Pengikut

Isnin, 20 Januari 2014

10 Cara Mengatasi Dan Menangani Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

lelaki menangis


Assalamualaikum


Setiap manusia inginkan merasa keindahan dalam bercinta, mencintai orang yang sangat kita cintai dan memiliki cinta tersebut. Tetapi sayangnya selalu terjadi, kita mencintai seseorang itu tetapi dia tidak mencintai kita. Cinta itu bertepuk sebelah tangan ?

Itulah saat yang paling sangat menyakitkan ,tak kira sesiapa sahaja, cinta yang sekian lama terbina tetapi terputus di tengah jalan dan cinta tak di balas. Ramai yang bertanya dengan acik bagaimana untuk mengatasi cinta  mengatasi dan menangani jika berlaku cinta bertepuk sebelah tangan.Acik memang tak sokong kamu "couple" tapi untuk memberi semangat kamu yang telanjur mencintai dan sakit hati.

Pertama  : Tidak merasai pekara yang sama

Percaya bahawa dia tidak merasai apa yang kamu rasa, kerana dia tidak mencintai kamu sebagaimana kamu mencinta dia. Jadi ambillah tauladan apa yang berlaku untuk kamu behenti mencinta dia agar hati kamu tidak akan terlalu sakit.

Kedua :  Bersikap positif

Memang sakit jika cinta di tolak dan bertepuk sebelah tangan, positif bahawa dia bukan lelaki/ perempuan yang baik untuk kamu. Jangan biarkan perasaan kecewa itu membelenggu kamu sehinggakan kamu hilang arah dan "frust" menonggeng hanya kerana dia seseorang kamu rosakkan hidup kamu.

Ketiga :Belajar untuk menerima penolakkan

Dalam hidup ini tidak semua pekara yang mesti kita dapatkan apa yang kita suka, jadi jika ia berlaku kepada kamu belajarlah dan ambil iktibar bahawa kadang kala setiap pekara yang kita suka dan cintai itu tak semesti harus memilik. Cukuplah kita dapat merasai walaupun ia tidak terbalas, setiap manusia ada pilihan mereka tersendiri. Jadi belajarlah untuk menerimanya dan redha. 

Keempat : Ambil masa untuk diri kamu

Memang benar melupakan seseorang yang pernah kita cinta itu bukan senang . Ambillah masa untuk kamu tenangkan diri kamu mahupun cubalah menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan ahli keluarga untuk merasakan diri kamu juga ada yang sayang.

Kelima : Fokus apa yang akan datang.

Tak akan sebab cinta tak terbalas bermakna kamu loser ? "come on" bangun !! dan sedar ,fokus apa yang lebih penting dalam hidup kamu berbanding dengan memikirkan soal remeh temeh seperti itu. Lihat sekeliling ada tidak orang yang selalu mengambil berat tentang kamu? Jika ada hargailah

Keenam : Jangan mengingati dia 

Satu pekara penting, jangan memikir dia dan mengingatinya dalam percakapan seharian-harian kamu. Memang tak semudah itu tetapi cubalah dan berusaha kerana soal hati memang agak "complicated" 

Ketujuh : Berdoa kepada Allah

Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah)

Sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah bahawa pulihkan hati kamu dan jumpalah seseorang yang lebih baik dari dia.

Kelapan : Sebenarnya dia orang yang rugi

Percayalah bahawa dia sebenarnya orang yang rugi kerana menolak orang yang menyayangi dia dan untuk apa menangis untuk seseorang yang tak hargai kamu ? tanyalah pada diri kamu ? kenapa perlu bersedih untuk dia ? sedangkan dia tak pernah memikirkan kamu ? 

Kesembilan : Sibukkan diri

Sibukkanlah diri kamu dengan pekara yang kamu suka seperti hobi kamu dan aktiviti harian kamu,. Jangan terlalu memikirkannya. Ia dapat mengalih perhatiaan kamu dari dia.

Kesepuluh :  Jangan terus menyalah diri kamu

Jangan rasa dia adalah yang terbaik dan kamu adalah "loser" , malu untuk berjumpa dengan orang lain. Seharusnya kamu harus bangga kerana kamu bersikap jujur dan berani memberitahu perasaan kamu. Jadi seharusnya lebih semangat untuk mencari bakal isteri/suami dan tidak memikirkan tentang "couple".

Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)

Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120) 

Acik hanya menaip sekadarnya, memang sakit jika cinta kita di tolak dan tak hargai. Tetapi untuk apa kamu terlalu lama bersedih ? sedangkan Allah telahpun sediakan seseorang untuk kamu. Cuma belum kamu temui dan masa yang belum sesuai untuk kamu bertemu dengan seseorang itu. Dia tak pernah kecewa kita hanya kadang kala kita yang terlalu mengharapkan lebih tetapi usaha kita tidak seperti apa yang kita harapkan. 

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)

Jangan membuang masa bersedih hanya kerana sesorang itu sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian. Kita harus perlu sentiasa teguh di atas Perintah Allah . Dan acik minta maaf kerana tak sempat nak blogwalking kerana sekarang acik dalam misi dan kekangan masa, jika ada masa nanti pasti acik akan datang ke blog kamu.

Share This!


35 ulasan:

  1. Assalamualaikum acik. hehe dulu la pernah kena reject sekali. haha tension gila time tu. terus tanak jumpa orang tu. alhamdullilah, rupanya lepas kena reject terus kena jodoh baru. dah selamat nikah pun. alhamdullilah ada hikmah semua yang terjadi. hehehe. rugilah siapa2 yang sampai nak terjun bangunan sebab putus cinta kan.

    BalasPadam
  2. thanks acik KH mmg tgh frusn tonggeng nie macam timing betul ja entri nie

    BalasPadam
  3. Betul tu Acik.. Setuju.. Tertarik dengan point 'bersikap positif'. Barang yg lepas, jangan dikenang... chewah... Be positif... :)

    BalasPadam
  4. cam lagu aliff satar tu plak
    entah apa title dia...hehe
    betul tu, yang penting postif
    bukan semua yang kita nak, boleh dapat
    tak gitu =)

    BalasPadam
  5. Setuju sangat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ada pasangan yang lebih baik menanti :D

    BalasPadam
  6. thanks bro for the tips..boleh laa aku buat assesement bila mengorat awek nanti utk mengatasi cinta bertepuk sebelah tangan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. kawin cpt2 bro.. habis masalah brtepuk sebelah tangan ni.. heheheh

    BalasPadam
  8. thanks acik...perkongsian yg baik..:D

    BalasPadam
  9. thanks sharing acik..selalu berfikiran positif la kan..dan redha dgn qada dan qadar..terima hakikat mmg perit..hehe

    BalasPadam
  10. perkongsian yang membuatkan Nad berfikir sejenak heeee

    BalasPadam
  11. Perkongsian yg sgt baik Acik.. redha di atas qada & qadar tu mmg sgt perlu.. walaupun pahit utk diterima. Semoga diberi ketabahan kod mereka yg mengalami permasalah dlm percintaan.. bukan mudah utk melupakan & semoga mereka tabah, in shaa Allah..

    BalasPadam
  12. terima kasih atas nasihat ini :)

    BalasPadam
  13. putus cinta bukan putus nyawa....

    BalasPadam
  14. perkongsian yg bermanfaat acik
    betul tu bila diserang cinta kita mudah lupa
    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum..
    ehe..syukur akak tak pernah bertepuk sblh tangan..
    tapi..apap apa pun kembalilah pada Allah..mungkin belom sampai jodohnya...dan Allah temukan org yg salah untuk temukan kita dengan yang betol betol jodoh kita..mg yg belom bertemu jodoh akan bertemu thn ini...amin

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum acik..entry best..redha..apa pun yang berlaku redha..tabahkan hati dan yakin pada Allah..bangkit semula,, kuatkan semangat kerana Allah sentiasa bersama orang yang sentiasa bersabar..jodoh terbaik sedang menanti..

    BalasPadam
  17. setuju dgn acik.. masih ada lg org yg lebih baik utk diri kita. jangan sedih2 sebab org yg tolak kita. hurm..

    BalasPadam
  18. Chill k..kalau ada yang bertepuk sebelah tang..sure ada yang lebih baik...

    BalasPadam
  19. jangan risau kalau jodoh pasti kan menjadi milik..layan lagu afgan..jodoh pasti ketgemu.. =))

    BalasPadam
  20. nice tip bro.. selalu bersikap positif :)

    BalasPadam
  21. terbaik acikkk tq2 sangat2 membantu insyallah jadi lebih kuat.. aminnn

    BalasPadam
  22. bagus tips untuk menangani cinta bertepuk sebelah tangan ini.. apa-apa pun kenaterus tabah..

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah,Memang ramai yang btpuk sbelah tangvan.. tapi bila fikir jodoh sdah ckup jika dserahkan kpada Allah dengan usaha yang betepatan.. In Shaa Allah..

    BalasPadam
  24. Insyaallah achik..thanks ye :)

    BalasPadam
  25. Thanks acik....cinta di satu pihak umpama racun krn penawarnya hanya ada di satu pihak yg lain..kalau tidak berbalas,maka rosak binasalah diri kerana tiada penawarnya...thanks sbb dah kongsikan penwar2 di sini ye acik....

    BalasPadam
  26. salam. huhuhuhu terasa sedihnya..

    BalasPadam
  27. Hidup ini telah tuhan jadikan berpasang-pasangan. Jadi, kita sebagai hambanya perlulah reda dengan qada dan qadar yang Maha Esa.

    BalasPadam
  28. setuju dengan points yang acik sertakan....apa pun kena kuat....kena tabah...dan set in mind, bukan jodoh kita, and kita akan dapat lebih baik dr dia yang tinggalkan kita..insyaAllah, Allah lebih Mengetahui kan :)

    BalasPadam
  29. acik2 bukak pntu....nana dh nk blik 2..pukol1

    BalasPadam
  30. memang apa yg penting berfikiran positif, semoga Allah dapat gantikan yang dulu lebih baek drp sakrang kan :)

    BalasPadam
  31. terharu baca tips ni. .:( hope tips ni membantu sy

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails