Ticker

6/recent/ticker-posts

Bersyukur Kerana Sehingga Kini Aku Tak Bercinta (Couple)


 saya tak mahu bercinta
credit  to :. feltville

Assalamualaikum 

Muka ini mampu melemparkan senyuman ketika menaip entri ini walaupum dalam keaddan sakit,  keadaan demam semakin teruk . Sebenarnya tentang isu ini dah lama acik hajat untuk terbitkan hanya belum masa yang sesuai , dan acik rasa inilah masa yang sesuai untuk berkongsi cerita.

Acik banyak sertai kem-kem motivasi sebagai facilitator dan terlibat dengan program diluar mahupun di uitm sendiri. Soalan cepu emas di tanya pada acik " dah ada girlfriend ? " 

Dengan selamba dan yakin kata takde, dan mereka tanya lagi, " pernah couple ?" 

Dengan selamba dan yakin berkata : pernah !! Tapi itu masa mula-mula mengenal erti kehidupan cinta ( zaman sekolah.)

Kadang kala bila seseorang itu tak "couple" di anggap "loser" dan "lonely person".Tetapi sebenarnya mereka silap seharusnya yang tak "couple" itu patut berkata : Aku bersyukur kerana sehingga kini aku tak "couple" . Kenapa ? jadi mari tahu jawapannya.

1. Jimat Duit

Kenapa acik kata jimat duit ? sebabnya kalau kamu "couple" mesti kamu kena belanja awek makan, membeli belah mahupun tengok wayang. Pernah suatu ketika tu, acik di ajak seorang kawan untuk temankan dia "berdating" dengan begitu lurusnya ikut sahaja sebab alasan yang di beri munasabah sebab si awek tak mahu keluar berdua. Semua perbelanjaan si awek itu kawan acik yang tanggung, bila nak balik itu kawan mengeluh,, 

Kawan : ishh duit aku tinggalkan sikit, macam mane aku nak survive sampai akhir bulan nie"
Acik : la mana duit yang mak kau baru transfer ? 
Kawan : tadi tulah yang aku belanja semua itu..

Dalam hati berkata, alhamdulilah aku tak "couple "

2. Tak perlu belajar menipu dan menipu

Kenapa ? kadang kala si lelaki mahu lepak dengan kawan-kawannya , tetapi aweknya jenis yang "terlalu caring" semua benda nak tahu. Bila awek dia telefon.Katanya Weiii tolong angkat.. kata aku kat tandas... aku sakit perut... Realitinya sedang melepak tengok bola. 

situasi ke dua : esok ada event dan perbentangan penting nie

Si Awek : awak sibuk tak ? saya ada masalah nie 
Si Pakwe : ehh tak lah, saya tak sibuk pun.

Berlarutan hingga 4-5 jam.. dari kisah sedih ke kisah cinta dan sayang menyayang cinta di kenang. 

Dalam hati sekali lagi, alhamdulilah  aku tak dapat "girlfriend" seperti ini dan aku tak payah nak menipu.

3. Kurangkan dosa

Opss bab ini mungkin ada terasa, yelah kalau nak pergi kelas kena pergi sama-sama ,naik motor sekali siap peluk-peluk. Pergi lepak tasik, berdua-duan siap letakkan kepala di bahunya untuk meluahkan rasa kesedihan apa yang berlaku. Pimpin tangan untuk menunjukkan kasih sayang yang terpakri bertahun-tahun.

Dalam hati kata, mungkin ini hikmah kepada Allah belum berikan jodoh untukku.

4.Tak perlu "hubby , daddy & mama, mami " di laman sosial.

Kadang pening kalau lihat orang hangat bercinta, semuanya ingin di luahkan untuk beritahu bahawa aku sedang bercinta weii!! tolong baca dan ingat. Hubby, mami wendulah sama hubby. Rasa rindulah dan cinta di lafazkan walaupun 1 minit tadi jumpa. Berkomen-komen berdua-dua dan upload gambar  berpeluk caption " doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat"

5. Boleh jadi diri sendiri.

Acik bermonolog sendirian : Aku boleh jadi diri aku sendiri, makan apa yang aku suka, pergi tempat yang aku suka, buat apa yang aku suka dan aku tak perlu berubah kerana orang lain yang hanya untuk nampak baik di depannya. 

6. Tak perlu Seksa Rohani Dan Jasmani

Kenapa acik cakap macam gitu ? sebabnya bila bercinta ini , kadang di tinggalkan , di kecewakan dan di permainkan perasaan kita, macam apa yang terjadi pada acik dulu-dulu., hilang mood, tak keluar bilik sebab "frust menongeng" . Mata ini tak tahan asyik nak mengalir untuk sesuatu yang lagha. Anggota badan mahu bergerak mahu pergi solat sebab sedang kecewa semua di tinggalkan, paling kesian hati sebab dia terpaksa hadapi semua perasaan yang acik rasa .

7. Bebas seperti burung berterbangan. 

Cewah biasanya bila "single" nie orang selalu kata dia "lonely person" . Hari ini acik sangkal sepenuhnya kerana bila bosan acik boleh buat apa yang acik suka, boleh update blog, boleh main game, dengar nasyid terutama kumpulan rabbani dan buat apa sahaja yang acik suka. Yeah !! 

8. Tak perlu kecewakan ibu bapa 

Kecewakan ibu bapa ? kenapa ?  sebabnya anak-anak pastinya siarkan di facebook, instagram berduan dengan kekasih pujaan hati, beli makanan mahal-mahal sedang si ayah dan ibu berlapar untuk pastikan kamu cukup makan. Kadang kala di cemuh kerana kelakuan anaknya yang telah di lakukan di luar pengetahuan ibu bapanya.

Ini antaranya sahaja dan sekadarnya, minta maaf kalau ada yang terasa , entri ini hanya untuk diri sendiri sahaja tiada kaitan dengan yang lain sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia. Ini peringatan untuk diri ini supaya tidak hanyuk kerana cinta dan terjerumus kembali kepada pekara lagha. Ada yang terasa hati ? 

Alhamdulilah maknanya hati kamu berfungsi dengan baik sekali.  Pada acik utamakan keluarga dahulu, kerana merekalah yang paling berjasa dalam hidup kita seperti apa yang kak +Namia Cinta nasihatkan pada acik. Islam melengkapi segenap hidup kita, ikutilah dan in sha ALLAH akan di permudahkan.
 

Catat Ulasan

29 Ulasan

Long Cham berkata…
bagus la lebih baik bercinta selepas berkahwin
Yana Yani berkata…
wah, ni boleh buat adik ipar ni!
sejuk hati dok dengar kata gitu

anyway akak dulu time belajar pun tak pernah ada bf
sebab akak ada prinsip tersendiri
walau selalu kena kutuk sebab keluar seseorang
lantaklahkan...janji bahagia =)

apapun acik, bagus attitude gitu
stay positive ye

kot nak jadi anak ipar akak bagitahulah ye
hehe =)
sitirohaida berkata…
puji sikap acik...biarlah kita belajar dulu ye..
Asha Lya berkata…
Cinta itu pasti akan hadir..jodoh semua Allah dah tentukan..masa bljr nie tumpukan sepenuh perhatian apad pljrn
Fiza Aizzawa berkata…
smoga acik ditemukan dengan jodoh yang baik.. teruskan dengan pendirian acik yang sgt mulia... bercinta lepas nikah itu yg terbaik...
Unknown berkata…
Assalamualaikum... Betul tu acik... yang penting kita jaga hati kita drpd melakukan perkara2 y tak elok..
||aLeaSaRa|| berkata…
salam acik,apa khabar,semoga lekas sembuh ye.sory lama kak lea tak singgah baca entry acik yang kreatif dan best!

kak lea setuju point kat atas.kak lea pun selalu 'psiko' adik pompuan yang rasa rendah diri sebab masih belum berpunya.kak lea selalu cakap kat dia segala point yang positif kalau menjadi 'single'.lagipun dia masih muda,busy praktikal doktor kat hospital.kena fokus mana yang penting dulu dlm hidup :)
nenot berkata…
that true :). agree sgt-sgt. walaupon kekadang terasa cam foverer alone jew hahaha tp sentiasa igtkan diri bahawa Allah swt sentiasa ade dgn kite....baik dating ngn Allah swt n ingat Allah kalau terasa sunyi...so no more foverer alona ya!
MrJocko berkata…
points yg menarikkk...
pasni kawin awal la,,, amacam?
licha berkata…
betul jugak apa achik cakap tu. licha kenal tunang sekarang pun masa umo dah 20 tahun. baru start bercinta, kemudian tunang then nak kahwin dah.. hihi..
Tanpa Nama berkata…
hmm...untung siapa dapat acik ni..hehehe..nak jadi adik ipar akak tak?
ummiross berkata…
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, insyaAllah moga 'acik' dipertemukan jodoh bila tiba waktunya.

