Ticker

6/recent/ticker-posts

Ingin Menikah Tetapi Terdapat Pelbagai Halangan ?

pengantin dalam islam

Assalamualaikum 

Alhamdulilah dapat lagi kita bersama dengan senyuman yang terukir di bibir sebelum itu marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Setiap insan pasti ingin melengkapi hidupnya dengan menikah bersama orang yang dicintai, sangat pelik jika ada orang yang tak ingin menikah. Namun sering kali banyak rintangan yang harus dihadapi ketika hendak menikah. Itu adalah ujian dari Allah.

Setiap orang pasti menghadapi ujian yang berbeza-beza. Ada yang masalahnya belum mampu secara kewangan mahupun kebendaan, kerana tak di restui orang tua, pekerjaan, masih kuliah, jodoh yang tak kunjung datang, dan sebagainya.

Munculnya keinginan untuk menikah adalah hal yang patut disyukuri, sebab dengan menikah hidup seseorang menjadi lebih lengkap dan tentunya menikah adalah sunnah Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam yang sangat dianjurkan. Apatah lagi jika niatnya menikah muncul kerana ingin menjaga kesucian diri.

Menikah adalah solusi terbaik untuk menyelamatkan diri dari hal-hal yang dapat menjerumuskan ke dalam perbuatan terlarang.Yelah zaman moden ini dugaan semakin dasyat dan gelaja sosial berleluasa berlaku di sana sini.

Namun kembali lagi, berbagai rintangan yang harus dihadapi ketika ingin melangkah ke jenjang pernikahan sering membuat seseorang menjadi gundah gulana.

Tetapi jangan sedih apalagi putus asa, ada janji yang indah dari Allah Subhanahu wa Taala yang disampaikan melalui lisan Rasul-Nya, bahwa Allah akan menolong mereka yang menikah demi menjaga kesucian dirinya.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. (Qs. Az-Zumar: 53)

Untuk itu, tetap berusaha dan jangan berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah. Berusaha dengan jalan-jalan yang halal, berusaha memperbaiki diri dan berusaha banyak melakukan amal soleh untuk mendekatkan diri kepadaNya, kerana ini adalah sebaik-baik jalan agar diberi pertolongan oleh Allah. Dan jangan lupa berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh dan berprasangka baik kepadaNya bahawa Dia pasti akan mengabulkan doa orang yang memohon kepadaNya.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman,
Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang patut (kawin) dari hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya)lagi Maha Mengetahui. (Qs. An-Nur: 32)

Berdoalah kalian kepada-Ku niscaya Aku akan mengabulkan permohonan kalian. (Qs. Ghafir: 60)

Insya Allah, jika ikhlas berniat ingin menikah untuk menjaga kesucian diri, kita termasuk orang yang dijanjikan akan ditolong oleh Allah.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Ada tiga golongan manusia yang pasti ditolong oleh Allah: orang yang berjihad di jalan Allah, budak yang ingin menebus dirinya (memerdekakan )(dengan membayar wang kepada majikannya) dan orang yang menikah kerana ingin menjaga kesucian dirinya. (HR.at-Tirmidzi, no. 1655 dan an-Nasa-I, no. 3120, dinyatakan hasan oleh Imam at-Tirmidzi dan syaikh al-Albani).

InsyaAllah jangan pernah putus asa, acik menaip ini dengan sedaya upaya untuk kuatkan hati ini dan hati mereka yang berada sedih atas jodoh-jodoh mereka terhalang kerana pelbagai rintangan. Jangan takut jika tiba masanya dan Allah mengizinkan maka insyaAllah semuanya akan berjalan dengan sebaik mungkin. 

Catat Ulasan

30 Ulasan

Unknown berkata…
betul tu..niat haruslah betul baru segalanya dipermudahkan..:) nice sharig bro..tambah2 kepada yang bakal atau berkeinginan mendirikan masjid..:)
Unknown berkata…
Lagi fikir bab jodoh, lagi tu lah kita semua tak boleh hayati hidup ini dengan aman.. Tak yah fikir.. Jodoh sudah ditentukan Allah.. Yang perempuan harus tunggu je.. Yang lelaki berusaha lah sikit ke arah itu.. Di samping tidak menjadikan ia suatu bebanan dan tekanan.. Hayati hidup ini sementara masih hidup.. Happy life..
Banyak berdoa. Dah isi tabung nuff anda.
Tanpa Nama berkata…
nice entry ...
||aLeaSaRa|| berkata…
salam acik.kak lea doakan segala urusan acik akan dipermudahkan untuk mendirikan 'masjid' bersama wanita pilihan yang solehah,penyayang,penyabar dan bijak amin.semoga tak banyak rintangan dan dapat diatasi amin.

