Pengikut

Selasa, 3 September 2013

Derita Seorang Wanita Apabila Hidup 15 Tahun Bermadu Dan Di Abaikan


derhaka seorang madu

Assalamualaikum

Hari ini ada plak yang complain tentang entri Jodoh dan cinta saje , tapi sebelum berbicara dengan lebih lanjut apa kata kita berselawat dahulu kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Mulakan hari kita dengan senyuman .Acik menaip di blog ini mengikut mood acik dan atas permintaan entri untuk di terbitkan.

Tapi demi sebuah kehidupan ini, aku rela seandainya tulisan ini mampu memberikan secebis harapan untuk mereka dan diriku. Kadang kala bukan hanya untuk mendapat hit tinggi yang di harapkan tetapi yang penting adakah yang sudi membaca dan mengamalkannya. Itulah setiap hari yang aku selalu fikir. Adakah yang sentiasa menyokong hanya di hadapan tetapi di belakangku mengutuk apa yang aku lakukan ? itu hanya cetusan hati saje.

Telah berapa insan yang acik jumpa dan menceritakan kisah hidup mereka. Semua ada duka dan lara terpendam di kala senyuman masih lagi mampu di lemparkan. Tempoh masa 15 tahun itu bukan masa yang sekejap tapi lama. Dalam tempoh tersebut pelbagai pekara yang boleh berlaku.15 tahun hidup bermadu tapi nasebnya tidak seindah yang khabarkan.  Kalau berbicara soal bermadu atau kawin lebih , pastinya paling lantang berbicara adalah perempuan atau wanita. 

Wanita mana yang sanggup bermadu ? dan di madukan ? 

Selalunya orang menceritakan bahawa isteri kedua ini yang jahat , merampas harta suami dan suami melebihkan isteri muda. Tidak bagi Mak Leha, yang telah 15 tahun melayari bahtera rumah tangga bagaikan di serang tsunami. Selama itu juga hatinya di biarkan terseksa kerana hinaan dan kejian yang di berikan oleh orang sekeliling. 

Mak Leha :Assalamualaikum acik,  akak bukan nak aibkan suami akak,tapi setelah baca cerita yang acik siarkan di fb acik jadikan akak nak kongsikan cerita hidup. Entahlah dik , dulunya akak menikah dengan abang , mula-mula akak tak tahu yang abang rupanya dah kawin. Akak ni orang kampung dik , senang orang nak bodohkan kita. Masa baru sebulan berkahwin ,ada seorang perempuan datang serang akak dia mengaku yang dia bini pertama abang . Terkejut dik, hati siapa yang tak luruh orang yang kita sayang sanggup tipu kita dik. Tapi nak buat macam mana, kami dah sah jadi suami isteri. Bila orang kampung tahu akak bermadu dik . Semua orang mengutuk akak dan menghina akak ,kata akak ni perempuan perampas, perempuan jalang. 

Selama itu juga dik akak bertahan, pada siapa lagi nak mengadu dik , mak ayah sudah tiada. Abang sekali seminggu balik ke rumah kadang sebulan sekali , anak-anak di abaikan , duit kadang tak di berikan , akak terpaksa bekerja sendiri. Akak kerja sebagai "cleaner " di sebuah syarikat dik .Kadang dik anak akak selalu balik sekolah menangis sebab kawan-kawan dia hina dan kata dia anak perempuan jalang. Hati mana dik yang tak sakit dan kecewa. Anak akak berbapa tapi cuma bapanya jarang ada dik ,dia dah tak peduli kami. Abang pula kalau balik ke rumah ni dik ada saje tak kena dengan akak dan selalu kena pukul dan minta duit dik . Dan bini pertama abang tak suka akak dik, dia selalu kata yang bukan-bukan tentang akak. Dan pernah sekali dia serang dan hina akak depan orang ramai. Anak bini pertama abang pernah sepak terajang akak dik. Selama 15 tahun dik akak bertahan untuk perhubungan ini dik. Kadang pernah tu dik , kami seminggu tak makan nasi kerana duit tak cukup, gaji akak bukan banyak dik, anak akak ada 4 orang. Nak  tanggung semuanya itu bukan senang. Akak cerita dekat adik acik kerana akak nak bagitahu semua , kami ini bukan insan yang hina ,kami bukanlah nak hidup kami seperti ini, mungkin ini takdir yang di tentukan Allah untuk akak , siapalah akak untuk mentidakkan nasib akak. Akak terima ini sebagai ujian untuk diri akak dik.

