Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi bernafas di bumi pinjaman Allah, berselawatlah ke atas nabi muhammad saw. Setelah ramai pula yang meminta tips kepada acik. Yelah mesti ramai yag bosan bila bace blog acik hanya unsur nasihat dan motivasi. Ishh jika di fikirkan masih jauh lagi perjalanan acik ,tapi tak salahkan nak kongsikan kepada kamu semua.
Tips ini amat sesuai kepada blogger baru aka newbie , kepada yang otai-otai tu kalau nak tengok silakan jugak
Pertama : Menggunakan keyword yang mesra Seo dan tajuk yang gempak
Maksud di sini gunakan keyword yang yang bersesuai dan mengikut trend pencarian di searching engine sama ada di google, yahoo, bing dan sebagainya. Gunakan keyword yang ramai cari tetapi tidak mengunakan keyword yang tak senonoh.Dan jangan lupa sebelum post entri tu fikirkan tajuk yang bersesuai dan dapat menarik orang untuk membaca. Yang paling penting isi penulisan dengan tajuk biarlah selari agar pembaca berpuas hati dengan entri kita. Boleh juga buat tajuk yang "suspend" , tanda tanya, ayat penyata dan sebagainya.
Kedua : Blogwalking
Blogwalking ini salah satu cara untuk menggalakan orang untuk datang ke blog kita, selain itu juga dapat mengeratkan silaraturahim dan ukhuwah sesama blogger. Tinggalkan jejak jika blogwalking tu sama ada di chat box atau pon comment di entri.
Ketiga : Ping Di Group Facebook
Ahh kalau lihat di facebook banyak group untuk blogger, jadi boleh juga manfaatkan untuk share kan . Secara tak langsung kawan kawan facebook kita lihat dan juga akan membaca. Ahh antara group facebook yang banyak orang ping crew gempak , kelab blogger, dairi sahabat blogger , blogger ipt, sahabat blogger dan sebagainya
Kempat : Ping entri di laman Aggregator
Ahh boleh juga ping di sini, tak salah pon, ramai blogger famous ping di sini . Selain dapat menarik orang membaca dapat juga hit di situ . Tempat paling popular ping busuk.org , kartikel.com ,blogged.my/ , blogged.my/ , http://www.pingje.org/ , http://www.carimember.com/ , http://www.pingje.org/.
Kelima :Membina networking antara blogger
Alhamdulilah acik lihat berkembangan yang sehat apabila blogger ramai membuat gathering ataupon event sesama blogger. Contoh terbaik adalah event yang di anjurkan oleh denaihati.com. Rapatkan hubungan kamu dengan antara blogger , secara tak langsung sesam blogger akan membntu blogger. Kalau ada cerita yang menarik boleh la sama sama sharekan di laman sosial dan sebagainya
Ahh ini hanya sekadarnye saje, insyaAllah berkesan dan sebenarnya banyak lagi caranya. Dan acik yakin kamu ada cara kamu yang tersendiri. Ini adalah salah satu cara untuk membantu blogger baru yang mahu ceburi dunia blog yang serious. Harap membantu kamu semua . Wasalam.
38 ulasan:
Tip yang membantu. Bagi saya paling penting hubungan antara blogger tu sentiasa rapat dan bertambah rapat. Sokongan antara satu sama lain amat membantu.
teria kasih di atas perkongsian ni acik.. blog akak setakat ni tak pernah dapat pageview 1000 tu lagi.. hehe..
hehhehehe... byk kut pg view tuu =) trma ksih atas tips ni acik ^^
tip yang berguna utk blog fizi..terimas bro..:D
hihui...cik akak tak pernah dapat lagi lah dik :)
thanks for the info acik, berguna sangat~ betul tajuk tu memainkan peranan yang penting dalam SEO. Baik buat tajuk ringkas dan padat lepas tu...mengikut trend terkini dalam SEO org kta huhu~
terbaik!!! ^_^ bagus acik nih.
bagusnya tips acik.. :)
thanks acik for this tips...membantu sangat..:)
terima kasih acik, byk yg zaza boleh cuba sbb blog zaza pun trafik tak byk..hihi
panduan yang berguna ... thanks .
panduan yang sangat baik dari acik..tqvm sudi berkongsi ilmu dengan kami..
wah bagus acik ni..sharing is caring,gitu.kak lea tajuk entri ikut suka je he3..kak lea selalu suka komen kat blog kawan masa bw,tu kadang2 ramai singgah balas ^^
Tips yg bagus....dulu masa mula2 blogging memang tip2 diatas di gunakan, sekarang ni hanya beberapa sahaja yg dpt diikut, xde masa dah, tapi ianya berkesan terutama teknik seo dan blogwalking. pv pun dah maintain...
betul tu cikgu :) itu yang paling penting :)
tak pe kak :) insyaAllah boleh dapat :)
:) insyaAllah , ikut cara nie boleh dapat
welcome bro :)
insyaAllah nanti cik akak dapat :)
betul tu :) SEO itu penting :)
:) thanks fyna
alhamdulilah :)
amin mudah mudahan :)
x pe zaza, pewrlahan kayuh :) mesti boleh punye
alhamdulilah :)
:) sama sama :) kak hanya ilmu biase
betul tu :) cara tu sesai di gunakan
heehehe itulah ,kadang acik pon cm tu jugak :)
Terima kasih atas perkongsian ni acik ^^ no 2 tu selalu buat. Hehe~ Tapi takde la sampai 1000 pageviews.
Terima kasih acik
salam kenal & tambah follower kat sini
terbaik la acik..tp skrg pn dh bersyukur dgn apa yg ada he3 =)
Thanks for the tips bro. Kadang content power tapi takda pageview pun tak guna jugak. Ibarat lamborghini disimpan di bawah katil.
Anak Askar Pencen
tips yang sgt bermanfaat untuk saya. terima kasih acik.. ;)
terima kasih coz sudi jenguk my blog and comment.
tibe masa nad pulak comment sini heee
bagus juga tip nie. thanks share ^^
teringin dpt traffik ribu2..huhuu...nt nak bermimpi aje la...
sapa-sapa pergila blog saya. saya perlukan komen anda untuk saya maju... :) maklum la baru lagi menjadi blogger. so saya perlukan nasihat yang mahir.... bantu saya ok ;)
Tq acik.. Dalam usaha utk melakukan semua tip2 ini
Catat Ulasan