Pengikut

Khamis, 18 Julai 2013

Penyakit Alergik Ubat ?




Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas di bumi pinjaman Allah ini, ucapkan syukur dan berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad SAW. Di kala kita gembira dan mampu merasa kebahgian ada antara kita sedang bersedih dengan musibah yang hadir dalam hidupnya.

Hari nie, di hospital meneman adik acik ko hospital kerana dia sakit yang agak teruk. Pada mulanya kami ingatkan adik acik nie hanyalah demam biasa, seram sejuk badan, tapi setiap kali demam pastinya muka dia akan bengkak. Risau juga kenapa dan berjumpa dengan doktor, dan doktor mengatakan adik acik alergik dengan ubat.Gambar di bawah ini ada contohnya :

Alergik Ubat


Alergik dengan ubat macam mane tu ?

Alergik ubat ini apabila kita makan ubat apa jua jenis ubatan itu dan mendatang kesan kepada kita seperti bengkak di bahagia bawah mata,  kerana badan tak dapat menerima ubat yang di makan dan tidak beccsesuai untuk tubuh badan pesakit tersebut.

Symptom penyakit ini seperti

  • Mulanya badan akan jadi seram sejuk rasa nak demam kemudian rasa loya nak muntah,
  • kalau kena kat bayi biasanya akan naik ruam merah di badan/muka dan bagian tertentu
  • ulser aka orang kita cakap mata ikan di mulut
  • lidah melecur ahh tak dapat rasa makanan yang di makan
  • paling ketara bengkak di bahagia bawah mata

 Kesian acik tengok adik acik nie, dahlah baru je masuk kerja dah sakit yang macam gini .Tapi paling kesian bila ada orang tak faham dengan sakitnya , ada seorang pekerja di tempat adik acik kerja nie siap mulut agak lazer cakap baru masuk kerja dah cuti sakit itu ini. Emm adik acik pon tak minta semua tu, ini ujian untuknya.

Menurut doktor , alergik ubat ini boleh jadi bahaya jika keadaan makin teruk kerana dia boleh menyebabkan kerongkong bengkak dan menyulitkan untuk bernafas.

Nak makan ubat pon kena pilih pilih tak boleh sembarangan, macam adik acik nie ,makan panadol pon tak boleh ,abis muka bengkak teruk.

Doktor kata sakit ini akan menurun ada anaknye juga bila dia ada anak nanti.Kata doktor lagi kalau jadi macam gini segera bawa ke hospital

Ya Allah kau berikan kesembuhan kepada adikku ini, kalau panjangkan umurnya dan kau lindungilah dia , Mudahkan segala urusannya Ya Allah


Share This!


44 ulasan:

  1. kena hati-hati jugak..takut tak sesuai..

    BalasPadam
  2. memang ada pun alergik ubat ni. tapi depends ikut jenis ubat lah. ada yang alergik paracetamol, alergik penicillin. yang penting, kita sendiri kena tau kita alergik dengan apa, nanti setiap kali sakit, kena lah avoid ubat-ubat tersebut.

    semoga adik Acik cepat sembuh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, cm adik acik nie masih tak tahu lagi alergik apa

      Padam
  3. amin, semoga adik acik cepat sembuh..
    mama memang pernah dengar tentang orang yang arlegik pada ubat. tak dinafikan, apa acik cakap memang betul.. kalau bayi yang kena lagi kesian tengok...

    BalasPadam
  4. kwn sebilik nie pun alergik ubat jgk.. kesian, nak bagi dia makan ubat pn rasa was-was.. sem0ga adik acik cpt sembuh.

    BalasPadam
  5. alergik ubat pun ada ye..
    yaya ingat alergik ubat ni dia tak suka makan ubat..hehe
    supaya adik acik cepat sembuh..
    http://www.cikyaya.my/2013/07/penyakit-iri-hati.html

    BalasPadam
  6. Wan pun alergik ubat jugak. Wan takleh makan ponstan. Kalau makan nanti akan bengkak2 muka. Lidah mcm melecur.

    Semoga adeq ni cepat sembuh yer.

    BalasPadam
  7. isk dik..takut nak makan sebarangan....

    semoga adik acik sihat tau

    BalasPadam
  8. semoga segera sembuh adik acik tu, ..ank pcl yg bgngsu tu pon sama alergik tp kpd makanan laut je..tp bila dah kena semua pantang makan sbb dia jd gatal kulit...doc kata sbb darah juga, tp skrg dah okay mengikut peningkatan umurnya..lg besar makin tinggi daya tahan dlm badan dia..alhamdulillah pcl kini selalu berhati2 bab pemakanan anak2 pcl ..


    #ikut kata nasihat doktor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh yeke, emmm adik acik teruk bengkak muka , mmg kena ikut nasihat doktor

      Padam
  9. itulah kan...jangan suke2 ambil sembarangan ubat tanpa nasihat doktor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm betul tu bunda ,tapi kes acik nie ,kami tak tahu plk dia alergik ubat

      Padam
  10. moga Allah permudahkan urusan adik acik, krole pernah dengan sakit alergik ubat ni...tp pas baca entri ni baru krole lebih faham...bahaya juga ya acik, berkenaan pekerja yang mengata adik acik tu... abaikan saja acik, biasalah manusia...mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia... hah! tu kena tunggu hari kiamat kelak...Wallahualam

    BalasPadam
  11. Semoga adik Acikk cepat sembuh...

    BalasPadam
  12. alegik ubt , ,wah kena pilih ubt yg bsesuaian laa lepas ni,,apa-apa pown yana doakan adik acik cepat smbuh seperti sediakala

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin ya Allah ,betul tu mmg kena pilih ubat

      Padam
  13. Amin.. insyaAllah, semoga cepat sembuh ..

    BalasPadam
  14. Ya Allah kesiannya adik acik. Tatau pula ada penyakit allergic pada ubat. Moga dia cepat sembuh k :)

    BalasPadam
  15. owh..semoga adik bro cepat sembuh ye..fizi dh biasa dh dengar pasal alergc pd ubat..salah satunya mgkn resdung...sebab resdung ada banyak2 jenis..:)

    BalasPadam
  16. salam, kesiannya..semoga cepat sembut..amin.

    BalasPadam
  17. saya pun ada kwn macam tu, susah kalau dia sakit, itu tak boleh, ini tak boleh. get well soon :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah nak buat guane , kesiankan

      Padam
  18. Wow.. Semoga cepat sembuh yaa =)

    BalasPadam
  19. Laa..kesiannya. Kena lebih berhati-hatilah lepas ni. Saya doakan adik acik cepat sembuh.

    BalasPadam
  20. baru tau ada jugak y elergi ubat... mula2 baca tajuk entri tadi ingtkan elergi ubat=takut ubat...hehehh... >.< smga adik acik cpt smbh ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhe ramai cakp cm tu , emm tak la ,thansk atas doanya

      Padam
  21. bahaya alergik ubat ni.. macam mak akak pun ada alergik juga dengan sesetengah ubat.. selalunya doktor akan tanya pada mak akak jika ada alergik kepada ubat.. akak doakan semoga adik acik cepat sembuh..

    BalasPadam
  22. bahaya kalau allergic ubat...... seelok eloknya kena cepat bertindak.........paling sesuai...dapatkan ubatan dari klinik yg kita dah biasa pergi... sebab record kesihatan sentiasa ada....

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails