Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai Yang Sukar Menerima Kritikan Dan Lebih Mengharapkan Pujian



Assalamualaikum

Kadang kala ingin ku bawa diri ini mengikut angin yang berpeleseran, biarlah entah kemana pun jua arah tujunya. Ketika hati mula hilang kata-kata nurani, ketika mata ini mampu merembeskan air mata suci , ketika mulut itu tak mampu terkata. 

Tentunya dalam kehidupan setiap orang yang kamu jumpa , setiap kali mata yang memandang terhadap seseorang itu pastinya mempunyai tanggapan yang tersendiri. Setiap kali mulut mampu mengeluarkan kata-kata yang manis untuk pastikan teliga mendengar pekara-pekara yang baik sahaja, dan otak akan memproses perkataan itu untuk di terjemahkan kepada bahasa yang di fahami dan hati akan berfungsi untuk merasa setiap perkataan itu.

Semuanya kata-kata yang indah , yang seronok di dengar,boleh buatkan kita tak tidur semalam bila teringat kata-kata tersebut. Yelah dalam dunia siapalah yang tak suka pada pujian . Semua orang suka walaupun mulut menafikan. Kita lebih seronok mendengar kebohongan berbandingkan kejujuran ,asalkan kita rasa bahagia. 

Tapi sampai bila ?

Terima kasih kepada kamu yang memberikan kritikan dan hinaan yang dulu kamu lemparkan dan itulah yang menjadikan pembakar semangat untuk acik terus bertahan sebagai blogger. Pada awalnya memang sukar untuk menerima kritikan yang di berikan pada awal pembabitan acik dalam dunia blog ini. Tapi alhamdulilah acik dapat atasinya dan anggaplah ia sebagai satu proses untuk baiki diri yang banyak kelemahan ini. 

Tentunya ramai yang marah bila kita kritik apa yang di buat, apa yang dia pakai dan apa jua. Kita berikan komen tetapi mereka anggap komen itu sebagai hinaan dan kata kejiannya. Tapi berpadalah komen tu janganlah sampai mengaibkan orang itu dan mengunakan bahasa yang kesat-kesat. Ada itu, rasa bagaikan pengakhiran hidup apabila orang tak suka apa yang dia buat. Sebenarnya bermula dari kesalah itulah yang boleh buatkan kita lebih maju yang baiki mana yang lemah dan kurang.

Semua orang boleh berlakon depan kita dia boleh memuji kita, tapi bagaimana di belakang kita ? sampai bila kita hendak biarkan kita di lambung setinggi yang mungkin dengan kata-kata yang mungkin boleh buat kita riak ? sampai bila kita nak berada di zon selesa ? 

PUJIAN ITU UJIAN. Jangan kita mudah hanyut dengan pujian orang sekeliling. Ramai yg terpedaya dan kes penipuan berlaku ia bermula dari kata-kata pujian. Tidak dinafikan ramai yang suka dipuji kerana ia fitrah manusia. Merasa selesa dan seronok bila dipuji itu biasa, cuma perlu diingat bahawa bila hati mula berbunga, banyak perkara mudah terlepas pandang dan hati mula alpa. Hakikatnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah. Ucaplah Alhamdulillah. 

Ujian dan pujian merupakan rantaian kehidupan kita. Adakalanya kita merasakan ujian sedang hinggap di diri kita dan adakalanya pula pujian yang hinggap di diri kita. Dalam siklus Ujian dan pujian ini, kita tahu bahwa di balik ujian pasti ada Pujian, dan di balik Pujian pasti ada Ujian.

Apa yang penting kita husnozon ( bersangka baik ) setiap kritikan yang kita dapatkan. Mungkin boleh jadi itu teguran dari Allah dan orang itu sebagai perantara saje dan penyebab. Allah dah aturkan segalanya. Sampai bila kita mahu hidup dalam zon selesa ? zon "play safe " takut di kritik dan tak mampu terima setiap apa yang di pertuturkan. Renungilah diri dulu ,pujian itu satu mainan syaitan untuk kita kita alpa dan leka dengan duniawi.  

Kembalikanlah kebaikan semua itu kepada Allah. Pujian itu racun, dengan berlebihannya dia.Allah tempat datang segala kebaikan. Kembalikanlah segala pujian tentang kebaikan itu kepada Dia. Yang paling berhak, ialah Allah.

