Pengikut

Ahad, 29 September 2013

Remaja Tanpa Segan Silu Bercumbu Di Tempat Awam Dan Melakukan Pelakuan Agresif Apabila Di Tegur


agresif
Gambar Hiasa Dari Google

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih berkesempatan untuk menaip lagi, setelah terlalu sibuk dengan banyak pekara. Semalam itu pun entry auto post yang acik dah tetapkan. Petang ini acik akan review salah seorang pemenang segmen fizi .Dan seorang lagi akan juga acik review di masa akan datang. 

Semalam acik pergi jogging di tasik seksyen 2, dan kebetulan memang ramai juga orang di situ. Dan lepas tu acik berehat seketika di PKNS shopping complex untuk pergi beli buah-buahan dan bayar broadband. Kebetulan itu agak tak ramai orang sebab dah petangkan. Di Kawasan belakang bahagia PKNS itu ada satu lorong dan kedai-kedai dan kelihatan dua anak muda remaja sedang melepak di situ.

Acik perhatikan saje apa yang mereka lakukan, dan tiba-tiba di lelaki mencium mulut si remaja perempuan dan siap meraba sekali. Dan peliknya si remaja perempuan itu membiarkan sahaja. Kebetulan ada seorang pak cik ada lalu di situ , dan secara tak tiba-tiba pak cik itu terpaku di situ dan menarik si remaja lelaki.

Pakcik : Kau orang melayukan ? orang islam ? tak malu ke buat semua nie ? Tu tak dengar dah azan magrib tu ?

Remaja lelaki : Pakcik apahal ? biarlah apa pun aku buat , pak cik apa susah ? dosa aku yang tanggung sendiri , kubur masing-masing apa!

Remaja terbabit terus mendorong pak cik ,lalu pak cik tu pun terjatuh. Geram betul acik entahlah mengapa, tiba-tiba angin baran acik datang dan tanpa kata apa- apa acik datang kat budak remaja tu acik terus piat telinga dia dan ready untuk tumbuk dia.

Acik : Kau apa hal budak ? pak cik tu nasihat kau, dia mungkin sama sebaya ayah kau. Dah kau macam tak maruah buat maksiat kat sini ? kau islamkan ? 

Remaja Lelaki : tak lah bang saya non muslim, dari sabah
Acik: dah jangan menipu, agama sendiri pun kau persendakan patutlah tak malu buat semua nie. Dan kau perempuan tak malu ke buat semua nie ? kau tanya dia kalau dia dah dapat mahkota kau nie dia nak lagi kat kau !! tak nak punya. Malu lah sikit jaga maruah kau.Sini handphone kau!!

Remaja lelaki tu pun berikan telefon tu dan apalagi acik telefon mak ayah lelaki tu dan minta datang ke situ. Setelah di soal siasat umur mereka berdua 14 tahun dan ayah remaja lelaki seorang cikgu. Ya Allah, apa nak jadi. Masa itu memang acik teremosi sikit sebab umur ini sebaya adik acik. Memang acik tegas soal-soal ini. 

Dan bila ayahnya datang acik ceritakan semuanya dan minta menghantarkan si remeja perempuan pulang. Apa hukumannya ? biarlah ayahnya yang menentukan. Kenapa acik tak call jabatan agama islam ? pada acik biar beri peluang dan call mak ayah senang sebab biar dia tahu perangai anaknya bagaimana. 

Yelah keadaan masa tu magrib dan tak ramai orang, dan ada juga makcik-makcik yang datang tenguk , tapi yang paling sedih bukan di nasihat tapi di hina. Entahlah maksiat kini berleluasa di mana sahaja. Yang paling malu lagi orang melayu + Islam tak malu buat maksiat di tempat umum. Acik cerita ini , untuk kita ambil iktibar, kita kena tolong remaja islam kita, jangan biarkan mereka sesuka hati buat maksiat di tempat awam atau di mana sahaja.Kebanyakan tak mahu tegur sebab takut. Sebabnya takut apabila kita kita tegur mereka melenting, setidaknya kita ada usaha. 

Oklah sampai di sini dulu, acik ada program lagi bersama rakan-rakan untuk buat persediaan temubual untuk assigment kami. 

Share This!


36 ulasan:

Khir Khalid berkata...

Buat maksiat di tempat awam & smpi mengaku bukan Islam lagi.. mcm nk sekel je kepala remaja lelaki tu.. yg perempuan pun sama. Itu lah.. kita mmg x boleh klu x tegur kan.. berpesan2 kpd kebenaran tu satu tuntutan agama. Jngn smpi akibat dosa2 org mcm ni, satu msykt terpalit bahana.. Syabas Acik diatas entri yg bermanafaat ini...

puteri airyn berkata...

Betul tu..Dah ramai remaja sekarang ni tak malu dan segan.. selamba saja berpegang tangan dan bercumbu dihadapan orang ramai..

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Malulah sikit......dah klik $$$ anda,

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

dah kik $$$.....tak aa maruaha orang macam tu.

Bintang berkata...

baca tajuk pun dah tergamam, inikan pula kisahnya. anak2 muda zaman skrg niii, memanglahh..

Norhasniza Khalid berkata...

ish, geram pulak mama dengar... melampau.. elok juga acik buat begitu, call mak ayah mereka.. bila nafsu dah menguasai.. itulah jadiknya...

Nao Mei berkata...

isk-isk.....yang sampai tak sanggup mengaku agama sendiri....
Apalah nak jadi kan dik...

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI berkata...

tak tahu nak salahkan siapa , tapi seriously budak sekarang memang kurang ajar

Ako Si AiN berkata...

xtau nk ckp budak zman skunk ni ..atoiyaiii

Dzureen Darwis berkata...

Kat tempat saya ni memang lah kadang2 yang lelaki tu non-muslim tapi awek nya Islam. Nak kata macam mana tu pula Acik?

Wirda Amir berkata...

Salam acik....

Memang geramlah sbb budak tu buat sampai pakcik tu jatuh..nasib baik acik ikut bertanggunjawab,kalau akak di tmpt acikpun akak akan buat mcm tu....kalau kita tgk maksiat di dpn mata,kita x blh biarkan mcm tu je....moga x jd pd seluruh anggota keliarga kita kan acik

Akmal Halim berkata...

teruk dah budak2 zaman sekarang..dah tak malu buat maksiat terang terangan..dan orang sekeliling pun takut nak tegur..hmmm

kacang buncis berkata...

moga2..kita jauh daripada melakukan maksiat...amin

Tetamu Istimewa berkata...

Betul la budak tu menipu? Kata dari sabah lah. Apalah nak jadi. Bila jadi macam tu, baru nak gelabah. Fikri dulu masak-masak.

Memang beranilah acik. Tahniah! satu tindakan yang bijak.

syuk shusuke berkata...

kalo syuk mula2 kasi je dulu baru report.

Kathy Rbain berkata...

eh..betul ke tu budak sabah acik?

Fizi Zaidi berkata...

sanggup menipu agama semata2 utk menutup aib diri..dunia akhir zaman bro..

bz bro sekarang ye..semoga segala urusan berjalan lancar :) Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

Zaza berkata...

masyaALLAH, moga2 dijauhkan la.. gerun baca cerita ni..skg ni dh mcm2 berlaku..hurm

Affy Afiqah berkata...

subhanallah, remaja akhir zaman acik, orang tua pun mereka dah tak hormat, nak salahkan ibu bapa tak mendidik pun tak boleh juga, kadang-kadang dah dididik tetapi pengaruh daripada faktor lain pula yang menjadi punca. Semoga dijauhkan perkara-perkara ini daripada berlaku dalam kalangan ahli keluarga kita.

Tindakan acik betul, pakcik tu pun tak salah, kalau bukan kita ni yang nak tegur, siapa lagi kan?

Norniwanie Nasarudin berkata...

Respect dengan tindakan acik..ada orang yang hanya mampu lihat dan cegah..tapi acik mampu bertindak..nice..Wanie tahu tempat tu..dulu selalu juga jog petang-petang di situ...:)

Mieza Jhaa K berkata...

mmg xpelik perempuan menyerah saja..sangat mudah skrg ni..touch n go!

ain diyana berkata...

syabas Acik!!! kat malaysia ni perlu orang yang berani mcm Acik dan Pakcik tu!!!! kalau semua org mcm ni, kompem xde sapa berani buat maksiat yang jelas di khalayak ramai.. bersesuaian dgn Hadis Nabi Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya:

Dibawa seorang lelaki kepada ‘Abd Allah bin Mas‘ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih).

good work!

Puan Ida berkata...

sampai x ngaku agam ye
muda lagi orng islam lak tu
mmg patut acik piat telinga budak tu
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no3637

Maria Firdz berkata...

Bila hilangnya sifat malu... hmmm...

izan mama mia berkata...

risau dgn generasi muda laa ni...ibu bapa kena lebih cerdik

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualikum...achik,

tindakan yang berani dan terpuji .. bagus berani kerana benar. ...

mselim3

pls: malu kalau anak2 kita tgk.. anak mselim3 tanya apa dia buat tu,, agak nak jawab apa?...

SecretOfShaila berkata...

kadang2 susah nasihat dengan budak2 yang xmakan nasihat...bila beri nasihat xnak terima...itulah jadinya...respect dengan achik..^^

Ija Rased berkata...

budak sekarang ni dah kurang harga untuk hormatkan orang.hurm...

ima salsuzaima berkata...

alhamdulillah. betul tindakan acik tu.. semoga mereka diberi hidayah..

harumankasehvee berkata...

semlm pi karnival KUD kat putrajaya . pas tu pi layan anak buah berpiknik kat tasik . maka akak saya dok kira couple ... heheheeee

Sylarius Yusof berkata...

Tahniah Acik kerana mempunyai keberanian untuk mencegah kemungkaran. Sistem masyarakat kita kini telah mempermudahkan gejala zina berleluasa kerana kecuaian anggota masyarakat itu sendiri.

Tapi yang peliknya, untuk anak-anak muda yang ingin bernikah secara sah, disusahkan pula dengan serba mak nenek adat istiadat perkahwinan yang memakan belanja yang besar.

mazni berkata...

Ya Allah, teruknya. baru 14 tahun, dah gatal meraba-raba anak dara org dan kurang ajar dgn org tua? kadang2 sye rasa malu dgn bangsa saya sendiri :'( eeee geramnya dgn org melayu sekarang!

S.K.A berkata...

Alhamdulillah..tahniah acik..dpt juga elakkn budak 2 dr bt maksiat..entri yg sngat baik, harap ramai pihak yg sedar tntang ni..terkejut btol thu umur dak 2..bgus tindakan acik tu

Addasyuhadadisini berkata...

teruskan acik..mmg patut kita tegur,skrangnya kita tak bersubahat dgn mereka..moga budak laki dan perempuan tu sdar dan berubah..

Wafi Remli berkata...

Saya respect tindakan Acik. Tabik spring! Tapi kecewa dengan tindakan budak tu...

boni kacak berkata...

terbaik bro.. jangan dibiarkan je. sekarang ni terlalu ramai sangat budak2 yang berani buat macam2 sebab masyarakat kita ni hanya tengok dan perhati je dorang buat. tak ada apa2 tindakan. hanya tengok dan lihat dorang buat macam2. sebab tu dorang berani sebab tak ada apa2 tindakan. good job bro and pakcik tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails