kes penderaan

Assalamualikum

Hampir setiap hari di paparkan di media massa mahupun media cetak tentang berita soal keselamatan, kes-kes penderaan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak. Kes-kes seperti ini merangkumi kes penderaan seksual dan fizikal seperti di pukul di rumah atau di tempat pengasuh, di abaikan, di culik dan di bunuh secara kejam. 

Manusia menjadi hilang pertimbangan apabila agama itu tidak di jadikan teras dalam kehidupan. Acik pernah lihat video yang menjadi "viral" di siarkan di laman youtube di mana pengasuh mendera kanak-kanak dan dan penderaan yang di lakukan terhadap kanak-kanak. Siapa lagi yang mahu membela nasib mereka jika kita sendiri yang sanggup melakukan macam tu terhadap mereka. 

Paling sedih apabila kanak-kanak usia 9,10 tahun di rogol tanpa belas kasihan. Selepas di rogol ada antara kes itu di bunuh dengan kejam. Budak kecil , yang tak berdosa, di perlakukan seperti itu , bayang jika anak kamu sendiri di lakukan macam gitu, kamu pasti tahu apa yang ibu bapa kanak-kanak itu rasa. Dan ada satu kes pembunuhan tiga adik beradik yang berusia 14,12 dan 3.Jika di fikirkan sebagai manusia biasa tidak tergamak untuk di lakukan hal-hal tersebut kepada kanak-kanak. Apabila nafsu serakah menguasai diri sampai sanggup buat seperti itu. 

Pendedahan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) bahawa hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun lalu dan sekurang-kurangnya 1,023 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac tahun ini cukup membimbangkan (tahun lepas 2013).-Sumber 

Kes-kes seperti ini berada di tahap membimbangkan , semua pihak harus mainkan peranan, ibu bapa, jiran tertangga, masyarakat, badan NGO dan mahupun pihak swasta.

Para blogger juga haruslah bersama-sama membantu terhadap kes-kes ini dalam memberi kesedaran. Bukan hanya menjadi kes-kes mereka untuk mendapatkan hit di blog sahaja.

Kalaulah para blogger sepakat , kita buat satu kempen di blog tentang kempen di alam maya tentang "Stop Child Abuse" alangkah bagusnya. Walaupun kita tak dapat membantu mangsa tetapi dengan penulisan kita mampu menghalang mereka yang mempunyai niat untuk melakukannya. 

Acik tak berniat untuk tulis panjang kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, masih lagi demam dan kepala masih lagi sakit. Minta maaf tidak dapat berkunjung ke blog kamu semua , jika keadaan semakin elok acik akan bertandang ke blog kamu.