Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Membuat Tuduhan Melulu Jika Tiada Bukti Yang Kukuh

tuduhan

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini , ucaplah syukur ke hadratnya. Setelah pelbagai pekara yang mendatang dalam hidup ini ada suka, ada duka dan membuatkan diri ini lebih mengerti serba sedikit tentang kehidupan. Dalam hidup ini kita tidak boleh mengambil keputusan yang terburu-buru lagi-lagi pekara penting.

Beberapa hari yang lepas acik dapat pengajaran yang cukup bermakna dalam kehidupan ini. Pada mulanya terdapat satu kes kecurian di sebuah kawasan ( di rahsiakan tempatnya) memang habis barang orang kampung di ambilnya, bukan sebuah rumah tetapi beberapa rumah dalam seminggu. Puas cari tahu siapakah orangnya yang melakukan semua ini ? 

Ada seorang pak cik ini bersungguh-sungguh ingin mencari tahu siapa pencurinya kerana rumahnya paling banyak barang di curi. Jadi pergilah dia mencari dukun sini sana untuk mengetahui siapakah pencuri itu. Dia pergi berjumpa 3 orang dukun dan 3 orang dukun itu berkata pekara yang sama. Dia kata budak yang curi itu adalah Si A ini. Dan dengan yakin dan pastinya pak cik ini pun telah mengambul sebulat suara untuk mengatakan si A inilah pelakunya. 

Lalu di ajaknya orang kampung untuk tangkap si A untuk di bawa ke balai polis untuk mendakwa. Si A menafikan sekerasnya-kerasnya dan di serahkan diri pada Allah sahaja atas perihal ini. Pak Cik itu sekeras kepada polis bahawa dia ada bukti yang kukuh untuk dakwa si A ini. 

Lepas itu, Si A di tahan untuk soal siasat, tetapi kes curi masih lagi berlaku di kampung tersebut. Ada orang kata dia nampak pencurinya dan katanya pencuri itu orang kampung di situ juga. Satu malam itu mereka berjaga di kampung untuk mengetahui tetapi malangnya tidak dapat. 

Yang paling sadis pak cik tersebut menghasut orang kampung untuk memulaukan keluarga si A yang di tuduh. Katanya tak pandai menjaga anak sehinggakan anak menjadi orang tak berguna.

Lepas sebulan senyap kini pencuri itu kembali lagi dan terdapat kes pecah rumah lagi. Dan satu kampung tekad untuk membuat solat hajat dan bacaan yasin untuk mengetahui. Akhirnya terbongkar apabila satu hari pencurinya di dapat di tangkap kerana dia ingin memecah masuk rumah orang kaya dan rumah orang kaya itu ada alarm dan CCTV. 

Tahukah kamu siapa pencurinya ? pencurinya adalah 3 adik beradik dan merupakan anak pak cik yang duk menuduh orang lain itu. Pak cik itu sangat terkejut kerana anak-anak mereka beritahu mereka mempunyai syarikat sendiri di bandar sana. 3 dukun yang pak cik itu pergi adalah orang upahan anak-anaknya untuk mengkaburi orang kampung.

Moral of story , jangan mudah menuduh orang lain tanpa bukti yang kukuh. Selain itu juga, jangan percaya pada dukun dan mensyirikkan Allah, berdoa dan bergantung harap pada Allah. Kita tak ada hak untuk kata siapa yang bersalah jika tiada bukti yang sahih. Andai tuduhan kita salah,bukankan satu tuduhan yang tak berasas ? jadi fikir-fikirkanlah. 

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah  terlalu banyak seronok,  terlalu mewah,  menghimpun harta sebanyak mungkin,  tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,  saling memarahi,  hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Hadith Riwayat Al-Hakim).

Catat Ulasan

29 Ulasan

ANIM berkata…
kesian yang tak bersalah...
doa orang dizalimi ni tanpa hijab acik..tu sebab terbongkar juga akhirnya
Unknown berkata…
Kesian kt pakcik tu kena tipu kt anaknya sendiri..
Unknown berkata…
aah...x baik suka menuduh kan acik. kena disiasat dgn teliti. bukan dgn bomoh tp khidmat polis. kang x pasal2 keluarga sendiri yg terkena.
kesian yg kena tuduh tu
Asha Lya berkata…
tak elok nak tuduh org sembarangan tanpa ada usul periksa..kesian yang menjadi mangsa keadaan
sifat manusia zaman sekarang kebanyakkan memang suka tuduh melulu tanpa usul periksa ataupun tak tau kisah sebenar..apa yang mereka buat adalah tuduhan dari emosi diri sendiri yang tak stabil dan demi memuaskan rasa sendiri, memang ramai manusia yang macam ni zaman sekarang acik...akibat gagal mengawal emosi sendiri, orang lain yang menjadi mangsa emosi tak stabil dia tu...
YunFila berkata…
Harap-harap pakcik itu dah insaf dengan kesilapan melulunya ^__^
Shahrul Yusof berkata…
Tuduh menuduh ni bahaya dalam hidup bermasyarakat. Walaupun orang tidak bersalah dapat membuktikan dirinya bersih, namun ia sedikit sebanyak telah mencalarkan kredibiliti orang yang dituduh serta menghakis kepercayaan sesama anggota masyarakat.
PCL berkata…
Bohmau la tuh.., pakcik tu mudah diperdaya...apa nak kata bila da terkena kat keluarga sendiri..
Sally Samsaiman berkata…
semoga pakcik tu insaf...bahaya kalau kita memfitnah org...takut jauh daripada syurga.. :(
Unknown berkata…
cerita betul ke ni? wahhh.. x sangka licik btul.. nasib baik pesalah sebenar dpt ditangkap
Unknown berkata…
Bok pdan mukanya haha.
Tu lah kata org kuman seberang laut leh nampak.
Gajah depan mata tak boleh nak lihat haha.
Ainim Rashihah berkata…
Dunia akhir zaman. Tuduh menuduh tu dah jadi makanan
Khir Khalid berkata…
Tulah.. tuduh menuduh ni bolih jadi satu penganiayaan kpd yg tak bersalah.. org2 yg teraniaya ni doa dia makbul. Periksa dahulu agar tiada siapa yg teraniaya... perkongsian yg membuka minda kpd kita semua agar tidak tergolong dikalangan org2 yg suka menganiaya (menuduh) tanpa sedar.. T kasih Acik..
Fiza Aizzawa berkata…
kesian kan org yg dituduh.. jatuh maruah.. padahal tak buat.. memang kene siasat..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum..achik,

terima kasih entry nie,.. bagus, nice sharing suka baca. Moga achik berjaya award blogger nanti k.

mselim3
Mizz Aiza berkata…
ini kisah benar ke acik? sepatutnya pak cik itu berserah kepada Allah, bukannya meminta tolong pada dukun.. jangan menuduh orang tanpa menyiasat, akhirnya terkena ke batang hidung dsendiri.. semoga menjadi ikhtibar kepada kita semua..
Blog Santai berkata…
Hmm..jangan tuduh-tuduh kan acik..kesian yang tak bersalah..
Maria Firdz berkata…
Mnusia mmg suka berprasangka buruk dahulu sblum.menyiasat..
sitirohaida berkata…
kesan dari tuduhan melulu tu,memalukan diri sendir jugak..
Lieya Von Jay berkata…
alahai .. dok sibok mengaib kan org lain . last seniri yang terkena
Unknown berkata…
Pergi dukun?? errmm.. sudah sesat... lagi menyesatkan...
Kesian Pakcik tu...
chihiromia berkata…
jangan mempercayai sesuatu perkara tanpa bukti yang nyata-socrates
Tanpa Nama berkata…
Pastikan betul2 sahih atau tidak..
Unknown berkata…
Agree, we cannot simply accuse people without any evidence.
mudah-mudahan dijauhkan dari penyakit2 tersebut..
randomlyally berkata…
hmm..didunia dah dapat balasan..ye pakcik...
moga jadi pengajaran...
Unknown berkata…
Ssungguh ny harta dunia mampu mjadikn mnusia bmusuhan.. lg2 manusia yg lemah iman ny. Ttutup pintu hati ny ntuk berusaha dan mgunakan jalan singkat ntuk mperoleh kkayaan.
Tetamu Istimewa berkata…
Kes aniaya inilah yang ditakuti. Kadang-kadang yang tak bersalah jadi mangsanya.