Ticker

6/recent/ticker-posts

Review : Police Story 2013 Di Luar Dari Jangkaan ?

 Police Story 2013 |AkuPenghibur

Assalamualaikum 


Alhamdulilah hari ini dapat jemputan untuk review sebuah filem terbaru di pawagan iaitu Filem Police Story 2013. Pada mulanya sangat teruja dapat menonton cerita ini, yelah acik peminat setia Jakie Chan . Sebelum acik cerita panjang mari baca sedikit sinopsis cerita ini 

Police Story 2013 |AkuPenghibur

 Kisah bermula apabila seorang polis bernama Zhong Wen (Jackie Chan) yang sedang mencari anaknya Miaomiao (Jing Tian) yang lari dari rumah.Miao Miao, yang kini merupakan teman wanita pemilik kelab malam, Wu Jiang. Walau bagaimanapun,hubungan Zhong dan Miao tidak baik setelah kematian ibunya (isteri Zhong), yang membawa kepada perdebatan antara bapa dan anak perempuan. Kisah ini berlanjutan apabila  pemilik bar, Wu Jiang (Liue Ye) menculik dan menjadikan para pengunjung bar sebagai tebusan untuk tujuan membebaskan seorang penjahat yang telah dipenjara selama bertahun-tahun. Ianya bertujuan untuk mencari tahu siapakah pembunuh sebenar kepada adik Wu Jiang ? Siapakah dia ?

Jeng jeng  untuk ketahui kenalah tengok sendiri cerita ini, acik sangat teruja untuk melihat cerita ini, sampai mata tidak berkelip. Pada permulaan 20 minit pertama lebih banyak perbiacaraan dan perkenalan watak dalam cerita ini. Terlalu banyak teknik imbasan agar penonton memahami jalan cerita ini. Dari sudut "camera angle" ada sudut yang tak sesuai tetapi penggunaan "depth of field" yang cantik menampak teknologi yang di gunakan. Kisah ini lebih tertumpu di satu tempat sahaja iaitu Bar Wu. Segala yang berlaku adalah di dalam bar tersebut. 


Police Story 2013 |AkuPenghibur

Cerita ini lain dari yang lain, kerana terlalu banyak percakapan bagi memberi kesinambungan setiap watak jadi agak bosan. Paling di tunggu adalah aksi Jakie Chan yang kelihatan tidak seperti dahulu lagi, tetapi kesungguhan Jakie Chan berlakon itu nampak hasilnya. Mungkin sebab faktor usia , jakie tidak sehangat dahulu .Lagak ngerinya juga nampak di kurangkan lebih kepada pencerita kisah hidup watak-watak pembantu. 

Watak penjahatnya pula bagaikan seorang penjahat yang baru nak kenal dunia kejahatan. Terlalu banyak perbualan dan penjahat yang boleh di runding. Motif penjahat adalah untuk mencari tahu siapa pembunuh sebenar adiknya , selepas 5 tahun dia merantau di negara orang.

Tetapi apa pun set pengambaran yang cantik dan baik, begitu juga dari kesimbungan watak ke watak sangat baik sekali dan kita faham melihatnya. Pemilihan muzik yang sesuai untuk jalan cerita. Tapi mengecewakan dari apa yang acik harapkan, sebab kalau siapa pengikut police story 1,2,3,4 kamu pasti tertunggu-tunggu aksi mereka tetapi di cerita ini agak kurang. 

Tetapi unsur kasih sayang seorang ayah dan anak sangat di tonjolkan, bagaimana hubungan anak yang salah faham terhadap tugas ayah seorang polis di cerita dengan teliti dan di penghujungnya Miao sangat menghormati ayah. Dan juga kasih sayang seorang abang yang ingin cari tahu kisah sebenar di sebalik kematian adiknya. Adakah adik Wu Jiang bunuh diri sebab kecewa putus cinta ? atau mengandung ?

Saksi di pawagan berhampiran dengan kamu, acik bagi 3 bintang cerita ini.

