Assalamualaikum
Di
 dalam kesibukan aktiviti harian acik , tiba-tiba tadi acik ada dapat 
mesej dari seseorang yang acik tak kenali. Dia mengelarkan dirinya 
syasya, dan dia memohon maaf kepada acik kerana pernah menolak untuk interview 
semasa acik ingin interviewnya di Sebuah Pusat Pemulihan akhlak 2 bulan 
lepas. Dia kata ada betul jugak apa yang acik katakan kepadanya. Dan 
acik percaya setiap orang itu mempunyai pengalaman yang pahit dalam 
hidup mereka. Walaupon mereka mampu tersenyum tetapi dalam hati siapa 
yang tahu ?
Syasya
 berulangkali meminta maaf kerana menolak untuk di interview Sebenarnya di atakut semasa acik ingin interview tetapi kali ini memberanikan jugak dan dia meminta acik 
siarkan cerita ini di blog acik untuk tatapan kamu semua sebagai 
pengajaran yang sangat berguna dan jangan jadi sepertinya.
Acik : Syasya acik tahu syasya ada sesuatu yang di selindungkan dari acik .. ada apa-apa yang hendak di beritahu ?
Syasya
 : acik syasya minta maaf sangat, selepas mendengar nasihat acik buatkan
 syasya terfikir sampai bila syasya nak macam gini dan benci terhadap 
lelaki dan sebenarnya masalah ini berpunca dari diri sendiri. Seperti 
yang syasya bagitahu acik, sekarang syasya di tahun akhir di sebuah IPTS
 dan akan menamatkan ijazah. Semasa tahun pertama , pertama kali syasya 
datang ke Kuala Lumpur sepanjang hidup syasya dan di sini syasya "culture shock" kerana semuanya syasya boleh buat dan bebas 
dan mulalah kisah hidup syasya yang sangat seronok .
Syasya rasa sangat seronok belajar di ibu kota yang di sebut rakan- rakan semasa di kampung. Selepas beberapa bulan syasya belajar di situ ,syasya terpikat dengan seorang lelaki yang handsome namanya Irfan. Dia yang mula mengajar syasya erti kebebasan dan keseronokan hidup di ibu kota.Tudung syasya lepaskan dan biarkan rambut ini di lihat dan tiada lagi baju longgar yang sebelum ini di pakai . Semuanya ketat dan seksi , syasya sangat teruja kerana dapat peluang ini dan bebas dari kongkongan keluarga. Sebagaimana yang acik tahu syasya dari pantai timur , ada asas agama yang kuat tetapi kerana keinginan membuak-membuak syasya lupakan semuanya.
Syasya rasa sangat seronok belajar di ibu kota yang di sebut rakan- rakan semasa di kampung. Selepas beberapa bulan syasya belajar di situ ,syasya terpikat dengan seorang lelaki yang handsome namanya Irfan. Dia yang mula mengajar syasya erti kebebasan dan keseronokan hidup di ibu kota.Tudung syasya lepaskan dan biarkan rambut ini di lihat dan tiada lagi baju longgar yang sebelum ini di pakai . Semuanya ketat dan seksi , syasya sangat teruja kerana dapat peluang ini dan bebas dari kongkongan keluarga. Sebagaimana yang acik tahu syasya dari pantai timur , ada asas agama yang kuat tetapi kerana keinginan membuak-membuak syasya lupakan semuanya.
Acik : Syasya bagaimana syasya boleh berada di bukit bintang dan bekerja di sana ?
syasya:
 syasya tahu acik ,tapi syasya khilaf. Irfan yang bawa Syasa dan berikan peluang kerja di situ.Syasya dan irfan couple selama 2 
tahun, dalam 2 tahun itu macam-macam pekara yang berlaku,.Kehidupan 
syasya dengan irfan bagaikan suami isteri yang duduk di satu rumah tanpa
 ikatan yang sah. Allah, malu Syasya nak cerita dengan acik.Syasya 
seronok sangat kerana dimana sahaja orang puja dan mengiginkan syasya. 
Tiap-tiap bulan syasya hantarkan sedikit duit untuk mak , kerana ayah 
sudah tiada dan syasya kena tanggung adik-adik  juga. Di kala ini syasya tak
 ingat halal dan haram janji dapat duit macam mana pun caranya.... 
tetapi titik hitam itu bermula apabila syasya jumpe dengan uncle Joe. 
Uncle joe telah menjadikan syasya hamba suruhan , di kurung dan di pukul
 jika menolak keinginannya. Hidup syasya sangat derita hampir 3 bulan 
syasya menjalani kehidupan yang teruk itu ..
Acik Bagaimana syasya  boleh keluar dari masalah tersebut dan sehingga sampai ke Pusat pemulihan akhlak tu ??
Syasya
 : syasya selalu berdoa kepada ALLAH semoga syasya di berikan petunjuk 
dan keluarkan dari tempat disini dan janji akan berubah. Dan akhirnya 
doa bagaikan di makbulkan akhirnya syasya dapat larikan diri hasil 
pertolongan salah sorang anak buah Uncle Joe. tetapi janji tinggal 
janji, lepas keluar syasya teruskan kehidupan biasa bagaikan tiada apa 
pon berlaku.  Semasa di kolej terdapat ceramah tentang "Penghijrahan 
Hati" syasya sangat teringin nak pergi dan syasya pergi jugak kerana 
rindukan diri syasya yang dulu. Di situlah syasya jumpa dengan seorang 
pemuda yang sangat baik dan sangat membantu syasya, Nama dia imran. Dia 
juga yang menghantar syasya di sini . Dia mengajarkan syasya tentang 
kembali ke pangkal jalan dan sentiasa ada untuk syasya. Dan di juga yang
 jadikan penguat syasya untuk teruskan pelajaran.Imran merupakan anak 
yatim piatu dan paling syasya sangat bersyukur dan mampu membuatkan 
syasya menagis adalah dia sanggup terima perempuan yang hina ini sebagai
 isterinya. Dan dia sanggup tunggu syasya dan jadikan syasya sebagai 
yang halal  baginya .Dia tak kisah masa silam syasya dan dia terima 
syasya kerana ALLAH ..
Sungguh
 terharu acik membacanya, kerana ada lelaki seperti imran dan hebatnya 
kuasa ALLAH . Begitu beruntungnya syasya kerana masih di beri kesempatan
 untuk memperbaiki diri .Jadikan cerita ini sebagai tauladan kepada kamu
 semua bahawa janganlah kita telalu terikut pada nafsu dan walaupon kita
 berada di kota ingatlah tentang agama dan pengangan hidup kita. Ini 
adalah kisah benar dan secebis kisah hidup yang berada di sekeliling 
kita. 





24 Ulasan
Imran - sukar nak cari lelaki yang boleh terima seorang gadis macam tu. salute to him
Tidak semua orang bertuah dan terpilih seperti Syasya... Jadikan kisahnya sebagai sempadan, kerana ajal maut kita tidak ketahui, jangan sampai tidak sempat bertaubat pula...
kita doakn moga mereka berdua kental dlm mengharungi perjalanan ini...
yaya harap bila di sana nanti yaya tak lah menjadi seperti syasya..tak kene kejutan budaya..semoga Allah sentiasa melindungi yaya..