assalamualaikum

Alhamdulilah pada waktu petang ini baru luangan masa untuk bersama kamu semua, Ya Allah minggu ini sangat tertekan dengan tugasan yang perlu di hantar minggu ini serentak. Ramai adik-adik yang baru nak "up" dan kenal erti cinta meminta pandangan kepada acik tentang cinta. Jadi acik buat satu entri untuk adik-adik semua.

Jatuh cinta ini bukan hanya "cinta monyet : tapi kepada mereka yang mendapatkan cinta ke dua, ketiga selepas kecewa cinta. Tetap di panggil cinta pertama sekali lagi kan .. haruslah :)

Siapa yang tidak pernah jatuh cinta? Siapapun, pasti juga pernah merasakan cinta pertama. Cinta pertama terjadi saat mula mengenal hidup dan erti cinta.Cinta pertama bagi kepada sesiapa saje yang pernah ingin mendapatkan cinta pertama mereka memang so sweet sangat .


CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.

Bercinta janganlah mengikut nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.Tanamkan niat untuk seseorang itu untuk di jadikan yang halal untuk kita nanti.

Pertama : Kepada yang perempuan , jangan benarkan pasangan kamu biarkan dia pegang kamu walaupn apa pun keadaan kerana mula-mula sikit lama-lama akan jadi di tempat yang lain yang tak sepatutnya. Jaga adab pergaulan antara kamu dan pasangan tu ..

 
Kedua : Jangan kerap berjumpa, memanglah kalau dah rindu itu mesti kalau boleh nak tiap-tiap hari berjumpa. Kalau boleh elakkan berjumpa sekerapnya kerana bila kita berdua akan ada orang yang ketiga bersama kita. Yang ketiga itu akan jadi pemangkin nafsu pasangan masing-masing.Kalau rindukannya doakan dia.

 
Ketiga: Jangan kerap bertelefon, orang selalu salah faham kononya bila kerap berhubung nie boleh terhindar dari maksiat.Sebenarnya silap tu sebab bila kita sentiasa bertelefon mulalah dari topic yang biasa sehingga topic yang luar biasa,seperti bila kayu kering di simbah dengan minyak tanah maka berbara api jadinya.

 
Keempat : Kepada lelaki jangan pernah berkata-kata bagai lebut lidah dari gusi. kata-kata lelaki boleh jadi penawar dan boleh jadi tuba kepada kaum perempuan .Selepas berjanji sumpah setia dan perempuan akan serahkan segalanya ,kamu boleh lari begitu sahaja ..amcam mane nasib si perempuan tu ??? .Kepada perempuan pula jangan melunak suara ,bahasa kasarnya (mengedik) untuk meluntuhkan nafsu seseorang lelaki. 

Kelima : Akan jadi kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.

 
acik hanya bagi yang acik rasa dan hanya untuk peringatan bagi semua, kerana cinta mampu buat orang jadi pelbagai perasaan. Kita boleh tengok apa yang terjadi pada remaja kita.sampai disini dulu. Carilah cinta kerana ALLAH. Wasalam