Bila acik baca cerita yang akak ini ,buatkan acik terdiam seketika, memang benar sekali hidup bermadu itu bukan senang yang di sangka. Untuk kawin memang senang tapi untuk adil kepada kedua-dua belah pihak bukan senang. Kadang orang ini senang saje berkata dan mengutuk mereka saje kerjanya.

Pernah tak mereka cuba selami mereka ini ? mereka juga punya hati dan perasaan, siapalah kita untuk menghakimi mereka ? Jika terjadi pada kita ?  ataupun pada kakak mahupun dalam keluarga kita baru tahu bagaimana rasa mak leha ini.Mereka juga manusia yang menumpang kasih dalam kehidupan ini. 

Apa pun nasihat acik kepada semua lelaki dan diri acik sendiri berlaku adil jika kamu berkahwin lebih,jangan abaikan isteri-isteri kamu dan jangan meniaya mereka. Acik doakan mak leha sentiasa di beri kekuatan oleh Allah dan tenang selalu. Semoga pintu hati suami akak terbuka untuk berlaku adil dan sedar kesilapannya. Dan apapon  Allah tidak bebankan sesuatu melainkan menurut kemampuan hamba-hambanya .Mak leha seorang yang hebat dan acik hormati wanita seperti ini. Justeru Allah memilih mak leha untuk berdepan dengan situasi bergini. Maknanya Allah yakin bahawa mak leha mampu hadapinya, bersangka baik dengan Allah.

Share This!


37 ulasan:

  1. Kecian akak 2..xptt suami dia bt mcm 2..hrap lelaki 2 bertaubat dan jga nafkah anak dan isteri dia..berpoligami xslah..tp kena ikot btas2 yg ditetapkn..hrap lelaki yg ada niat nk berpoligami faham la..jgn bermulut manis je..akak 2 ambe rsa lbh baik berhijrah je..mgkin lebih selesa utk dia serta anknya nnti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah acik pon kesian jgk , tpai itulah dugaan yang perlu di hadapi ,,doakan keluarga meraka

      Padam
  2. membayangkan keadaan itu saja dah cukup menggerunkan akak ...

    BalasPadam
  3. he2.. dari segmen fizi zaidi.. =)
    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/09/segmen-giveaway-fizizaidi-with-blogger.html

    BalasPadam
  4. kesian akak tu, dah la kena tipu dan diabaikan lepas tu dihina pula oleh masyarakat sekeliling. Memang satu dugaan yang sangat hebat buatnya kan.

    Kepada kaum lelaki yang nak beristeri lebih dari satu tu, perlulah bersikap adil. Jangan nak menipu. Sebab bermadu ni kalau tak kena cara, kaum wanita je yang selalunya terseksa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak, kalau lelaki baik atau mampu dari segi segalanya pastinya isteri benarkan ..bukan dengan cara menipu

      Padam
  5. semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk mereka-mereka yang menghadapi apa yang tidak didingini. dan ingatlah, Allah hanya menguju hambanya yang mampu. Wanita tu kuat! BANGKIT!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih doanya, semoga mak leha sentiasa di bawah keredhaan Allah

      Padam
  6. Kesian mak leha dan anak2 nya. Suami tak boleh buat begitu. YaAllah betapa sabarnya mak leha menjalani kehidupannya. Tpii betul kata acik. Allah bagi mak leha kekuatan untuk menghadapi semua nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ,Allah akan menguji seseroang itu mengikut kemampuannya

      Padam
  7. seharusnya perkahwinan itu membawa rahmat kepada pasangan yang berkahwin.. semoga kakak itu terus tabah menghadapi dugaan dari Allah kerana Allah hanya menduga setakat mana yang mampu kita mampu tanggung.. nasihat kepada kaum lelaki, usah menganiayai kaum wanita.. wanita untuk dilindungi, bukannya untuk dianiayai.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul itu kak aiza, semoga mak leha tabah hadapi segalanya

      Padam
  8. Kesian kat akak tu..betul la apa yang dikatakan org lebih banyak menghukum dari nak beri peluang.... semoga akak sentiasa tabah dan semoga semuanya dipermudahkan untuknya , amin .

    BalasPadam
  9. betul lah tu..masa berjanji lembut gigi dari lidah...nak mengotanya memang payahlah...

    BalasPadam
  10. Kesian bila baca ttg akak tu.. ini lah jenis lelaki yg merosakkan maruah nama lelaki2 lain yg x terlintas pun sanggup buat mcm tu. Thanks sharing acik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm kita doakan Mak leha yer,., sama-sama khir

      Padam
  11. haaiihhss..org kita nih cukup cepat melatah..bukan nak tolong...tolong kata adlh...my mum n my step mum dulu pun mcm2 org kata sbb izinkan my dad kawin lagi...org kata n kutuk based on apa yg depa nmpk..yg depa x nmpk kenpa perkahwinan itu terjadi..x seorang pun yg dtg ambil tahu...ntah knp mudah sgt nak kata tanpa selidik segala nya n mudah juga yg nak percaya tanpa perlu fikir terlebih dulu...