kadang2 sebab tak dapat restu parents,tu yang kawin lari,akhirnya rumahtangga tak berkat,bercerai.contoh terdekat...selebriti yang bercerai baru2 ni melalui sms,kesian anak2 kecil jadi mangsa keadaan.ada juga disebabkan kewangan tak stabil,akhirnya pasangan terpaksa putuskan hubungan sebab desakan parents.cinta pulak terpaksa beralih arah.syukur kak lea tak melalui situasi2 macam yang acik tulis kat atas :)
Unknown berkata…
senyum tersimpul-simpul kak cik di buatnya....hihi...

kak cik pun mahu nikah juga..hihi...
InsyaAllah ada jodoh kak cik nanti..hihihi
doa je...
sitirohaida berkata…
adik akak sem akhir kat U..dah berangan nak kawen..adoyaiii..cane tu..
krole berkata…
kalau tiap apa yang kita lakukkan kerana Allah S.W.T InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan~
jie susanos berkata…
menikah la jln terbaik utk menjauhi mksiat ni..maklum la zaman skrg..
Kechek Buzz berkata…
kena tanam niat untuk mendapat keredhaan Allah melalui perkahwinan, In shaa Allah semuanya akan dipermudahkan..
BinMuhammad berkata…
Jodoh...isu yg tidak ada kesudahannya kerana ianya bukan ditangan kita. Usahlah di pertikaikan kedatangan jodoh...siapa/bagaimana/bila/kenapa dan sebagainya kerana Allah telah menentukannya dan ianya terbaik buat kita. Redha dengan ketentuan dariNya...
Khir Khalid berkata…
Jodoh pertemuan di tangan tuhan.. Iblis, syaitan & yg seangkatan dgnnya mmg x suka pada org yg nk membina masjid ni, bayangkanlah.. pahala umpama membina masjid. Mmg banyak rintangannya.. Sentiasalah berdoa kpd Allah agar dipermudahkan jalan & diberkati, in shaa Allah. Thanks sharing Acik...
norhasnizakhalid berkata…
insyaallah, ada jodoh tak kemana... sentiasa meminta padaNYa,...
Karen Monica berkata…
jodoh ditanganNYA..mudah-mudahan kita dipertemukan dengan jodoh yang baik :)
Unknown berkata…
anne doakan kak cik ye :) Allahumma ameen
Unknown berkata…
bila umur dah makin meningkat, org sekeliling yg terlebih risau, ada juga yg ckp, apela ko ni aku anak dh 3, ko kawin x lagi, xyah la memilih sgt. adakah perkahwinan itu seindah "aku dah kawin"? Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku mecintaiMu, Ameen :)
Zaza Iman berkata…
sekarang ni kawan2 selalu tanya " hang bila nak kahwin" erk... sampai xtau nak jawab apa.. ada jodoh insyaallah.. hihi
Mizz Aiza berkata…
suatu ketika dulu akak juga pernah bercadang untuk bernikah, namun tidak kesampaian.. akak percaya Allah dah berikan yang terbaik untuk akak.. hanya Dia yang tahu apa kemungkinan yang akan terjadi pada masa hadapan.. yang penting teruskan berusaha untuk itu..
Unknown berkata…
Ada jodoh, tak kemana ;)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Allahuakbar....janji Allah itu benar..segalanya dh tertulis di luth mahfuz...kalau dh jodoh tak kemana,anggap rintangan@halangan itu sebagai ujian....
Hajar Shikin berkata…
org kate sblm kwin mmg byk dugaan kan...=)
Unknown berkata…
Sungguh byk dugaan dan ujian sblm kawen..utk menguji keteguhan dan cara kita cari jalan penyelesaian.. alhamdulillah kini dh 3 tahun berlalu..
Unknown berkata…
nice sharing acik
betul tu apa yg acik cakap
stiap yg telah ditakdirkan utk kita..itu yg terbaik bg kita
moga kalian bertemu jodoh yg terbaik n seideal buat korang
Tanpa Nama berkata…
buat yang mana wajib...
Unknown berkata…
hanya mampu berusaha dan berdoa semoga segalanya dipermudahkanNya :)
Unknown berkata…
Ya betul.. Kena berusaha lebih..
Cik Itah berkata…
Allah knows well ..
Tetamu Istimewa berkata…
Halangan itu ibarat ujian.
Fais-SKA berkata…
inshaa'Allah acik =) ambe xkn ptus asa..cuba dh terus mncuba..Dia pn dah tntukan utk kita kn..