Assalamualaikum

Pernah datang ke denaihati.com ? Mesti pernahkan denai hati dengan tagline" Hidupkan untuk memberi". Kali lebih special lagi kerana blog denaihati tampil dengan wajah baru yang lebih bergaya dan mengikut perkembangan terkini. Blog ini dah buat perubahan untuk kali ke 4 yang di lakukan oleh team denaihati semenjak peralih ke platform wordpress. Dan semperna ulang tahun ke 5 dan kali ini pengubahsuai blog ini di lakukan oleh Eizil Network.

Secara jujurnya banyak yang acik pelajari dari blog ini kerana di sini acik belajar untuk membuat entri melalui penulisan yang baik dan di samping itu boleh dapat " side income" melalui penulisan. 

Perubahan yang di lakukan ini, pada acik sangat kreatif dan kemas, kalau kita dapat di lihat di laman utama blog ini terlihat begitu teratur susunan entri (widget) digunakan untuk 6 post entri. Dan loading blog ini amat cepat dan acik cuba juga mengunakan smartphone untuk melihat blog ini dan apa yang lihat font yang di gunakan bersesuaian dan mudah untuk di baca.

Dapat lihat di bahagian atas terdapat button social media untuk menghubungkan blog denai hati dengan pembaca hanya klik di bahagian atas tersebut kamu akan terus di linkkan ke facebook, twitter dan sebagainya.

Kalau kamu perasan di bawah setiap entri akan ada entri yang lain untuk di kongsikan kepada pembaca, dan pembaca bolehlah berkunjung entri yang lepas dan membaca entri yang berkaitan.Ahh baru acik perasan denai hati ada kedai denai hati di mana menjual produk hasil dari team denai hati sendiri , ahh boleh lah usha usha untuk melihat barangan seperti baju dan e- book


hahaha jika di bandingkan blog denai hati ini dengan blog acik ini bagaikan langit dan bumi, tapi apa pon acik memang hormati blogger ini kerana merupakan sifu dalam dunia blogger ini . 

Dan wajarlah apabila denai hati memenangi Best of the best blog 2012, Most creative blog 2013 dan terkini top 3 DiGiwwwow Blogger of the year.

 Ahh kita tunggu insyaAllah dalam tempoh enam bulan ke hadapan berbagai sistem baru akan diintergerasi secara berperingkat di blog Denaihati. Dan kita nantikan ,pastinya akan membawa kebaikan kepada kita blogger sekurangnya kena tempiasnya jadilah.