    BalasPadam
  12. kisah orang banyak yg kita tak tahu... apa2 pun.. bsangka baiklah selalu..

    salam kenal acik. :)

    BalasPadam
  13. dalam dunia ni, ada kisah disebalik hidup seseorang itu, tak semua berakhir dengan bahagia, ... pada mama,, mama bersimpati dengan apa yang ditanggung oleh kakak tu... semoga apa yang berlaku ada hikmah yang baik yang kita sendiri tak tahu..

    BalasPadam
  14. hebat betul dugaan akak Leha yang Allah berikan..ini ujian yang telah diatur utk akak Leha..besar dugaannya..besar juga ganjaran yang Allah bagi..bg fizi akak Leha harus tabah dan bersabar dengan ujian ini..pasti besar ganjaran yg diperoleh..Allah maha adil..be strong^^

    BalasPadam
  15. Salam,

    Lebih baik bersangka baik daripada bersangka buruk. Saya berdoa yang terbaik untuk akak Leha.

    BalasPadam
  16. Kita hanya mampu menilai dari apa yg diceritakan, tapi tidak dari semua pihak...bersangka baik, yg buruk dijadikan sempadan yg baik jadikan teladan...

    BalasPadam
  17. terdiam seketika lepas baca post acik ni..tak sangka ada lagi kisah macam ni..ingatkan semua ni hanya dalam drama tv je..ingat lah kaum lelaki sekalian, tangungjawab kita ni akan dipersoalkan kelak..suka kita sekarang tak bermakna suka kita di sana nanti :)

    BalasPadam
  18. begitukah nasib seorang wanita.. kesian makcik tu dgn anak2nya. wahai lelaki2 sekalian dimana tanggungjawab kamu.

    BalasPadam
  19. tqvm acik share cerita ni,dapatlah kami mendoakan yang terbaik untuk kak leha.semoga cahaya kebahagiaan ada untuknya amin :)

    BalasPadam
  20. Ciannya..klaupun marah jgn la sampai sepak terajang..untuk suami akak tu..bertanggungjawab la..jgan aniaya org kat dunia ni sebabnya nanti azab di sana tak tertanggung..isteri tu amanah dari Allah..:((

    BalasPadam
  21. Situasi agak sama dgn kakak sy..cuma bini muda yg kurang ajar.. kesian kt kakak..hanya mampu mengalah setiap masa..mujur suami dah celik skrg..tahu mana yg terbaik dan mengakui kesilapan.

    BalasPadam
  22. Kes ni sama mcm kat kg sy.. sampai suami mati, dia masih lagi dianiaya bini tua dan anak tiri..harta pemberian suami semua dirampas. dan skrg hidup tanpa dipedulikan bersama seorg anak lelaki.

    BalasPadam
  23. hummm sebab tu la lelaki kene fikir betul2 sama ada dia mampu atau tidak untuk berpoligami. bukan dari segi harta saja, tp banyak aspek lagi. kalau tak, macam ni la ada pihak yang akan menjadi mangsa.

    BalasPadam
  24. inilah risiko bermadu yg biasa terjadi dalam masyarakat kita...yg mendatangkan masalah bila org lelaki ni takde niat pon nak berlaku adil...mungkin dari mula lagi kesungguhan berpoligami tu takde dalam diri dia...

    apa2 pun, kedua2 madu harus berbaik2 memandangkan mereka dijodohkan utk berkongsi suami pun atas ketentuan allah...kalau tak dapat terima satu sama lain samalah juga macam tak menerima ketentuan allah...

    tapi kita org yg tak kena ni mmg syok lah berkata2...haha...berat mata memandang berat lagi bahu memikul

    jadi diharap sesiapa juga yg terlibat dalam situasi camni dapat hadapi ujian ini dgn tenang dan bijaksana...insya allah ada jalannya...

    BalasPadam
  25. Wanita sntoasa diuji hidupnya... Yg ggal terhmban ke neraka.. Yg berjaya dan sbr ke syurga....

    BalasPadam
  26. Menarik tajuk ni. Kalau dijadikan tajuk cerpen atau drama pasti meletop.

    Tidak semua yang ingin dimadukan atau bermadu. Tetapi, apabila sudah terjadi dan si suami berbincang elok-elok dengan isteri, carilah jalan terbaik untuk mengeratkan hubungan semasa.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails