Ticker

6/recent/ticker-posts

Tahniah Aqilah Pelajar Istimewa Cemerlang PMM


Assalamualaikum

"Dimana ada kemahuan di situ pasti ada jalan ", rezeki tak akan datang bergolek tanpa usaha dari kita. Inilah antara ungkapan-ungkapan sesuai yang boleh ditujukan kepada seorang graduan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) ini .Sekalung tahniah acik ucapkan kepada Aqilah Syahira Ahmad iaitu junior acik di Politeknik merlimau melaka kerana menjadi pelajar cemerlang semasa di konvokyen yang di adakan baru-baru ini.

Walaupun fizikilnya tidak sempurna seperti insan lain, namun itu bukan alasan untuk menjadi orang yang berjaya. Beliau adalah satu-satunya insan istimewa yang acik kenali mampu menangkis segala persepsi orang terhadapnya.

Sepanjang acik mengenali beliau, beliau seorang yang sangat tabah, aktif dalam menyertai apa jua aktiviti yang di anjurkan serta memberikan komitmen yang terbaik. Beliau merupakan salah seorang ahli PRSP (Pembimbing rakan siswa Politeknik) yang membantu sesama insani dalam memberikan motivasi kepada rakan sebaya dan mahupun kepada mereka yang memerlukan kekuatan.


Anak kesepuluh dari tiga belas adik beradik ini juga aktif dalam permainan catur dan antara kejayaan di perolehi ialah : 

Asean para games KL (2009) (1 emas, 1 perak )
Asian amateur Open anf Woman Chess Championship (2011) 
Asian youth para games KL  (2013) (1emas, 1 perak)
Asean para games myanmar (2014) (1 gangsa

Kekurangannya yang ada padanya bukan penghalang, malah kadang kala acik rasakan beliau seperti yang lain. Jika apa jua aktiviti yang di adakan tidak pernah kata tidak untuk sertai walaupun aktiviti itu sukar. Itulah semangat yang di tunjukkan.Kejayaan yang beliau hadapi hari ini sebenarnya menjadi pembakar semangat kepada yang lain. Setiap insan di berikan peluang dan kesempatan yang penting jangan pernah putus asa.

Alhamdulilah sekali lagi tahniah !! dan semoga aqilah berjaya di masa hadapan, abaikan tanggapan orang terhadap orang qila. Qila dah buktikan kejayaan itu milik siapa saje bagi mereka yang berusaha.

Catat Ulasan

27 Ulasan

sitirohaida berkata…
Tak semestinya pelajar seperti Aqila tak boleh nak berjaya kan..yang penting semangat dan usaha untuk mengecapi kecemerlangan tu ada...Insyallah...cerah masa depan...Tahniah untuk Aqilah..
Tanpa Nama berkata…
Comel orangnya :) kekurangan bukanlah halangan utk kita berjaya
Mizz Aiza berkata…
alhamdulillah dan tahniah kepada beliau.. ternyata beliau telah membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk beliau berjaya seperti insan yang lain..
Adam Faiz berkata…
Tahniah buat beliau :)
NEW ENTRY UPDATED : FINALY,IM BACK
lynmunir berkata…
Tahniah, moga kejayaan yang dikecapi berterusan dari dunia hingga ke akhirat.
Unknown berkata…
Tahniah buat adik Aqilah...
Kekurangan bukan penghalang untuk kita berjaya...
kekurangan merupakan motivasi dan guru yang hebat dalam setiap apa yang kita ingin...
semoga adik sentiasa sukses dalam pelajaran...
Unknown berkata…
Alhamdulillah suka tgk kejayaan dia :)
Unknown berkata…
Kita semua tiada beza....yang penting usaha, dan keinganan kita untuk berjaya...Alhamdulillah...sy tumpang gembira...
Blog Santai berkata…
Alhamdulillah tak semua orang punya semangat juang seperti dia..Moga adik qila terus berjaya...
Hariz berkata…
Terbaik. Alhamdulillah. Semoga jadi inspirasi untuk orang lain.

Ikhlas,
profhariz.com
Khir Khalid berkata…
Tahniah... semoga beliau terus berjaya dlm mengejar cita2 & kehidupan... aamiin.. :)
Cik Tieka berkata…
subhanallah..meremang bulu baca kisah kejayaan beliau..smoga kisah beliau mjd pembakar smangat bagi orang lain..sekali lg tahniah :)
Unknown berkata…
Tahniah buat Aqilah.. semoga berjaya dalam apa juga yg diceburi selepas ini.. all the best! :)
mselim3 berkata…
Assalammuaalaikum...achik,

Kecacatan bukanlah halangan utk seseorang itu berjaya dalam pelajaran... Moga kisah ini menjadi motivasi kepada pelajar2 yang sempurna. Jika aqilah boleh insallah kita pun boleh.. kan. Tahniah buat aqilah...

mselim3
Invisible Me berkata…
Istimewanya dia bila dia tak berputus asa. Moga dia terus cemerlang dunia dan akhirat.
Eppy Ismail berkata…
untungnya dia..sy dr dulu mmg nak jd seorang sportwomen tp tak dpt peluang sebab clash dgn jadual prtndingn ko-akademik..kalau dia boleh,mustahil lah sy tak boleh buat..yg pntg,think positif,, :) btw,jom join segmen sy,http://eppy25.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html
Shahrul Yusof berkata…
Untuk berjaya dengan cemerlang sebagai OKU di Malaysia ni memang banyak cabarannya. Saya ada seorang rakan yang OKU, walaupun kebolehannya setara seperti orang-orang normal, adakalanya menempuh kesukaran dek kerana stigma masyarakat yang memandang rendah keupayaan warga OKU.

Pada saya, OKU perlu dihormati setaraf dengan rakyat lain di Malaysia kerana mereka juga menyumbang bakti kepada negara kita sama seperti warga Malaysia lain yang normal.
Unknown berkata…
bila Allah tarik nikmat sesuatu fizikal drpd seseorang, pastikan akan diberi kelebihan di sudut yg lain... Allah Maha Adil dan Allah Maha Besar... tahniah kpd pelajar tersebut
Cik Itah berkata…
salam...tahniah buat Aqilah :)
Unknown berkata…
Alhamdulillah... DIA berikan kelebihan dari segi lain kepada beliau... :)
cik lisa berkata…
Alhamdulilah, taniah diucapkan. Istimewanya kak Aqilah. Semoga beliau terus berjaya dalam hidup beliau pada masa akan hadapan.
Unknown berkata…
doaku sentiasa untuk sahabat2 ku
Maria Firdz berkata…
Tahniah dan berbangga dgn mereka yg berjaya dlm serba kekurgn..
Anizz Annisa berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anizz Annisa berkata…
anis knal kakak nie.. same blok dalam kamsis dulu.. kakak nie memg cekal..semua buat sendiri..xpernah harapkan org.. suka tgk dye kalau terserempak mase nak gi klas dulu.. allah lebih tahu apa yg terbaik.. :)
budakbandunglaici berkata…
rasa kedil diri bila baca entri ni, kita yang cukup sifat pun tak sekuat macam kak aqilah. sob..sob