Assalamualaikum
Alhamdulilah di juga kita bertemu lagi di penghulu segala hari, seperti biasa acik akan kongsikan cerita tauladan dan peringatan kepada kamu semua, harap kamu sukakan.
Rasulullah
S.A.W telah bersabda, "Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis
kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan
didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah
timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke
dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai
Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang
menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan
matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut
kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya
dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana
takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah
selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa
pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan
mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua
umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat
berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada
buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi
menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman
api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut
bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun
perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi
dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali
hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa
itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi
Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak
orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak
orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya
engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu
kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu
menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya.
Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah
kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka
padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S.
"Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata
orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah
S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar
engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin
Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada
kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak
ditemunya air mata."
38 ulasan:
nice entry acik.. menangis biar kena pada tempatnya.. biarlah tangisan kita hanya padaNya..
Subahanallah, kisah yang sangat menginsafkan. Terima kasih sudi berkongsi.
Allahuakbar..perkongsian menarik di hari jumaat...
SubhanaAllah..terima kasih atas perkongsian ini
teruskan berdakwah bro..perkongsian ilmu yg baik..:D
Perkongsian yg menarik Acikk..sggh menginsafkan..
em...cuma tak ramai manusia berfikiran sebegini diakhir zaman ni acik, mungkin manusia sekarangni terlampau sibuk mengejar harta duniawi, menjatuhkan saudara seagama, dan memperjuangkan kepentingan diri walaupun mereka tahu itu semua bersifat sementara... terima kasih perkongsian ni acik, krole sentiasa berharap agar entri2 di blog ni dapat memberi ikhtibar atau pedoman kepada semua umat islam diluar sana... termasuklah diri krole ni juga, thanks acik...salam ramadan~
Subhanallahh~ Terasa insaf. :')
Terima kasih atas perkongsiannya acik :)
Thanks for sharing.
air mata y mengalir kerana takut kepadanya dpt memadamkn api neraka... masyaAllah =') smga kita peroleh redha n nur dariNya ..
terima kasih di atas perkongsian ni acik..
perkongsian yg bagus.. semoga kita mengakui mengakui kesilapannya...
perkongsian yang menzahirkan perasaan memohon keampunan kepada Yang Maha Kuasa...
terimna kasih bro untuk perkongsian ni :)
peringatan yang berguna di bulan ramadhan ...
thanks achik diatas perkongsian nie......ingatan pada remy dan juga semua.....
betul tu kak :) menangislah kernaNya
sama sama cikgu :)
alhmdulilah kak :)
alhamdulilah :)
insyaAllah :)
alhamdulilah cm tu :) semoga ada keinsafan
amin :) betul kata krole tu ,,emm kita muhasabah diri kita ,kalau kita tak mulakan perubahan siapa lagi ? :)
Alhamdulilah :) jika begitu
sama sama :)
insyAllah , jadi ktia muhasabah diri :)
sama sama kak :)
sama sama :)
amin mudah mudahan
semoga kita ada keinsafan
alhamdulilah :) insyaAllah semua daoat manfaat
welcome bro :)
Itulah tanda kasih sayang Allah kpd kita. Dgn menangisi kesalahan dan dosa kita kpd Allah sahaja, mampu utk menyelamatkan kita dari neraka. Kuasa dan rahmat Allah mmg tak terbatas. Thanks acik.
Subhanallah..besar sungguh kuasa Allah..bersyukur sgt2 kita ni tergolong sbgai umat nbi Muhammad s.a.w..smoga kita semua terhindar dri api neraka..Amin
mmg susah untuk kita mengeluarkan airmata kerana DIA sebab air mata manusia mudah menitis kerana dunia ...
insyallah akan ingat pesanan ni...manusia nangis kerana dunia...moga kita semua dijauhi aminn
perkongsian menarik...sama2 kita muhasabah....
Catat Ulasan