cara memujuk lelaki

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kehadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Selepas kejayaan entri berkaitan apabila perempuan merajuk dan atas pemintaan ramai acik akan berikan sedikit tips bila lelaki pula merajuk. Secara jujurnya memang susah nak tengok lelaki merajuk, tapi sekali dah merajuk ,amik kau lama tu .

Kalau perempuan merajuk kita rasa comel sahaja, tetapi kalau lelaki merajuk ? Fikir-fikirlah sendiri, tips ini acik dapatkan dari hasil membuat pantauan dan bertanyakan kepada yang pakar untuk memujuk lelaki merajuk. 

Pertama : Berikan masa dan ruang 

Apabila konflik tercetus, jangan terus datang pada dia dan untuk memberitahu segalanya. Malah nanti akan jadi lebih teruk dan bila beremosi mungkin perkataan-perkataan yang tak di ingin akan keluar. Maka berikan dia ruang dan masa untuk dia fikirkan permasalahannya.

Kedua : Masakkan Makanan Kegemarannya

Ada sesetengah lelaki memang suka pada makanan , macam acik ehh. Ketika inilah kamu boleh masakan makanan kegemaran dia dan menunjukkan rasa prihatin kamu dan kesungguhan kamu dalam memujuk dia. Kalau dia menolak makanan itu , maka pandai-pandailah buat ayat, contohnya " yelah penat saya masak untuk awak, awak tak nak rasa ke ? sedap nie " 

Ketiga : Hantar surat kepadanya

Hantar surat ? mesti ramai yang tak faham , ketika ini mungkin segala mesej kamu, segala telefon kamu tidak akan di jawab. Maka gunakan cara alternatif dengan menulis surat kepadanya, tulislah yang kamu minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku. Sekurangnya kamu sudah ada usaha. 

Keempat : Buatkan Kejutan untuknya

Kejutan ini bermaksud pekara-pekara yang dia suka, contohnya dia suka bola sepak, apa kata kamu ajak tengok perlawanan bola sepak dengannya. Kalau dia suka rock climbing , maka pergilah dengannya. Tunjukkan rasa keikhlasan kamu ,moga-moga dia akan cepat reda merajuknya.

Kelima : Mengakui kesalahan kamu dan janji tak buat lagi.

Kadang kala lelaki nak tengok sejauh mana kejujuran kamu, tak salah kalau kamu minta maaf tetapi jangan terlalu mendesak dan memaksa. Yang pastinya kamu perlu janji jangan buat pekara yang dia tak suka. 

Keenam :  Mencari punca dan mengalah Sedikit

Sebagaimana kamu ketahui ,carilah punca kenapa masalah ini terus terjadi. Maka mengalahlah sedikit, tunjukkan rasa prihatian kamu dan bertolak ansur. Kadang kala pekara remeh temeh , jadi mengalah tak bererti kalah, berikan dia peluang

Ketujuh : Merajuk Balik

Semua cara dah buat tapi tak berkesan, maka merajuklah balik, mesti dia tak sampai hati punya. Mesti tak akan merajuk lama-lama.

Ini hanya sekadar sahaja, lain orang lain caranya. Acik berikan sedikit tips kepada sesiapa sahaja . Harap ianya dapat membantu, tapi jangan buat tak tahu, nanti menyesal kemudian hari kalau di madukan. Hehehe

Baca Entri Yang Berkaitan 


>>>>>> Cara Memujuk Apabila Perempuan Merajuk

>>>>>>Apabila bakal isteri tak pandai masak ?
>>>>>>Pekara yang lelaki peka tentang perempuan  
>>>>>> Perempuan perlu tahu tanda-tanda lelaki merajuk