego masing2 untuk kehidupan dan kebahagiaan mereka sendiri...
kerana ego semuanya musnah..
sedih baca cerita ni acik..
semoga menjadi pengajaran buat semua
Syed Wazien berkata…
SW dpt rasa kesedihan helmi tu. SW sendiri pun kehilangan adik kembar perempuan tahun lalu, yg sedihnya SW bergaduh dgn dia sebelum dia maut dlm nahas kereta, hanya sebab SW tak suka dia berkawan dgn beberapa org tak dikenali di alam maya. Bila dia meninggal, org2 yg dikawannya tu tikam belakang dia balik. Sedih juha sebab SW pernah pukul dia sebab dia selalu pergi ke seremban menunggu sorg lelaki yg dia minat melalui blog padahal lelaki tu x kenal dia pun. SW paksa dia memandu balik sorg2 utk jumpa bakal tunangnya yg keluarga kami pilih utk dia..... di situ lah tamat kisah adik SW. Sampai skg SW menyesal apa SW buat kat dia. Tapi mungkin itu takdir terbaik buatnya.
MalizaMah berkata…
setiap org pasti ada cerita mrk tersendiri....
Tanpa Nama berkata…
hmm...ada iktibar dari semua ini...
Lieza Nordin berkata…
>.< hati prmpuan lebih lega bila dgr sndiri dri mulut lelaki y dirinya disayangi..aheks~
BinMuhammad berkata…
Kisah sedih yang memberi keinsafan. Tiada gunanya terlalu mempertahankan ego. Terimalah qada dan qadar...jgn meratapi yg tiada. Kirimkan doa agar aman dan dicucuri rahmat rohnya.
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih iha :)
Akupenghibur.com berkata…
semestinya dia rasakan itu
Akupenghibur.com berkata…
semoga di jadikan pengajaran kepada semua
Akupenghibur.com berkata…
tak salah rendah ego.... dan tak jadi masalah pon
Akupenghibur.com berkata…
kadang itu semua hanyalah situasi yang Allah berikan pada kita, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak ketahui
Akupenghibur.com berkata…
leeza betul tu ,,setiap manusia ada jalan cerita yang tersendiri dan kadang tak mampu untuk di luahkan dengan kata kata
Akupenghibur.com berkata…
itulah agaknye .. jadi hargai orang yang sayang kita
Akupenghibur.com berkata…
betul BM ,semoga ada sedikit kesedaran kepada semua
Akupenghibur.com berkata…
vetul tu kak,,, setuju dengan akak
Fais-SKA berkata…
subhanallah..sayu je bca..llaki bla dh khwin mmg ptt hrgai wnita berganda2 lg dri bcinta..bkan sng nk dpt isteri yg baik..
Bunda_nora berkata…
assalam,

iktibar untuk kita semua...tak kene bayar pun untuk mengucapkan sayang kpd seseorang... bila dah takder tak guna lagi untuk menyesal...
Tanpa Nama berkata…
naper la perkataan yg semudah tu susah sgt nak sebut . perempuan mmg suka lelaki expose perasaan . memendam tu ada masanya baik ada masanya mmg x blh membantu . kena sesuai keadaan dan masalah ...
Alia Ali Ahmad berkata…
sumpah melalak baca kisah ni masa part 'abang sayang wani tak ? wani dah nak pergi nie :'(
Unknown berkata…
Mengalir air mataaa...sedih...sedih... lelaki mmg susah nak ucap cinta..Mr.K pn sama...tp sy faham melalui cara dia ambik berat..
Unknown berkata…
sudah ditakdirkan begitu...harap beliau tabah....
Unknown berkata…
hati lelaki.... sekeras mana pun pasti ada air mata yg mengalir didlm hatinya....
sedih remy baca cerita nie.....