Catat Ulasan

30 Ulasan

Fatin Wawa berkata…
saya pun peminat setia siri 'Police Story' dan cerita2 Jackie Chan yg lain. Aksinya memang best! betolla kot mungkin disebabkan faktor usia, terpaksa mengurangkan aksi2 stunt seperti dlm cerita2 sebelum ini. :)
Atien berkata…
Mesti best la..siri yg lepas pun da cukup hebat
Miya Amira berkata…
harap2 dpt p tgk...tapi skrg musim final...wuwuwuuu.... :(
Long Cham berkata…
mmungkin akan tgk sabtu nie
sbb ronin47 xbest sgt
Khir Khalid berkata…
Sy pun meminati lakonan Jackie Chan ni.. mmg berhasrat nk menonton. Thanks sharing Acik.. :)
Mia Liana berkata…
memang suka jackie chan.... suka tengook yang siri2 sebelum ni..
Yeop Maz berkata…
assalam acik.

wah dah tukar template baru. comey gak keh keh
mcm best je cter tu. ada masa nak tengok :D
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

wahh... achik punya review story nie best lah.. mselim3 dapat jangka jackie chan akan kurang buat lagak aksi macam dulu disebabkan faktor usia. Achik perasan tak dalam lagak ngeri "around the world in the 80 days" kan dah kurang lagak ngeri.. jackie chan. Lagak ngeri jackie biasanyer akan luka dan patah.. bila faktor usia, bila patah dan luka, lambat sembuh dan menyebabkan sesuatu filem itu lambat disiapkan.. kan!

mselim3

pls: peminat jackie chan gak...
Unknown berkata…
Yup...sejak akhir2 ni Jackie da kurg aksi...cerita yg dia lkonkan sekrg lebih kpd penceritaan dan agak mbosankan...hurmmm
Unknown berkata…
Yup...sejak akhir2 ni Jackie da kurg aksi...cerita yg dia lkonkan sekrg lebih kpd penceritaan dan agak mbosankan...hurmmm
tarmizi berkata…
BARU LEPAS TENGOK CERITA THE HOBBIT MEMANG BEST 4 BINTANG. RASANYA JAKIE CHAN KENA CARI PENGGANTI LA.
MyCherita berkata…
mcm best je filem jacky chan terbaru nie.. nak p tgk la.. :-)
BTW : nice templete terbaru ni bro..clean, nice and tidy.. i like..
Cik Tieka berkata…
sy belum tgk lagi crita ni..only trial jer.. mudah2han adalah main kat tv...sbb tmpat sy xda pawagam..hahaha :P..Jacky dah makin tua, jd okey gak tu aksi kungfu beliau di terhadkan utk ksihatan beliau sndiri.. :)
Unknown berkata…
jacky chan...mesti tgk nie...
paridah berkata…
wah..pengomen filem yg hebat ni...
norhasnizakhalid berkata…
peh! jacky... hihi.. review terbaik dari acik, mama tunggu di astro first je lah.. kalau keluar... hihi

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..hehe..suami akak dah sibuk ajak nak tengok cerita ni..bila JC yang berlakon..kami excited nak tengok..tak kisahlah di pawagam yang bersesak orang berbaris panjang berjela tu..hehehe..insyaAllah nak tengok juga..mungkin faktor usia..JC tidak selincah dulu dalam beraksikan..
Unknown berkata…
MInat betol cerita macam ni..memang best
Unknown berkata…
waaauuuu cantiknya blog Acikk..baru berpeluang buka dalam laptop..
mysha berkata…
Mcm best jer mcm best jer... hik3..
Tanpa Nama berkata…
Akakpun minat jackie chan....da tua dia acik,maybe sbb tu lakonan dia x mcm dulu...hehe...

Tiga bintang je ke acik....?hehe.....
Aimacomel berkata…
Xde kesempatan lg nk p tengok. Tapi mmg suka dgn uncle jackie ni. Semart dia
Sally Samsaiman berkata…
suppose to be CZ12 kan filem dia yg terakhir...bila dia berlakon blk expectation sally tak sama..hehehe...betul la mgkn sbb faktor usia dia..

p/s : header baru cantik! ^_^
Ainim Rashihah berkata…
Bila filem tayang kat pawagam? Pernah tengok yang siri lepas. tapi jackie pun meningkat usia. mungkin pengarah taknak tanggung risiko cedera kot
Tanpa Nama berkata…
alamak..baru je plan nak tgk..masa iklan pun nampak sangat JC dah semakin berusia..
Vee berkata…
Sygnya tak sehebat Police Story yang before ni. V pun peminat Jackie Chan. Huhuhu.. Lepas ni siapa dpt gantikan dia, agak2nya? Hehe.
Unknown berkata…
wow..nak kena tengok ni..
Mizz Aiza berkata…
nampak menarik tu acik..
Tetamu Istimewa berkata…
Belum tengok lagi. Memang lakonan Jackie Chan tidak menghampakan.
Affy Afiqah berkata…
nampak dah tua Jackie Chan...dia pun tak larat dah nak berlakon aksi...