Ticker

6/recent/ticker-posts

Nilai Keikhlasan Dalam Berbuat Kebaikan


keikhlasan


Assalamualikum

Salam jumaat semua, hari ini acik ingin berkongsikan tentang sebuah cerita berlandaskan tentang nilai keikhlasan diri kita. Mari kita baca sebuah kisah yang sangt menarik ini.

Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya sugul seperti memikirkan sesuatu.

 "Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!" kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan. Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,"Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan lembu," Lalu dia pun bercerita..

Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.Ia berkata kepada sang lembu, "Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? ...... Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"

 "Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,"tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala.

"Sang lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup..." Moral:

SEKIRANYA KITA MAHU BERBUAT KEBAIKAN MAKA BERBUATLAH IA SEMASA KITA MASIH BERADA DI DUNIA INI DAN DALAM KEADAAN YANG IKHLAS TANPA MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN DARI ORANG LAIN.BAGI MEREKA YANG MENGHARAPKAN ORANG MEMUJI MEREKA MAKA BERTAUBATLAH SEGERA SEBAB KEBAIKAN YANG SEBEGITU DITOLAK DI SISI ALLAH.JANGANLAH MENUNGGU SETELAH MATI BARU KITA MAHU SEDEKAHKAN HARTA KITA SEDANGKAN KETIKA KITA MASIH HIDUP KITA AMAT SAYANGKAN HARTA ITU.


Catat Ulasan

31 Ulasan

sobri yaacob berkata…
salam jumaat acik..
betul sekiranya perkara yg ingin dibuat biarlah iklas
tanpa ada niat tertentu :)
Atien berkata…
Btul jgk ye..nice sharing
Athikah berkata…
Meresap ke dalam jiwa.. :)
Tanpa Nama berkata…
Salam jumaat acik...akak ada anta msj ke page acik..nnti baca dn jawab ye acik...akak kejap je ni..nanti akak dtg blk baca entri ni....
MalizaMah berkata…
suka membaca penulisan acik. terus menulis k....
Unknown berkata…
salam jumaat, moga kisah ini memberi manfaat buat semua..:)
Salam jumaat. Kisah yang baik utk dijadikan teladan.tq.
salam jumaat acik, perkongsian yang hebat. apapun yang kita lakukan mestilah ikhlas barulah ada keberkatan kan???
Unknown berkata…
so deep Acik.. :)
Unknown berkata…
salam Jumaat acik..

nice entry.. tanpa keikhlasan, kebaikan yang dibuat seperti tiada makna..
Shahrul Yusof berkata…
Perkara baik ini perlu dilakukan sentiasa supaya kehidupan bermasyarakat kita aman damai sentosa selalu hendaknya. Jika berkira macam orang kaya tu, makin teruklah masyarakat jadinya nanti.
||aLeaSaRa|| berkata…
salam acik.wah rindulah kak lea nak singgah komen kat sini.acik sihat,apa khabar?

betul2.sebab tu mak2 kita selalu pesan.....biarlah apa yang kita buat orang tak puji,tak pandang walaupun sebelah mata.yang penting jika kita sentiasa ikhlas,pasti Allah akan melimpah ruahkan rezeki daripada pelbagai sudut :)
shazillahsani.com berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shazillahsani.com berkata…
ikhlas itu amat penting dalam kehidupan kita seharian..
Fiza Aizzawa berkata…
besar pahala bila kita niat sedekah.. bila sedekah rezeki lebih berkat dan berlipat ganda tanpa kita sedari...
Blog Santai berkata…
Thanks kerana mengingatkan acik..Semoga yang baik itu milik kita semua...
Mizz Aiza berkata…
perkongsian yang baik acik.. semoga kita semua mengambil ikhtibar dari kisah ini..
Unknown berkata…
lama dah tak baca entry macam ni.. nice entry! muhasabah diri ^^
Unknown berkata…
ya Allah..jauhkan lah hambamu ini dari perasaan riak dan takbur..
Adilah Asari berkata…
nilai keikhlasan kita tu hanya Allah sahaja yang tahu
Tanpa Nama berkata…
sangat bermanfaat..
Khir Khalid berkata…
Perkongsian ilmu & peringatan yg sgt baik. semoga membawa kebaikan buat kita semua.. aamiin..
Affy Afiqah berkata…
kenapa ika selalu tak dapat latest update dari blog acik ye, pelik --'
ni baru perasan ada entri baru hukhuk

orang kata kalau nak buat baik tu tak payah menunjuk2, or tak payah beritahu orang pun apa kita buat, sebab nanti keikhlasan tu berkurang, takut riak yang lebih :)
Unknown berkata…
Klik iklan setiap sudut....
gara2 terlampau rajin...
semoga bertambah rezeki...amin
fragmenbiru berkata…
InsyaAllah... sangat tersentuh.. muhasabah diri..thanks acik..
PeRdU cINta berkata…
sweet entry acik..keikhlasan dan hati kita perlu sentiasa dididik dan dilentur untuk selari dengan setiap apa yang diungkap..dibibir ikhlas..dihati berbelah bagi..dibibir tersenyum..dihati menyesali..lantaran itu apa pun kita wajar mendidik hati terlebih dahulu untuk mengikhlaskan segala perbuatan..percakapan dan pengorbanan..andai tidak ianya akan menjadi sia-sia..biarlah orang tidak menghargai pengorbanan kita..bantuan kita..tapi ingat..Allah sentiasa memandangnya..:)
Maria Firdz berkata…
Ikhlas.. Mudah diungkap tpi sukar diistiqamahkan...
Yaya Mohd berkata…
Ikhlas tnpa perlu mgharapkan apa2 balasan...dari manusia..
hnya pd Allah je kita bharap.. =)
Tanpa Nama berkata…
Masa kita hidup ni lah sepatutnya kita membuat sesuatu yg blh memberi manfaat kepada ramai org mengikut kemampuan kita...tak semestinya byk janji ikhlas,ikhlas itulah yg buat kita rasa bahagia.....