Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka Allah ucapkan syukur atas segala nikmat yang di berikan. Semalam banyak pula yang bertanyakan tentang soal rumah tangga, soal kawin muda dan soal suami isteri .Sesungguhnya acik pun belum lagi bernikah dan belum ada pengalaman tentang itu. 

Sekarang ini ramai yang remaja yang mahu kawin muda, ada yang acik jumpa berkata " dari buat banyak dosa baik kawin. Bagus dah tu niatnya untuk kawin.  Kawin adalah salah satu penyelesaian bagi anak muda sekarang yang lebih mengutamakan "couple" kalau dah benar-benar suka teruskan saja . 

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Sejak dulu lagi ,zaman tok nenek kita kawin muda, bahagia sahaja. Setia hingga hujung nyawa. Dan sekarang trend itu kembali lagi dan dulu hangat tentang kes remaja 16 tahun berkahwin dengan remaja perempuan 14 tahun dan khabarnya kini telah bercerai talak 3. Mungkin tiada jodoh mereka berdua, kita doa yang baik-baik sahaja .

Kawin ini memang nampak senang dan seronok tapi untuk berkahwin ini juga kamu perlu ada ilmu  dan tak boleh semberono sahaja.  Sebelum kawin kamu perlu tahu bagaimana tanggungjawab sebagai seorang lelaki (suami), tanggungjawab perempuan (isteri) dan sebagainya.

Tetapi kamu perlu bertimbangkan isu ini juga : 

Pertama sekali ada soal kewangan.

Memang tak salah nak kawin muda tapi perlu di ambil kita soal ini, memang rezeki Allah yang beri tetapi kita juga perlu ada usaha untuk mencari pekerjaan untuk sara anak dara orang. Tak akan nak mengharapkan duit PTPTN sahaja, duit ibu bapa ? 

dan banyak lagi pekara yang erlu di fikirkan.Semalam acik sempat bertanya kepada seorang ustaz kenalan acik berkaitan dengan isu ini  .Situasi ini selalu terjadi kepada pelajar sekarang. 

Situasi pertama

Seorang pemuda (pelajar) yang mahu berkahwin, sudah mempunyai pasangan, tetapi belum mempunyai kerjaya yang tetap atau masih belajar.

 Ustaz : Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut masih di tahap harus semata-mata. Jadi, kalau satu pihak mahu menggalakkan dia berkahwin muda , maka hukumnya harus. Kalau satu pihak mahu melarang dan menyuruh supaya difokuskan pelajaran, juga harus. Pada saya, pendapat kedua lebih baik. Iaitu berusaha menumpukan perhatian pada pelajaran terlebih dahulu.

Stuasi Kedua 

 Seorang pemuda yang mahu berkahwin , sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu menjaga perhubungan antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak dengan maksiat dalam perhubungan tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, begitu juga pasangannya.


Ustaz : Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut adalah wajib. Bukan lagi harus mahupun sunat. Ini kerana, dia berada dalam keadaan melazimi maksiat atau zina, dengan asbab dia menangguhkan perkahwinan. Kalau satu pihak mahu melarang dan mencegah dia dari berkahwin muda, maka itu salah sama sekali. Seharusnya, semua pihak mendorong beliau supaya dapat berkahwin walaupun masih muda. Pendapat saya, golongan yang berada dalam situasi  kedua adalah wajib berkahwin.
Memang akan ada yang katakan bahawa mereka tak masih mentah tak mahir tentang soal perkahwinan. Tetapi adakah mahu mereka terus terjerumus di lembah maksiat ??

Ustaz menambah lagi untuk para remaja di luar sana perlu juga mengetahui tentang fasa-fasa perkahwinan untuk mereka yang kawin muda. 

1-5 Tahun ( Fasa Sesuaikan Diri)

Dalam fasa ini kamu akan cuba sesuaikan diri dan memahami perangai masing-masing, yelah biasanya duduk sorang-sorang sekarang dah berdua 

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1)
Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2)
Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.

Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3)
Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.

Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Anak-Anak & Isteri Tercinta Sehingga Syurga.. Amin

Alamak panjang lebar pula menaip, ini atas permintaan dari pembaca blog acik , insyaALLAH soalan-soalan kamu akan di jawab dan di perbincangakan dan meminta nasihat mereka lebih pakar. In sha ALLAH .