Pengikut

Jumaat, 26 Julai 2013

Antara Kelebihan Mereka Yang Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad Yang Ramai Tak Tahu


selawat ke atas nabi muhammad

Assalamualaikum 

Alhamdulilah dapat lagi kita bertemu di penghulu segala hari, dapat bersama-sama dapat melihat indahnye ciptaan Allah. Bosan ke bace tentang kisah-kisah tauladan ? rugilah kamu jika tidak membacanya kerana setiap cerita itu pastinya ada sesuatu yang bermanfaat yang ingin di sampaikan. Hari ini acik nak bercerita mengenai tentang keistimewaaan selawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Ada yang tahu dan ada yang tak tahu.. dan ada juga segelintir dari mereka yang tahu tapi buat-buat tak tahu. 

Kamu pasti menitiskan air mata mendengar berita ini. Terutama permohonan Malaikat Isrofil kepada Allah SWT..

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Isroafil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa
dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Isroafil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku TIDAK AKAN mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu (yang berselawat).”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, acik harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Bacaan Selawat Nabi sangat beragam, ini adalah satu dari beragam itu.

Ya Nabi Salam Alaika Ya Rosuul salam alaika Ya Habiib salam alaika Sholawatulloh alaika.

Dalam Al Qur'an Allah swt. berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (Al Qur'an S. Al-Ahzab ayat 56)

Nabi Muhammad saw. bersabda: "Bershalawatlah kamu kepadaku, karena shalawat itu menjadi zakat penghening jiwa pembersih dosa bagimu". (Diriwayatkan oleh Ibnu Murdawaih).

Dari Abu Hurairah ra. diberitakan Nabi Muhammad saw. bersabda: "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kubur dan menjadikan kuburku sebagai persidangan hari raya. Bershalawatlah kepadaku, karena shalawatmu sampai kepadaku dimana saja kamu berada". (HR. An-Nasai, Abu Dawud dan Ahmad serta dishahihkan oleh An-Nawawi).

teruskan berselawat selawat dan selawat...!!

Share This!


38 ulasan:

  1. Sudah tentu saya tidak akan lepaskan peluang ini. Terima kasih berkongsi ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah betul tu jgn lepaskan peluang

      Padam
  2. banyak kelebihannya..mari sma-sama rebut peluang nie

    BalasPadam
  3. terima kasih bro sebab berkongsi :)

    BalasPadam
  4. perkongsian yang baik acik.. salam jumaat dan nuzul al-Quran.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks membaca kak salam jumaat dan nuzul al-Quran juga kak

      Padam
  5. salam nuzul quran :)
    yup mari berselawat

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsiaan ini..:)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah... tambah2 di bulan baik ni... banyak ganjaranya

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..perkongsian yang baik...

    BalasPadam
  9. take note bro..
    thanx atas perkongsian..
    mmg ramai x tahu tmasuk aku.

    BalasPadam
  10. perkongsian yang menarik..
    mari kita perbanyakkan lagi selawat ke atas junjungan besar kita :)

    BalasPadam
  11. Salam Nuzul Quran Achik. Entri perkongsian, pesan & peringatan yg baik diwaktu, hari & bulan yg baik. Selawat & salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad saw, kaum keluarga & para2 sahabatnya. Mudah2an kita beroleh syafaatnya kelak & keberkatan Allah swt.. amin.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..nice sharing acik =) rugi sgt2 kalau sape yg xpnh berselwat kepada nabi..sbb dalam solat pn kita akan berselawat keatas nabi..sygnya Rasulullah kt kita ni..kita je yg selalu lupa pada Rasulullah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. neti tu mmg rugi pd yg x berselawat

      Padam
  13. perkongsian yg berguna acik..
    tak sukar utk melafazkn selawat,,tapi sibuk dok ingt perkara2 lain..

    BalasPadam
  14. subhanallah.bgtu besar kelebihan berselawat :)

    BalasPadam
  15. banyak kelebihan selawat ni...terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  16. Mudah tapi itupun masih payah untuk dilakukan...
    Andai ganjaran itu terlihat didepan mata, mungkin barulah semua orang berebut2 melakukannya...

    BalasPadam
  17. Makseh atas perkongsiannya :)

    BalasPadam
  18. selawat juga dapat menenangkan hati..^^

    BalasPadam
  19. Kena hari2 ni ek. Jangan teringat time maulidurrasul saja hehe

    BalasPadam
  20. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni Acik :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails