Pengikut

Rabu, 25 September 2013

Cat For Free Adoption





Assalamualaikum

Dalam dunia ini bukan sahaja kita yang berhak untuk hidup bebas dan aman. Manusia semakin rakus untuk mendapatkan wang dengan pelbagai cara tanpa mempedulikan insan kerdil yang bernyawa tetapi tiada fikiran di persekitarannya. Tentulah sekali haiwan seperti kucing. Kucing pada dasarnya adalah haiwan yang sangat jinak dan comel dan merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Tapi malangnya ramai yang tidak mengemarkannya, memukul, menendang dan membiarkan mereka di jalanan. 

Alhamdulilah apabila ada insan mulia yang sanggup melakukan kerja-kerja mulia ini dengan memberikan penempatan kepada kucing-kucing serahan dan terbiar sebelum mendapatkan penjaga baru.Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home ini menjadi tempat perlindungan sementara untuk kucing-kucing tersebut dan di adakan satu program di namakan "Cat For Free Adoption" . Dimana sesiapa sahaja boleh mengambil kucing ini dengan percuma dan kucing-kucing yang ada sangat comel. 



Menurut salah seorang volunteer , di pusat jagaan kucing terdapat hampir 200 hingga 300 ekor kucing yang di tempatkan sementara di situ. Di situ kucing-kucing akan di rawat, di jaga di latih dengan sebaik yang mungkin.

Pameran yang di adakan di merata tempat ,tetapi jika berminat boleh terus pergi facebook pusat penjagaan kucing omiey home untuk mengetahui lokasi-lokasinya. Dan kebiasaannya mereka akan mengadakan "booth" di uptown danau kota. Kamu boleh memilih kucing yang kamu sukakan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Pusat penjagaan kucing ini juga perlukan sumbangan dari kamu semua untuk penempatan baru kucing terbiar dan penempatan yang selesa untuk jumlah kucing yang kian bertambah .Sumbangan seikhlas hati , boleh menderma di  Cimb Omiey Home 12860001086059 / Maybank admin 562553402447 dan Email omieyhome@yahoo.com.

Sama-sama kita membantu untuk program yang baik seperti ini. Akhir kata dari acik jika kita tak mampu untuk membantu bersama-sama menjaga dan mengelola seperti ini, boleh la memberikan sumbangan seikhlas hati .

Share This!


30 ulasan:

  1. seronok bermain dgn kucing...mudah2an usaha amal mereka dapat ganjaran yang setimpal :)

    BalasPadam
  2. sy dh ada 8 ekor kat umah dan semuanya adalah kucing jalanan yg di kutip.. tu belum kira kucing belakang umah and sometimes anjing liar pun ada yg sy bagi makan.. sedih tgk binatang2 ni takde tempat nk dituju sebab hampir semua kawasan telah dibuat pembangunan.. bumi ini milik Allah, maka semua makhluk Allah berhak berpijak dibumi ini..

    BalasPadam
  3. akak takut dgn kucing..cane nak jage nie..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..semoga usaha murni terus mendapat perhatian ramai pihak di luar sana. Teringin nak bela kucing sejak kematian kucing 12 tahun lalu. Tapi, cik abe tak bagi....hurmmmm

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, bila ada campaign macam ni masih ada orang yang care untuk melibatkan diri. Which is GOOD :)
    InsyaAllah ada ramai laa nanti yang adopt those cats bila aware of this campaign. Semoga dipermudahkan bagi mereka.

    BalasPadam
  6. Pyka suka sngat dengan kucing . Skrang pyma jaga 3 ekor kucing dekat rumah .

    BalasPadam
  7. salam acik..

    terimakasih la sbb soh akak letak link entry kat sini..tp akak malu la acik...

    bagusnya ada insan yg berhati muliakan acik..betul tu ..kucing juga perlikan perhatian..semua makhluk Allah di muka bumi ini perlukan perhatian kita manusia yg berakal nih...

    BalasPadam
  8. salam acik...
    sue cukup sayang kucing nie....kat rumah ada kucing...sehari xtengok muka dia xboleh....rasa rindu...(T_T)

    BalasPadam
  9. Bagus, satu perkara yang patot dicontohi. tgk gambar pun semua comel2x...

    dari:
    akubahrain.com

    BalasPadam
  10. teringat pada hujung thn lepas bila sekumpulan org drp pbt dtg bagitau ada org komplen psl kucing kami yg ganggu jiran . sedih sgt masa tu sbb byk kucing liar tapi mrk x peduli pun . sudahnya bawa semua kucing balik kg ... redha ujian allah .

    BalasPadam
  11. Kucing binatang kesayangan Rasulullah... Semoga mereka mendapat ganjaran hasil dari usaha murni ini.

    BalasPadam
  12. Wah bagusnya.. dah ada rumah kebajikan untuk kucing yer.. Kak Erin pun suka dengan kucing.. Kadang-kadang bila mengingau.. Kucing tu macam faham.. suka suka suka..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. selain buat amal sesama manusia.. buat amal kpd binatang pun bagus kan. Ibadah sesama makhluk.. semoga Allah berkati segala usaha.. amin :)

    BalasPadam
  14. bagus tu..encik hubby memang suka kucing,tapi akak xleh dekat kucing sangat sebab ada alahan...

    BalasPadam
  15. tu la kesian tengok byk yng mati kena langgar hmmmmm

    BalasPadam
  16. wah..comelnya, tapi sayang... mama tak boleh bela mereka... mama takut kucing... jauh berani lah..

    BalasPadam
  17. haiwan peliharaan nabi tu. nanti ada rezeki syuk sumbang ya :)

    BalasPadam
  18. bagus betul individu yang prihatin begini.. jika tempat akak di semenyih dekat dengan cat village kelolan papa hero (PH) yang menjaga kucing-kucing terbiar..

    BalasPadam
  19. seronok main dgn kucing ni..tapi memang tak faham kenapa ada orang yang tak suka kucing

    BalasPadam
  20. ala...comelnye
    yumida pernah buat entry psl omieyhome ni
    coz pernah masuk dlm tv3
    comel la kucing2 tu

    BalasPadam
  21. wah banyaknya kucing :)
    tapi cik akak??????senyum je

    BalasPadam
  22. saya suka kucing tp malangnya saya alah ngan bulu kucing.. T___T

    BalasPadam
  23. Rakyat Malaysia memang ramai yang gemarkan kucing. Cuma masalah dengan rakyat Malaysia pada saat ini adalah kekurangan ruang untuk diri sendiri dan haiwan peliharaannya. Kucing perlukan ruang yang luas untuk berkeliaran dan tidak sesuai dikurung.

    Kucing-kucing apabila kerap dikurung, boleh mendatangkan bau yang tidak enak dari hasil kumbahannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah standard la bahasa hg bro... terhibur aku baca komen hg hehehehe XD

      Padam
  24. usaha yg baik ni =) comel je kucing2 tu semua

    BalasPadam
  25. salam, ai ada 3 ekor meow kat rumah, 2 ekor tu (oren dan cicak) badan fit, sekor lg yg kaler putih pulak obese... aishhh dah cuba control pemakanan dia, tp dia tetap gi cari makanan extra kat tempat buang sampah... buruk lantak betul si putih tu, tsk tsk...

    BalasPadam
  26. comelnya kucing tu...tapi tak larat la nak ambik lagi..kat rumah pun kucing da banyak sangat ..

    BalasPadam
  27. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat acik. Kalau tak nak bela kucing tu, berilah atau hantar ke tempat yang sepatutnya. Janganlah dibuang di merata tempat. Kesian.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails