Ticker

6/recent/ticker-posts

Penyakit Alergik Ubat ?




Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas di bumi pinjaman Allah ini, ucapkan syukur dan berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad SAW. Di kala kita gembira dan mampu merasa kebahgian ada antara kita sedang bersedih dengan musibah yang hadir dalam hidupnya.

Hari nie, di hospital meneman adik acik ko hospital kerana dia sakit yang agak teruk. Pada mulanya kami ingatkan adik acik nie hanyalah demam biasa, seram sejuk badan, tapi setiap kali demam pastinya muka dia akan bengkak. Risau juga kenapa dan berjumpa dengan doktor, dan doktor mengatakan adik acik alergik dengan ubat.Gambar di bawah ini ada contohnya :

Alergik Ubat


Alergik dengan ubat macam mane tu ?

Alergik ubat ini apabila kita makan ubat apa jua jenis ubatan itu dan mendatang kesan kepada kita seperti bengkak di bahagia bawah mata,  kerana badan tak dapat menerima ubat yang di makan dan tidak beccsesuai untuk tubuh badan pesakit tersebut.

Symptom penyakit ini seperti

  • Mulanya badan akan jadi seram sejuk rasa nak demam kemudian rasa loya nak muntah,
  • kalau kena kat bayi biasanya akan naik ruam merah di badan/muka dan bagian tertentu
  • ulser aka orang kita cakap mata ikan di mulut
  • lidah melecur ahh tak dapat rasa makanan yang di makan
  • paling ketara bengkak di bahagia bawah mata

 Kesian acik tengok adik acik nie, dahlah baru je masuk kerja dah sakit yang macam gini .Tapi paling kesian bila ada orang tak faham dengan sakitnya , ada seorang pekerja di tempat adik acik kerja nie siap mulut agak lazer cakap baru masuk kerja dah cuti sakit itu ini. Emm adik acik pon tak minta semua tu, ini ujian untuknya.

Menurut doktor , alergik ubat ini boleh jadi bahaya jika keadaan makin teruk kerana dia boleh menyebabkan kerongkong bengkak dan menyulitkan untuk bernafas.

Nak makan ubat pon kena pilih pilih tak boleh sembarangan, macam adik acik nie ,makan panadol pon tak boleh ,abis muka bengkak teruk.

Doktor kata sakit ini akan menurun ada anaknye juga bila dia ada anak nanti.Kata doktor lagi kalau jadi macam gini segera bawa ke hospital

Ya Allah kau berikan kesembuhan kepada adikku ini, kalau panjangkan umurnya dan kau lindungilah dia , Mudahkan segala urusannya Ya Allah


Catat Ulasan

44 Ulasan

sitirohaida berkata…
kena hati-hati jugak..takut tak sesuai..
adarain berkata…
semoga adiknya cepat sembuh
fynuraqilah berkata…
memang ada pun alergik ubat ni. tapi depends ikut jenis ubat lah. ada yang alergik paracetamol, alergik penicillin. yang penting, kita sendiri kena tau kita alergik dengan apa, nanti setiap kali sakit, kena lah avoid ubat-ubat tersebut.

semoga adik Acik cepat sembuh :)
norhasnizakhalid berkata…
amin, semoga adik acik cepat sembuh..
mama memang pernah dengar tentang orang yang arlegik pada ubat. tak dinafikan, apa acik cakap memang betul.. kalau bayi yang kena lagi kesian tengok...
Unknown berkata…
kwn sebilik nie pun alergik ubat jgk.. kesian, nak bagi dia makan ubat pn rasa was-was.. sem0ga adik acik cpt sembuh.
Adilah Asari berkata…
alergik ubat pun ada ye..
yaya ingat alergik ubat ni dia tak suka makan ubat..hehe
supaya adik acik cepat sembuh..
http://www.cikyaya.my/2013/07/penyakit-iri-hati.html
Unknown berkata…
Wan pun alergik ubat jugak. Wan takleh makan ponstan. Kalau makan nanti akan bengkak2 muka. Lidah mcm melecur.

Semoga adeq ni cepat sembuh yer.
Unknown berkata…
isk dik..takut nak makan sebarangan....

semoga adik acik sihat tau
PCL berkata…
semoga segera sembuh adik acik tu, ..ank pcl yg bgngsu tu pon sama alergik tp kpd makanan laut je..tp bila dah kena semua pantang makan sbb dia jd gatal kulit...doc kata sbb darah juga, tp skrg dah okay mengikut peningkatan umurnya..lg besar makin tinggi daya tahan dlm badan dia..alhamdulillah pcl kini selalu berhati2 bab pemakanan anak2 pcl ..


#ikut kata nasihat doktor.
Bunda_nora berkata…
itulah kan...jangan suke2 ambil sembarangan ubat tanpa nasihat doktor..
krole berkata…
moga Allah permudahkan urusan adik acik, krole pernah dengan sakit alergik ubat ni...tp pas baca entri ni baru krole lebih faham...bahaya juga ya acik, berkenaan pekerja yang mengata adik acik tu... abaikan saja acik, biasalah manusia...mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia... hah! tu kena tunggu hari kiamat kelak...Wallahualam
Unknown berkata…
Semoga adik Acikk cepat sembuh...
alegik ubt , ,wah kena pilih ubt yg bsesuaian laa lepas ni,,apa-apa pown yana doakan adik acik cepat smbuh seperti sediakala
sizziey darliana berkata…
Amin.. insyaAllah, semoga cepat sembuh ..
Aida Ismail berkata…
Ya Allah kesiannya adik acik. Tatau pula ada penyakit allergic pada ubat. Moga dia cepat sembuh k :)
Unknown berkata…
owh..semoga adik bro cepat sembuh ye..fizi dh biasa dh dengar pasal alergc pd ubat..salah satunya mgkn resdung...sebab resdung ada banyak2 jenis..:)
Unknown berkata…
salam, kesiannya..semoga cepat sembut..amin.
Dzureen Darwis berkata…
saya pun ada kwn macam tu, susah kalau dia sakit, itu tak boleh, ini tak boleh. get well soon :)
Vee berkata…
Wow.. Semoga cepat sembuh yaa =)
Tetamu Istimewa berkata…
Laa..kesiannya. Kena lebih berhati-hatilah lepas ni. Saya doakan adik acik cepat sembuh.
Akupenghibur.com berkata…
itulah mmg betul kena hati hati
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah, cm adik acik nie masih tak tahu lagi alergik apa
Akupenghibur.com berkata…
amin :) betul cian kat baby
Akupenghibur.com berkata…
ohh yeke, itulah ,thanks :)
Akupenghibur.com berkata…
aahh ada ,sekarang mcm2
Akupenghibur.com berkata…
ohh yeke ? emmm thanks wan
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan kak
Akupenghibur.com berkata…
ohh yeke, emmm adik acik teruk bengkak muka , mmg kena ikut nasihat doktor
Akupenghibur.com berkata…
emm betul tu bunda ,tapi kes acik nie ,kami tak tahu plk dia alergik ubat
Akupenghibur.com berkata…
amin :) thanks ada doanye
Akupenghibur.com berkata…
amin :) thanks mieza
Lieza Nordin berkata…
baru tau ada jugak y elergi ubat... mula2 baca tajuk entri tadi ingtkan elergi ubat=takut ubat...hehehh... >.< smga adik acik cpt smbh ^^
Akupenghibur.com berkata…
amin ya Allah ,betul tu mmg kena pilih ubat
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :)
Akupenghibur.com berkata…
ada penyakit tu ,amin ya ALLAH
Akupenghibur.com berkata…
resdung ? ohhh tak tahu pula
Akupenghibur.com berkata…
itulah nak buat guane , kesiankan
Akupenghibur.com berkata…
thanks cikgu :) moga cepat sembuh
Akupenghibur.com berkata…
hehehhe ramai cakp cm tu , emm tak la ,thansk atas doanya
Mizz Aiza berkata…
bahaya alergik ubat ni.. macam mak akak pun ada alergik juga dengan sesetengah ubat.. selalunya doktor akan tanya pada mak akak jika ada alergik kepada ubat.. akak doakan semoga adik acik cepat sembuh..
Unknown berkata…
bahaya kalau allergic ubat...... seelok eloknya kena cepat bertindak.........paling sesuai...dapatkan ubatan dari klinik yg kita dah biasa pergi... sebab record kesihatan sentiasa ada....