perempuan

Assalamualaikum

Ya Allah terima kasih sangat kerana permudahkan segala urusan, acik rasa terhau apabila ramai rakan rakan yang memberi kata semangat dan kata sokongan yang tak penah jemu, Acik bukan mengalah dan mengikut rentak orang yang ingin perdajalkan acik, tetapi untuk melihat sejauh mana keberanian si pembuat dajal itu berani lakukan..Kini acik kembali berblog dengan aman

Setelah aduan telah di buat ke atas owner blog elegi cinta dan rakan rakannya , acik dah buat laporan SKMM.  Acik beranikan ambil tindakan ini apabila melihat kes yang terjadi pada  Bicara Mak Dara dan acik tekad buat untuk membuat laporan tersebut 

Entahlh kecewa jugak sebenarnya apabila yang menghina dan mengutuk nie bukan lelaki tapi perempuan, seorang wanita sepatutnya mempunyai adab dan perasaan malu untuk melakukan pekara pekara seperti ini, pada mulanya acik biarkan saje tapi apabila tiga hari beturut turut menghantar ke fan page acik, beberapa hari yang lepas acik lihat account fb dia dah deactivate kan  

Kalau dia buat lagi pekara yang sama ,acik tak teragak agak untuk laporkan ke pihak polis dan kalau  boleh saman malu hahahahaha aahh jangan main main 

Kamu semua boleh lihat acik print screen salah satu ayat yang di hantarkan di fan page acik, nama biarlah acik rahsiakn, mungkin dia tak sedar dia lakukan kesilapan Hampir 20 kali dia dan rakan rakan dia hantar dekat acik

hinaan aku penghibur


Perempuan kena jaga maruah mereka serta harga diri , jangalah buat pekara yang bukan bukan, kena jaga peribadi, dan akhlak ,jangan bagi malu keluarga

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Acik dah maafkan dia dah , wahh semangat baru ini, setelah puas muhasabah diri dan mungkin ada ayat ayat acik di blog tak di senangi dan tak puas hati.. Dengan rendah hati sekali lagi acik minta maaf jika ada setiap entri acik ada yang tesinggung

Dan ribuan terima kasih kepada mereka mereka yang tak jemu datang ke blog acikk, walaupon 2 hari tak update tapi alhmadulilah masih 1900 page view 

SubhanaAllah terima kasih :)