Assalamualaikum
"Dimana ada kemahuan di situ pasti ada jalan ", rezeki tak akan datang bergolek tanpa usaha dari kita. Inilah antara ungkapan-ungkapan sesuai yang boleh ditujukan kepada seorang graduan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) ini .Sekalung tahniah acik ucapkan kepada Aqilah Syahira Ahmad iaitu
junior acik di Politeknik merlimau melaka kerana menjadi pelajar
cemerlang semasa di konvokyen yang di adakan baru-baru ini.
Walaupun fizikilnya tidak sempurna seperti insan lain, namun itu bukan
alasan untuk menjadi orang yang berjaya. Beliau adalah satu-satunya
insan istimewa yang acik kenali mampu menangkis segala persepsi orang terhadapnya.
Sepanjang acik mengenali beliau, beliau seorang yang sangat tabah, aktif dalam menyertai apa jua aktiviti yang di anjurkan serta memberikan komitmen yang terbaik. Beliau merupakan salah seorang ahli PRSP (Pembimbing rakan siswa Politeknik) yang membantu sesama insani dalam memberikan motivasi kepada rakan sebaya dan mahupun kepada mereka yang memerlukan kekuatan.
Anak kesepuluh dari tiga belas adik beradik ini juga aktif dalam permainan catur dan antara kejayaan di perolehi ialah :
Asean para games KL (2009) (1 emas, 1 perak )
Asian amateur Open anf Woman Chess Championship (2011)
Asian youth para games KL (2013) (1emas, 1 perak)
Asean para games myanmar (2014) (1 gangsa
Kekurangannya yang ada padanya bukan penghalang, malah kadang kala acik rasakan beliau seperti yang lain. Jika apa jua aktiviti yang di adakan tidak pernah kata tidak untuk sertai walaupun aktiviti itu sukar. Itulah semangat yang di tunjukkan.Kejayaan yang beliau hadapi hari ini sebenarnya menjadi pembakar semangat kepada yang lain. Setiap insan di berikan peluang dan kesempatan yang penting jangan pernah putus asa.
Alhamdulilah sekali lagi tahniah !! dan semoga aqilah berjaya di masa hadapan, abaikan tanggapan orang terhadap orang qila. Qila dah buktikan kejayaan itu milik siapa saje bagi mereka yang berusaha.
27 ulasan:
Tak semestinya pelajar seperti Aqila tak boleh nak berjaya kan..yang penting semangat dan usaha untuk mengecapi kecemerlangan tu ada...Insyallah...cerah masa depan...Tahniah untuk Aqilah..
Comel orangnya :) kekurangan bukanlah halangan utk kita berjaya
alhamdulillah dan tahniah kepada beliau.. ternyata beliau telah membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk beliau berjaya seperti insan yang lain..
Tahniah buat beliau :)
NEW ENTRY UPDATED : FINALY,IM BACK
Tahniah, moga kejayaan yang dikecapi berterusan dari dunia hingga ke akhirat.
Tahniah buat adik Aqilah...
Kekurangan bukan penghalang untuk kita berjaya...
kekurangan merupakan motivasi dan guru yang hebat dalam setiap apa yang kita ingin...
semoga adik sentiasa sukses dalam pelajaran...
Alhamdulillah suka tgk kejayaan dia :)
Kita semua tiada beza....yang penting usaha, dan keinganan kita untuk berjaya...Alhamdulillah...sy tumpang gembira...
Alhamdulillah tak semua orang punya semangat juang seperti dia..Moga adik qila terus berjaya...
Terbaik. Alhamdulillah. Semoga jadi inspirasi untuk orang lain.
Ikhlas,
profhariz.com
Tahniah... semoga beliau terus berjaya dlm mengejar cita2 & kehidupan... aamiin.. :)
subhanallah..meremang bulu baca kisah kejayaan beliau..smoga kisah beliau mjd pembakar smangat bagi orang lain..sekali lg tahniah :)
Tahniah buat Aqilah.. semoga berjaya dalam apa juga yg diceburi selepas ini.. all the best! :)
Assalammuaalaikum...achik,
Kecacatan bukanlah halangan utk seseorang itu berjaya dalam pelajaran... Moga kisah ini menjadi motivasi kepada pelajar2 yang sempurna. Jika aqilah boleh insallah kita pun boleh.. kan. Tahniah buat aqilah...
mselim3
Istimewanya dia bila dia tak berputus asa. Moga dia terus cemerlang dunia dan akhirat.
untungnya dia..sy dr dulu mmg nak jd seorang sportwomen tp tak dpt peluang sebab clash dgn jadual prtndingn ko-akademik..kalau dia boleh,mustahil lah sy tak boleh buat..yg pntg,think positif,, :) btw,jom join segmen sy,http://eppy25.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
Tahniah......
Untuk berjaya dengan cemerlang sebagai OKU di Malaysia ni memang banyak cabarannya. Saya ada seorang rakan yang OKU, walaupun kebolehannya setara seperti orang-orang normal, adakalanya menempuh kesukaran dek kerana stigma masyarakat yang memandang rendah keupayaan warga OKU.
Pada saya, OKU perlu dihormati setaraf dengan rakyat lain di Malaysia kerana mereka juga menyumbang bakti kepada negara kita sama seperti warga Malaysia lain yang normal.
bila Allah tarik nikmat sesuatu fizikal drpd seseorang, pastikan akan diberi kelebihan di sudut yg lain... Allah Maha Adil dan Allah Maha Besar... tahniah kpd pelajar tersebut
salam...tahniah buat Aqilah :)
Alhamdulillah... DIA berikan kelebihan dari segi lain kepada beliau... :)
Alhamdulilah, taniah diucapkan. Istimewanya kak Aqilah. Semoga beliau terus berjaya dalam hidup beliau pada masa akan hadapan.
doaku sentiasa untuk sahabat2 ku
Tahniah dan berbangga dgn mereka yg berjaya dlm serba kekurgn..
anis knal kakak nie.. same blok dalam kamsis dulu.. kakak nie memg cekal..semua buat sendiri..xpernah harapkan org.. suka tgk dye kalau terserempak mase nak gi klas dulu.. allah lebih tahu apa yg terbaik.. :)
rasa kedil diri bila baca entri ni, kita yang cukup sifat pun tak sekuat macam kak aqilah. sob..sob
Catat Ulasan