 

Catat Ulasan

19 Ulasan

Unknown berkata…
termssuklah saya..kadang2 susah terima kritikan..cepat tersinggung..tp cepat2 bersangka baik..
Vee berkata…
Manusia mmg susah nak terima perkara yang negatif. Hanya yang berfikiran positif je dapat terima, thats why kita harus berfikiran positif. Dan tidak semua kritikan thdp diri kita tu betul, kadang kala orang kritik berdasarkan apa yang dibaca, dilihat dan didengar sj. Sbg "bahan kritikan" pula kita harus pandai menerima dan membuang. Kalau rasa itu kelemahan diri, perbaiki. Kalau tak, buang jauh2 :) Apa pun, syukurilah kehadiran setiap insan di hidup.
Unknown berkata…
lumrahnya manusia dahagakn pujian
bila dikritik akan melatah sedikit
teguran membina itu yg terbaik dlm kita memperbaiki diri kita
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Akak suka org yg berterus terang dgn kita atas kesilapan yg kita buat tanpa kita sedar..tak maulah puji hal yg akak sendiri tau akak tk sepatutnya dipuji begitu...bila dipuja akan hal yg akak tak layak,akak jd sgt malu....sebenarnya org yg mengkritik kita dgn tujuan utk membina,adalah teman yg paling baik buat kita drpda memuji dn tujuan menjaga hati tp hakikatnya merosakkan diri kita..itu bkn nilai baik seorg sahabat@kawan...akak selalu menganggap bahawa segala pujian adalah ujian....
norhasnizakhalid berkata…
benar tu, mulanya ada juga tersinggung, tapi bila fikir balik, orang kritik itu sebenarnya pembakar semangat kita!!.. usah takut dengan kritikan!....
Tanpa Nama berkata…
pujian itu manis,teguran itu pahit,tapi jangan lupa kadangkala yg pahit tiu ubat yg manis membawa penyakit...
Unknown berkata…
kritikan dan teguran ada caranya..kak erin memang tak suka sgt jika ada yg memuji..siap cakap org tu tipu lg..sebab kak erin tahu kak erin byk kelemahan dan tak layak untuk dipuji..
Unknown berkata…
kritikan membangun syuk sanggup :D
Teena Tna berkata…
Orang yang sanggup dirinya dikritik adalah org yang hebat sebab dia berani nak betulkan kesalahan yang tidak disedari nya. Kita pula perlu melihat dari sudut yg positif. Kalau selalu terima pujian pun susah jugak, takut ter'riak' pula.
Unknown berkata…
siapa tak nak dipuji...manis rasanya...hihi....
Tapi kerana pujian kita boleh terleka...berhati-hati.....
Fais-SKA berkata…
dua2 tu kalau ambe dpat =) ttp bersgka baik..kdang kritikan ni mmbina utk kita..kdg2 perli yg terlampau..ape pn pndai2 la kita menilainya..
sitirohaida berkata…
biarlah kite menerima kutukan kerana dari kutukan itu adalah sesuatu yang benar,dari kita menerima pujian sedangkan pujian itu tidak dari keikhlasan pemujanya..mana satu nak...
Tanpa Nama berkata…
selagi kita bernama manusia , itu semua asam garam kehidupan . kita hanya perlu lalui kehidupan kita sebagaimana sepatutnya ...
Khir Khalid berkata…
Perkongsian yg bermanafaat Acik.. mmg pujian itu kadangkala perlu utk memotivasikan diri, ttp ia juga boleh membuat kita leka & riak jika disalah terima.. kritikan itu perlu utk menjadikan kita lebih baik, tp kdgkala org mmg ada yg x boleh terima.. mungkin sama ada sbb ego atau juga cara kritikan itu x kene tempat.. thanks sharing ye :)
Nina Mads berkata…
dulu asyik monyok kalau org kritik.. skrg suka pula kalau dikritik sbb dari situ dpt ubah diri mnjd yg lebih baik.. semoga terus berjaya achik :)
sha (chirp chirp) berkata…
huhu. kritikan yg membina apa salahnya kita terima kan. tapi kalau yang ada unsur hinaan tu, mmg sakitla baca :P
Tetamu Istimewa berkata…
Kritikan haruslah kena dengan caranya. Kritikan yang diberikan haruslah membina supaya orang itu dapat memperbaiki diri. Bukan menghentam hingga mengaibkan orang.
Unknown berkata…
Pemberi kritikan sebenarnya harus tahu cara yang sesuai agar tidak menyinggung mana-mana perasaan..Biasalah, manusia memang lumrahnya suka dipuji..tapi apa pun, kita sebagai penerima kritikan atau pujian kena menilai sebaiknya..:)
Addasyuhadadisini berkata…
mog kita sma2 dijauhi dri rsa riak dan bngga.. :))