Pengikut

Selasa, 17 Disember 2013

Orang Lebih Tua Sukar Menerima Pandangan Dan Teguran Orang Lebih Muda ?



Assalamualaikum

Alhamdulilah semalam new berjalan dengan lancar dan baik sekali, ini hasil daripada kerja pasukan dan doa-doa kamu semua. Sebenarnya acik hanya mahu berkongsi tentang sebuah kenyataan hidup yang kadang kala bukan semua benda apa yang kita buat nie betul sokmo. Kita manusia biasa ada berlaku khilaf dan kadang kala kita tak sedar .Dalam zaman sekarang tiada siapa pun manusia yang sempurna dan faktor umur bukan alasan untuk asyik rasa diri kita betul saje.

“Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya bertawaduk, sehingga tidak ada seorang pun yang menyombong dirinya terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang menganiaya terhadap orang lain.” (Hadis riwayat Muslim) 

 
Seperti apa yang di ajarkan oleh Rasullulah bahawa kita kena hormat orang yang lebih tua daripada kita.Pada acik tu semestinya apa yang kita lakukan .

 
Tapi bukan semua benda mereka selalu betul walaupun kadang kala tindakan mereka salah. Pernah ke kamu cuba beri pandangan,pendapat, teguran (dengan cara berhemat) kepada mereka ?? adakah pandangan tersebut di tolak atau di terima ?? dan ayat orang-orang lebih tua kita yang akan melenting apabila ditegur, "aku makan garam lebih awal daripada kau!". Ayat ni merupakan ayat keramat orang yang lebih tua daripada kita, walaupun hanya 2-3 tahun lebih tua daripada kita.



Ayat ni seolah-olah membenarkan semua tindakan dan kata-kata mereka. Bagaikan 'dalil' untuk golongan seperti ini untuk menghalalkan tindakan mereka. Lazimnya bila kita dengar ayat ni, kita akan terkejut, terdiam, dan terkedu seketika kerana hilang punca dan kering ilham nak balas apa.Sebab kalau kita kata lebih-lebih kita akan di anggap kurang ajar. 


Tapi masalahnya, bukan senang nak tundukkan ego orang tua. Mereka saja yang betul (sebilangan) kerana mereka tak nak tundukkan ego dan malu kalau ditegur oleh 'budak kecik'.Kalau ikutkan hati nak je cakap patut la sakit banyak makan garam rupanya ..(tapi dalam hati jelah hehehhe)

Pernah satu ketika masa acik kerja di sebuat tempat rasanya tak perlu di sebut. Dalam mesyuarat mereka meminta pandangan dari semua orang berkaitan bangaimana mahu mempertingkatkan jualan. Dalam mesyuaranat tu acik yang paling muda.Lepas tu setiap orang bagi cadangan, lepas itu bila masa acik bagi cadangan  dan mereka buat tak tahu dan rasa tak releven, pandangan acik di "ignore" begitu sahaja.  Ye pun kalau tak sesuai cakaplah elok-elok.  Lepas tu acik cuba utarakan balik idea itu pada seorang wanita yang berusia 30an Pengurus di situ tentang idea acik dan dia suka. Dan idea itu di guna pakai oleh syarikat kami untuk strategi pemasaran. 

Hal ini sekali lagi terjadi kepada acik sendiri, semalam acik pergi ke pasaraya tiba-tiba kebetulan ada barang dari kotak itu terjatuh dan pecah ( dalamnya ada barangan kaca). Tiba-tiba seorang pak cik datang ke tempat acik dan tarik dengan kasar dan nak tumbuk acik. Ehh dah kenapa pula ini ? 

Nasib baik ada seorang mak cik ini cakap, bukan dia yang buat itu, dia lalu sahaja , tadi ada seorang budak lelaki yang langgar dan dia terus lari. Dengan muka selamba pak cik tu lepaskan tangan acik dan berlalu pergi.

kalau dia rasa kita salah tanpa melengahkan masa terus menyerang tanpa soal selidik ,cuba kalau dia yang melakukan kesalahan tu mahu ke dia minta maaf ?

adakah dengan minta maaf itu hilang maruah sebagai orang lebih dewasa ? ada tu sampai buat tak tahu dan anggap ini bukan masalah ermm.

Mereka akan rasa mereka selalu betul walaupon tindakan itu di luar norma kehidupan. Apa yang selalu kita boleh buat hanya berdiam sahaja dan mengalah ,kalau ikutkan ego dan marah memang kita pon sama sahaja macam dia orang .
 
Tapi yang penting Innallaha Ma'a Sobirin (Sesungguhnya Allah Beserta Orang Yang Sabar)

Share This!


27 ulasan:

  1. biasa ler tue..
    nk bantah kang ckap x hormat pula.
    majoriti orang tua2 dulu jer perangai camni.

    BalasPadam
  2. biasanya gitu ler... sbb ego mengusai diri..

    BalasPadam
  3. org yang lebih dewasa dari kita memang selalu befikiran mcm tu..nak diorang je yg btl

    BalasPadam
  4. sabar je.. itu je langkah yg terbaik...

    BalasPadam
  5. dewasa/tua tak semestinya betul.. apa salahnya siasat terlebih dahulu sebelum bertindak.. nak minta maaf bukan nak kena bayar pun.. ego yang mengatasi segalanya.. mereka ingat mereka lebih tua mereka betul dan hebat dalam segalanya..

    BalasPadam
  6. sbb dorg nie lebih makan garam drp kita.. mmg ego dorg tinggi.. ngk bos fiza pun cm tu la.. dah la bos, dia je yg betul... haha.. tp Fiza tak kesah.. tetapi selalunya instinct org tua mmg betul...

    BalasPadam
  7. saya pernah menegur seseorang yg lebih tua supaya tidak menjaja cerita tentang orang sana sini.. tetapi akhirnya saya di anggap kurang ajar dan siap di "warning" lagi.. mungkin disebabkan ego dalam diri menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa..

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum...achik,

    kekadang orang tua merasa tercabar apabila ditegur oleh orang yg lebih muda daripada dia. kerana merasakan mereka lebih dahulu makan 'garam' .

    mselim3

    BalasPadam
  9. salam dan selamat petang acik, begitulah kebanyakkan warga tua kita ni acik... apa boleh buat, dah begitu.... hihi

    BalasPadam
  10. maafkan jer mrk . klu fikir mmg wat sakit hati jer ...

    BalasPadam
  11. memang kebanyaknya orang yang berusia sukar nak terima teguran dari orang muda dari dia..

    BalasPadam
  12. Salam acik...

    Memang kebanyakan org tua begitu tp pakcik yg nak tumbuk acik tu,nampak sgt dia mempunyai sikap yg tak perlu dihormati wpun dia tua...mcm2 perangai pelik kan acik......sabo je le.....

    BalasPadam
  13. agak susah kalau melibatkan orang yg lebih tua. seeloknya pilih la jalan tengah.
    sebab tak kan kita nak cakap direct je kan orang tua tu salah. huhuh..

    BalasPadam
  14. Mencabar jugak situasinya, bersabar sajalah...!

    BalasPadam
  15. Salam Acik...
    Macam tersalah blog pula. Kemas dan terang theme baru ni.
    Dalam situasi ini kena banyak bersabar...perlu bijak berkomunikasi dan guna psikologi.

    BalasPadam
  16. emmm memang betul tu susah nak tegur orang yang lebih tua daripada kita...and susah juga mereka nak terima teguran sebab ada yang beranggapan orang muda tak layak tegur orang tua...ada juga menganggap kalau ada orang muda buat begitu, ia dianggap biadab..

    tapi pada ika, orang tua ke orang muda ke ramai di antara kita yang memang susah nak terima teguran orang lain..tambah lagi bila isu itu ialah isu sensitif...kalau secara logik, mungkin kita boleh guna pendekatan lain untuk menegur...guna cara yang lebih berhemah ke,...

    BalasPadam
  17. kadang2 nina rasa tua atau muda sama saja kalau tak nak dengar pendapat dan nasihat. huhu

    BalasPadam
  18. memang susah bila berdepan dengan mereka yang 'lebih dulu makan garam ' ni.tapi ye lah,terlebih makan garam ni bahaya juga.boleh darah tinggi..apapun sabar jer la..

    BalasPadam
  19. selalu nye mereka merasakan mereka betul kerana sudah banyak makan garam..tetapi adakalanye mereka salah ...

    BalasPadam
  20. Pasal tu kekdg lebih baik diam je dr tegur apa slaha diaorg ni.huhu..malas nk membantah..nnti dickp kurang asam pulak..huhu

    BalasPadam
  21. btul .. org tua susah nk terima pandangan.. & org muda plak kene la pandai cari bahasa yg sesuai untk menyampaikan pd org2 tua ni..

    BalasPadam
  22. normal.hurmm ssh nk cakap..sukar menerima pendapat..xkn maju kemane klu sukar nk time

    BalasPadam
  23. biasa la tu kan..almaklum la..bak kata org2 tua..dorg lebih dulu mkn garam..hihi

    BalasPadam
  24. kadang kala..org tua pun ada yang salah juga..tdk semestinya btl..tp biarmacam mana sekalipun kita tetap kena hormat mereka..

    BalasPadam
  25. kadang2 manusia nie makin tua makin ego..nasib baik ade makcik tu yang menjelaskan keadaan sebenar..kalau tak kesian ko acik..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  26. Mmg begitulah lumrah kebanyakan org di dunia ni.. mmg susah klu nak ditegur bila bersikap macam tu. Sabarlah Acik.. Semoga Allah jualah yg memberi petunjuk kpd mereka2 yg sedemikian.. aamiin.

    BalasPadam
  27. Sekiranya pendapat orang muda itu baik dan boleh diguna pakai, kenapa pula tidak boleh terima kan. Jadi, perlu ada kesefahaman antara orang muda dan orang tua.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails