Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Tauladan : Sebenarnya Aku Terpesona Dengan Matamu Yang Cantik Itu

mata paling cantik di dunia
Assalamualaikum 

Hari nie sungguh acik resah memikir sesuatu dan puas selami acik cari cerita ini sejak dari dulu, dulu acik tahu dari ustaz dan acik cari dari buku tapi puas acik tanya orang di kedai -kedai buku semuanya geleng kepala. Dan alhamdulilah hari nie dapat juga acik mencari Kisah yang membuatkan acik menagis semasa darjah 6. Kisah ini yang telah membuka mata acik tentang padangan acik untuk memikirkan betapa lemahnya iman kita.




Cantik itu pasti subjektif tapi ramai orang yang hendak sesuatu yang cantik. Ingin juga memiliki seseorang yang bagaikan bidadari, lihatlah dari lagu, novel dan mane-mane mesti inginkan kecantikan.Seperti islam juga adalah sesuatu yang bersih,suci dan cantik.

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, 

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

acik pernah terbaca kisah ni dulu, tapi tidak pasti keseluruhan kisah ini . Lepas minta dari seorang ustaz ini ceritakan dapat la jumpa semula kisah ni. Memang mula-mula baca tu suatu ketika dulu, acik terkaku & terperanjat! Terasa terlalu lemah iman didada kalau dibandingkan dengan wanita didalam kisah ini. Semoga boleh dijadikan teladan kepada semua dalam hal menjaga peribadi dan akhlak sebagai Muslim/Muslimah.

Kisah Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan. Beliau sangat suka memakai pakaian yang bagus-bagus dan suka berjalan disekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang berjalan-jalan dia melihat seorang wanita berpurdah. Mata wanita itu sangat cantik dan menarik perhatiannya. Lalu dia mengikuti gadis itu dari belakang.

Wanita itu yang baru menyedari diikuti lalu menoleh ke belakang lalu berkata, 

“Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?”

“Kepada siapa aku harus malu?” Tanya Hasan Basri kembali.

“Malulah kepada Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui mata yang berkhianat dan mengetahui apa sahaja yang ada dalam hati” jawab wanita cantik itu.

Hasan Basri semakin tertarik kepada wanita tersebut dan timbullah rasa cinta dalam hatinya serta tidak dapat menahan nafsu. Lalu dia terus sahaja mengikuti wanita tersebut berjalan.


Melihat dia terus diekori, wanita itu berkata lagi, “Mengapa kamu terus mengikutiku?”

Hasan Basri berkata,”Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu.”

Mendengar jawapan itu wanita ini berkata, “Baiklah, kerana kamu menyukai mataku ini,tunggu sebentar disini. Aku akan beri apa yang kamu inginkan”. Kemudian dia berlalu pergi.

Hasan Basri sangat gembira dan menunggu-nunggu kedatangan wanita tersebut.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang pembantu menghampiri Hasan Basri dan menyerahkan sebuah kotak yang tertutup rapat. Lalu hasan Basri membuka kotak tersebut. Betapa terkejutnya Hasan Basri melihat isi kotak tersebut ternyata sepasang biji mata!

“Tuan putriku berkata dia tidak memerlukan mata yang meyebabkan terpesonanya seseorang seperti tuan”, kata pembantu itu.

Gementarlah seluruh tubuh Hasan basri dan berdiri bulu romanya saat mendengar kata-kata pembantu itu, lalu iapun memegang jantungnya sendiri dan berbisik, “Celaka betul kamu ini, sudah berjanggut tapi tak punya rasa malu!”

Setelah menyedari kesalahannya itu, maka dia pulang ke rumah dan menangis semalaman kerana menyesali segala perbuatannya itu. Keesokan hari Hasan Basri pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf. Tetapi ketika sampai dia mendengar suara wanita-wanita menangis, dan bertanya apa yang terjadi. Dan diberitahu bahawa ada yang meninggal kerana mencongkel kedua matanya.

Hasan Basri kembali ke rumah dan menangis selama 3 hari 3 malam dan menyesali segala perbuatan dan kelemahan imannya. Dia bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi menjadi lelaki yang tidak sopan.

Pada malam yang ke-3, Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut, dan melihat wanita itu telah berada di syurga. Lalu Hasan Basri berkata,”wahai wanita solehah, maafkan kesalahanku terhadapmu” Wanita itu menjawab,”sebetulnya aku telah memaafkan kamu sejak dulu dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah s.w.t disebabkan kamu.”

Setelah Hasan Basri mendengar pengakuan dari wanita itu, dia memohon nasihat yang baik.

“Dengarlah nasihatku ini; Apabila kamu sendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah s.w.t setiap pagi dan petang, mohon ampun dan bertaubatlah kepadanya.

Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala nasihat wanita itu, sehingga dia mashur dengan ketaqwaannya dan ketaatannya kepada Allah serta mendapat darjat yang mulia di sisi Allah serta menjadi wali kekasih Allah.
 
Seorang wanita rela mencungkil matanya disebabkan hanya kerana takut menjadi bahan fitnah, namun sekarang wanita berlumba-lumba mempamerkan dan menunjukkan aurat mereka yang seharusnya dijaga dan ditutup.

Wahai saudaraku tutuplah auratmu sebab yang akan melihat auratmu itu adalah mereka yang ingin merosakkanmu dan bukan yang hendak menjagamu. Apabila seseorang memandang dengan penuh nafsu, sesungguhnya pandangan itu disertai syaitan. Tidak akan rugi seorang wanita jika menutup auratnya melainkan dia akan mendapat pahala disisi Allah s.w.t, Inshaa Allah ia akan selamat dari segala macam fitnah.

Demikian kisah hebat seorang wanita yang terlalu takut kepada Allah. Beliau bukan hanya tahu bercakap sahaja tentang ingin menjaga kesucian Islam, tetapi benar-benar menterjemahkannya kedalam bentuk akhlak dan perbuatan. Aurat yang wajib ditutup telah ditutup rapi..sehingga hanya menampakkan 2 biji mata.

Tetapi bila seorang lelaki asing jatuh hati hanya dengan melihat mata beliau pun, beliau sanggup memberi matanya kerana takut dengan dosa. Tapi harap-harap tak perlulah sampai kita kena mencungkil biji mata! Hehehe.. Cuma janganlah berlebih-lebih sangat bersolek untuk keluar rumah tu. Atau melampau sangat menempek wajah sendiri di facebook atau laman-laman web lain. Apalah yang tinggal untuk suami/bakal suami kalau semua lelaki lain boleh tengok bila-bila masa dengan percuma? Macam-macam yang mereka boleh bayangkan atau buat dengan melihat foto-foto tu. 

Dalam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
 

Pedoman di sini jika haruslah menjaga pergaulan dan adab antara lelaki dan perempuan, bukan semua benda boleh di permainkan. Jika kamu menjaganya samalah seperti kamu menjaga ada harga diri kamu. ok la sampai sini dulu adios :)
 
 

Catat Ulasan

29 Ulasan

Asha Lya berkata…
insyallah jaga batas pergaulan..thank's acik atas prkongsian..menabung cne inti
Cik Itah berkata…
salam. subhanallah~first time terbaca cerita pasal ni..thanks share acik :)
angin sepoi sepoi berkata…
zinnirah.. subhanAllah.. perkongsian yg baik di hari Jumaat :)
Yana Yani berkata…
akak pun first time baca kisah ni acik
terima kasih untuk perkongsian ni
muhasabah diri jab
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. Subhanallah. tersentuh hati sheila baca ni. terima kasih banyak acik sudi berkongsi kisah yang penuh dengan pengisian dan pengajaran berguna. semoga sama-sama kita semua memelihara anugerah yang dikurniakan Allah SWT...
Isya berkata…
dah pernah dengar ceriat ni dulu dpd seorang ustaz.. sgt2 terkejut bila tahu prmpuan tu sggup mencungkil matanya .
Noorkhuzieen berkata…
Pernah dengar cerita ni papepun memang kasi pengajarn yang baik
Tetamu Istimewa berkata…
Saya juga pertama kali membaca kisah ni. Terima kasih acik kerana sudi berkongsi.
BinMuhammad berkata…
Pengajaran amat berguna buat kita semua. Semoga jangan sampai mata membutakan kita. Jagalah anugerah Allah sebaik2nya...
KamilSalleh berkata…
Dengan cerita ini sedikit sebanyak menyedarkan ibubapa, anak2 perempuan, anak2 lelaki agar menjaga kehormatan diri, aurat dan segalannya agar Allah Taala tidak membenci kamu. Ya Allah piliharalah keluarga ku daripada fitnah dunia.
sobri yaacob berkata…
subhanallah ..salam jumat acik :P
randomlyally berkata…
Terima kasih atas perkongsian dan pesanan, acik..
subhanallah.. pernah terbaca kisah ini dulu, tapi tak ingat kesudahannya..
licha berkata…
pernah baca pasal kisah ini.. hmm.. :(
Unknown berkata…
Cantik itu pinjaman.
Hargai lah selagi menjadi persinggahan milik kita.
Unknown berkata…
kerana cintaNya pd Allah, menjaga kehormatannya.
acik dlm kisah ni kan. nak tanye. mencungkil mata kan mendera fizikal bdn kita. hingga mendatangkan kecederaan yg serius. dlm islam kita x disuruh mencederakan diri kita. ermmm...konpius kejap.. mcm mana erk?
Unknown berkata…
tak pernah dengar pasal kisah nie... t.kasih acik kerana sudi berkongsi...
Unknown berkata…
Munirah nak cungkil mata juga lah.. haha
nice sharing.. Salam Jumaat :)
Akupenghibur.com berkata…
cerita ini menunjukkan takutnya di fitnah.. tetapi janganlah buat seperti itu ..di sebuah kisah untuk kesedaran kita
Akupenghibur.com berkata…
ishhh jangan sampai cungkil mata... bahaya tu.. ambil intipati cerita ini..(kesedaran)
Tanpa Nama berkata…
Pernah baca kisah ini..sangat menginsafkan.
Azwar Syuhada berkata…
Subhanallah, thanks for sharing cerita ni acik! sangat tersentuh, kesian wanita tu.. :/
Khir Khalid berkata…
Allahuakbar... sungguh menginsafkan.. pengorbanan yg sgt mulia demi mengelakkan keburukan di mata Yg Maha Pencipta.. subhanallah...
anamizu berkata…
subhanallah. sampai camtu sekali wanita zmn itu menjaga maruah.
zmn skrg ni lain pulak kesahnya kan Acik.
TQ acik kongsi kisah ni. byk pengajarannya :)
Maria Firdz berkata…
Hebat iman wanita itu... Huhu... Muhasabah diri...
Tanpa Nama berkata…
Allahhuakhbar...

Terkedu akak bc kisah ni acik..selalu juga org kt suka dgn mata akak..akakoun apalagi,meleret senyum..siap boh celak dgn niat utk nmpk lebih galak bkn krn sunnah.....kena byk beristighfar nih
Unknown berkata…
sungguh dia mencari keredaan Nya serta syurga ...
Unknown berkata…
Itu lah kecantikan yg hakiki..cntik bukan sekdar paras rupa tp kcntikan dr segi akhlak nya.. subhanallah.. benar2 mberi kesan kpd zara dan moga jg kpd pbaca yg lain.. zara xpena dgr cerita ni dan ini lah kali ptama zara baca..
emmm betul kisah ni....mcm tak logic
if betul...then nanti org bukan islam dgr ...mcm islam ni utk bunuh diri
ada lelaki tgk seorg wanita dgn berahi, then wanita tu cucuk mata dan masuk syurga
senang nya masuk syurga
kan ada hadis nabi tgk wanita lalu yg cantik dan nabi pergi mencari isterinya
or nape dia tak pergi jer kawin dgn pempuan tu...tak pahammm

mohon share sources yer