Anyway, best perkongsian 'acik' ni..
Unknown berkata…
hihi...cik akak terkena ye...
points adik tu cik akak suka sesangat..hihi
Khir Khalid berkata…
Subhanallah walhamdulillah.. semoga diri sentiasa terpelihara & dpt dipertemukan dgn teman hidup yg membawa kebahagiaan di dunia & akhirat.. aamiin..
Mizz Aiza berkata…
yang penting kita ada masa untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.. takde la 24 jam nak kena call dan jumpa si dia.. dosa pun dapat dielakkan.. bagus perkongsian ini acik.. akak setuju sangat..
Syed Wazien berkata…
SW pun tak pernah bercinta. Cuma bila tengah bosan tu ada lah sekali-sekala keluar jumpa orang lain-lain untuk casual flirting. Hehe.
Unknown berkata…
Sorry ye acik.... pada k idah bercinta tu tak salah... cumanya kita kena tau batas2nya... tak perlu la kena berjumpa setiap hari/minggu... dan melebih2 macam orang dah kawin plak kan...

pokonya kita sendiri yang perlu control segala perbuatan kita... kita yang perlu mencorakkan perhubungan bagaimana yang kita nak :D
dear anies berkata…
from my humble opinion... bercinta tu memerlukan kematangan dlm segenap segi. perkataan, perbuatan, tingkah laku. insya allah dgn kematangan kita dpt mengelak drpd perkara negatif / 'meloyakan' dlm bercinta...
PeRdU cINta berkata…
agama kita sangat indah..syumul..lengkap..semuanya diajar dan hanya terpulang pada kita mahu mengaplikasikan atau sebaiknya..cinta itu indah bila meletakkan rasa cinta pada Pencipta terlebih dulu..rasa rindu dan sayang itu hadiah pada hamba yang cerdik alam mengurus perasaannya..pasangan halal pun tetap terbatal wudhuk nya..apatah lagi yang belum punya ikatan sah yang halal..
Naz Al Yahya berkata…
kadang-kadang rasa ber taaruf lebih baik dari bercinta. then mengajak ke arah nikah itu lebih baik. apa2pun, istikharah kena jugak di lakukan
Unknown berkata…
Memang betul.. pengalaman yang bagus tuk dikongsikan bersama.
Bercouple boleh sebab memang kita Manusia diciptakan tuk bercouple.. Tapi ada had lajunya juga (batas)
Bukannya bila dah couple dapat lesen pengan itu ini or kawal semua benda nak arah beli yang suka. Bukankah couple selepas kahwin itu lebih indah.. dapat bonus pahala lagi. ^_^
Tanpa Nama berkata…
Bercinta lepas nikahlah lebih baik..semua yg acik ckp tu betul...

Buang masa je kalau org yg kita couple tu akhirnya bkn jodo kita....
Tetamu Istimewa berkata…
Insya-Allah, ada jodohnya nanti.
Embun Hidayah berkata…
Semoga ALLAH meredhai ap yg acik kongsi kn dlm blog acik . Terus kan menulis ! =D
Unknown berkata…
:) good job Achik... bila kita berkorban perasaan kita demi agama.. insyaAllah.. Allah akan beri kita pasangan yg boleh membahagiakan kita dunia & akhirat.. ain selalu memotivasikan diri sendiri yakini dgn janji Allah.. pnah gak rasa jeles tgk org2 kapel ni.. tp tu semua bisikan setan je tu.. moga2 Allah terus melindungi hati ini.
Affy Afiqah berkata…
lebih baik tingkatkan ibadah perbaiki diri, itu lebih baik kan acik :)

ika mungkin tak boleh menyinggah macam biasa, sangat busy, apa pun, ika doakan acik berjaya dan terus gigih dalam berblogging...semoga sentiasa dalam perlindungan Allah, insyaAllah... :)
Unknown berkata…
Saya tidak pernah bercouple langsung.. umur dh tua.. huhu..
Unknown berkata…
seumur hidup saya selama 31 tahun, saya tak pernah jatuh cinta dgn sesiapa atau keluar berkapel dgn mana2 lelaki. klu outing, saya lebih suka keluar dgn kakak saya,lebih selamat. pada saya, saya lebih percaya dgn jodoh yg Allah tentukan utk saya. syukur pada Allah,atas kurniaanNya,Dia telah tunjukkan saya siapa jodoh saya,rupanya dan kerjanya. melalui solat istikharah,gerak hati saya yakin yg lelaki tu jodoh saya. cuma kami terpisah seketika,saya berdoa semoga ada pertemuan lagi saya dgn dia sehingga kami diijabkabulkan nanti..