Pengikut

Selasa, 21 Januari 2014

Sebab-Sebab Wanita Sudah Berkahwin Lebih Nampak Cepat Tua Dari Umurnya

perubahan umur

Assalamualaikum

Hari semalam acik selesaikan kerja-kerja yang tertangguh , alhamdulilah sudah selesai semua sekali walaupun lambat. Sedang berehat tiba-tiba terlihat seorang menuju ke arah acik. Ehh siapa tu ? 

Kak Katijah : Amboi dah tak kenal lagi ? nie akaklah kak katijah
Acik : Kak katijah yang mane ehh ? 
Kak Katijah : Sampai hati tak ingat akak, yang kerja domino dulu...
Acik : oooooo kak katijah.. minta maaf yer otak lambat nak process.
Kak katijah : hahahaha ingat pun, la buat apa di sini ? 
Acik : Acik ada kerja sikit kat sini , lamanya tak jumpa kak katijah.
Kak Katijah :  Acik sibuk tak ? meh lah kita berbual-bual sekejap
Acik : Boleh kak, itulah dah lama tak berbual sejak 2 tahun lepas.

Kami berbual panjang dan pelbagai pekara, tiba-tiba kak Katijah buka satu topik

Kak katijah : Acik tahu tak kenapa apabila wanita sudah kawin dia lebih nampak cepat tua dari umurnya? 
Acik : ermm acik tak tahulah kak, kenapa kak ? 
 Kak Katijah : Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi  nak tahu tak sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik lagi seperti dulu.

Kalau acik nak tahu kebiasaannya jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,sekaligus mengelakkan kita gemuk.Tetapi kasihan kaum ibu ini, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis, nak suapkan makan anak makan lagi. Bila masa makan, tiba-tiba anak terkencing dan sebagainya. Tapi segelintir suami layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar dan tak tahu anaknya menangis. Salah faktornya adalah mereka tak dapat menghadam makanan dengan betul maka boleh menyebabkan badan tidak sehat dan kemungkinan kegemukan dan terlalu kurus. 

Dulunya seorang wanita cantik dan langsing,tetapi apabila mengandung dan melahirkan, badan mereka berubah mengikut bentuk asal. Lemak sana sini, nak kurus bukan senang, semuanya perlukan masa yang lama dan duit. Badannya berubah mengikut keadaan semasa, lelaki tak rasa dan lalui. 

Selain itu,wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya takut membazir. Membazir itukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak.. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker tak akan nak hilangnya. Petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & tidur secukupnya.

Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya nak itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah dan bila marah-marah, banyak meleter dan tekanan. Tekanan dan marah-marah itu membuatkan ia kelihatan lebih tua.

Bukan semua, kaum ibu mampu seperti apa yang di paparkan di kaca tv untuk langsing dan cantik. Semuanya perlu kos yang tinggi dan modal. Memang ini bukan alasan seharusnya di jadikan tetapi ianya realiti yang berlaku.Akak harap sangat acik siarkan, bagitahu kepada para lelaki di luar sana. Lihatlah ,pengorbanan ibu dan isteri kamu berkorban apa sahaja untuk tidak kehilangan kamu.

Mudahnya boleh berkata "aku terima kau seadanya, tetapi ianya tidak mampu di aplikasi apa yang di perkatakan. Cakap mudah , laksanakan ? 

Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri kamu. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri kamu tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, kamu mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

Acik : Terdiam dan terpaku acik mendengarnya, kadang kala acik fikir betul juga. Mereka sanggup tak makan, kena beli pelbagai produk yang macam-macam untuk pastikan untuk dia kelihatan cantik di mata suaminya. Buka mata dan fikiran untuk renungankan kembali, sama-sama kita saling menghargai sesama jantina. Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

Share This!


38 ulasan:

  1. Baru kaum adam tahu.. Penat tau jadi 'isteri' T_T

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum acik. huwaaa sedih baca. sheila bakal umi-to-be. dah mula rasa penatnya, susahnya. tapi bersyukur sangat. Allah kurniakan suami yang baik. semoga suami2 diluar sana lebih memberi perhatian kepada isteri tersayang, tanpa isteri kalian. susah nak uruskan rumahtangga. so sama2 kena bersyukur ada teman hidup.. kan acik? (",)

    BalasPadam
  3. akak pulak kalau makanan yg mana tak habis dimkn oleh si anak
    tolak terus kat suami...hasilnya suami yg membesar,hihi
    badan&muka mmg kena jagakan...utk sapa lagi utk suami gak

    BalasPadam
  4. isteri juga suka kelihatan cantik sentiasa walau telah berusia tp mrk lbh pentingkan tugasan rumahtangga demi suami n anak2 tercinta sehingga xsempat memperhati keperluan diri sendiri...suami perlu bertolak ansur juga lagipun apalah makna kecantikan paras rupa berbanding kecantikan hatibudi...isteri yg dikahwini itulah yg akan mengongsi susahpayah suaminya, sakit demam suaminya sehingga akhir hayatnya...

    BalasPadam
  5. Hmm... Tgjwab suami mncntikan isteri... Rmai yg tak tahu tu.. Tahu komplen je.. Huhu

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum acik..nice entry..untuk kita semua ambil pengajaran..seorang lelaki tidah akan jatuh pun maruah atau martabatnya andai mengambil tugas isteri atau ringan tulang bantu isteri..sebaliknya isteri sangat bersyukur dan bangga ada suami sebegitu..andai kita ini benar benar menghayati Islam itu sendiri..ianya sangat lengkap.,, wahai suami,, wahai isteri..Dalilnya telah ada..hanya kita seolah segaja tidak mahu melaksana..

    BalasPadam
  7. sunggug besar pengorbanan seorg istri kan..

    BalasPadam
  8. Semangat seoarang Isteri dan seorang ibu :)

    BalasPadam
  9. Itulah isteri dan seorang ibu.. hargailah sementara berpeluang :)

    BalasPadam
  10. ade benarnya juga katak kak kathy tu..tanggungjawab seorang wanita sebenarnya sangat besar dan kekadang kita yang lelaki tak perasan...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  11. Berkahwin ni, jika betul-betul dihayati tanggungjawab masing-masing, memang mampu mematangkan seseorang. Tak kira lelaki or wanita, berkahwin memang mampu menjadikan diri kita lebih berusia dari usia sebenar.

    BalasPadam
  12. itulah realitinya acik . sis selalu habiskan mknn anak buah . alhamdulillah , tak gemuk lak ...

    BalasPadam
  13. realiti seorang wanita yg berkahwin. satu hari nanti buat Nad >.<

    BalasPadam
  14. Nice topik acik,memang betul lah kata kak katijah tu.suami tak tau tumsemua.yg tau pun buat2 tak tahu.

    BalasPadam
  15. betul tu..bantu lah meringankan beban..biarla sedikit :)

    BalasPadam
  16. Lelaki pun akan nampak berusia bila dah kahwin... :)
    Sayang pada isteri bukan sekadar pada rupa, tapi sifat dan dalaman itu lebih penting. Kalau sibuk nak jaga badan dan rupa jer...suami pun meluat, hehe

    BalasPadam
  17. Hargailah isteri walau apapun.. mmg besar pengorbanannya kpd keluarga. Ibu kpd anak2.. Thanks sharing Acik.. :)

    BalasPadam
  18. telah berdiri seorang lelaki yang bernama suami. alhamdulilah..dialah teman yg hebat, dialah juga helper di dapur tatkala diri ini sedang bergelumang dengan assgment. moga dia sentiasa jadi walid dan suami yang terbaik. moga allah sentiasa melimpahi rezeki buat helperku merangkap my other half.

    BalasPadam
  19. Kesian kaum wanita kan.. Bila dah ada anak semua dia yang uruskan.. Lelaki atau suami tak baik lah komplen tentang isteri.. sedangkan isteri dah banyak berkorban..

    BalasPadam
  20. ada betul juga kata kak kathy tu... hargailah pengorbanan seorang isteri..

    BalasPadam
  21. setuju sangat... walaupun xkahwin lg saya pun fikir mcm tu..cinta itu biarlah unconditional love.. syg tanpa sebab kerana bila semua sebab2 (cantik, hensem, kaya etc) tu hlg, adakah cinta itu juga akan hilang?

    BalasPadam
  22. kecantikan akan lenyap... kena ingat yang itu, apapun kecantikan semuanya akan dimamah usia...

    BalasPadam
  23. pasal tu org cakap kaum perempuan ni sangat istimewa.

    BalasPadam
  24. tiada yang kekal di dunia ini..cantik pun tak bawa ke mati..hanya amal dan iman jadi bekalan..

    BalasPadam
  25. Kalaula lelaki begitu memahami dn menghargai...hurmmmm.....

    BalasPadam
  26. Itulah nilai pergorbanan sorg wanita....

    BalasPadam
  27. lama tak kemari.. salam ziarah achik :)

    BalasPadam
  28. Hmmm..memang menyedihkan ya..salam Rabu acik!!!

    BalasPadam
  29. salam. nice sharing cik..sy bangga jadi seorang wanita hee ^^

    BalasPadam
  30. :D <--- nak senyum jer boleh tak... hehehe...

    BalasPadam
  31. oleh itu kepada para suami hargailah pengorbanan isteri anda..

    BalasPadam
  32. Yup..mcm Cik Dezz sendiri..kt ofiz tu ada 3org sebaya dgn Cik Dezz tp muka ada yg nmpk xberapa nk sebaya..mostly sebab uruskan anak2..

    BalasPadam
  33. Siapa yang tak sayang bini oiiiii! hehehehe

    BalasPadam
  34. memang betul....so hargai laa, jangan bila ada kurang sana sini, pastu nampak yang lebih cantik terus berubah hati...ingat, pengorbanan orang perempuan ni sangat banyak....semoga masing2 boleh buka mata, buka hati :))

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails