Pengikut

Selasa, 29 April 2014

Aku Menikahi Dia Maka Aku Terima Segala Kekurangannya Dan Kelebihannya Kerana Allah


gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Teringat kembali apa yang berlaku beberapa yang hari yang lepas, acik belajar dari kesilapan agar tidak mendengar cerita yang tak pasti.Acik menceritakan kembali menggunakan nama samaran bagi menghormati mereka.

Mat joyah : Kau tahu, si Amran kawin dengan Zati sebab kena guna-guna, dia guna bomoh tu.
Acik : Kau nie ada-ada saje, tak baik kata kawan baik ko sendiri
Mat Joyah : memanglah sebab dia kawan aku ,aku tahu.

Acik pun jadi sangsi dan betul ke sebenarnya macam gitu ? Jadi acik beranikan untuk bertanyakan pada tuan punya badan sendiri.

Acik : wahh laju jer jalan am, meh la aku nak berbual sekejap dengan kau ini.
Amran : ehh acik, sorry aku tak perasaan kau, aku nak pergi kedai sebelah sana.

Setelah panjang lebar kami bercerita, akhirnya acik beranikan diri bertanya kemusykilan yang belaku

Acik : Am, aku dah lama kenal kau, kau sahabat yang baik, tapi kau tak pernah ceritakan tentang isteri kau.
Am : Ohh isteri aku , isteri aku biasa-biasa aje cik, memang dia tidaklah cantik, berbadan besar dan tidaklah seindah gadis di luar sana. Tapi aku terpikat dengan dia di sebabkan akhlaknya. Jujur aku katakan ,ramai wanita yang cantik aku jumpa tetapi akhlaknya..ermm tapi dia walaupun dia tidaklah cantik dari luaran tetapi dia cantik disini (tunjuk di hati). "Dia jaga aurat dia, maruah dia terpelihara. dia mampu jaga maruah aku dan dia berpegang teguh dengan agama dan paling penting dia mampu melahirkan zuriat untuk kami bersama-sama membawa ke jalanNya.

Aku bukanlah sempurna untuk menilai seseorang itu, apabila aku menikahi dia maka aku terima segala kekurangannya dan kelebihannya. Alhamdulilah bulan 9 ini dia akan lahir anak kami yang pertama.

Acik : Allahuakbar, aku kagum dengan kau wahai sahabat, aku doakan kau akan sentiasa bahagiadi dunia dan akhirat.

Ya Allah terima kasih kau selamatkan aku dari mendengar bisikan syaitan yang membawa khabar buruk untuk mencemarkan nama orang lain. Ianya acik jadikan tualadan kepada diri sendiri bahawa jangan mendengar cerita buruk orang sampaikan itu dan di ambil bulat-bulat, dapatkan kesasihannya dahulu.

Share This!


21 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum acik. alhamdullilah. semoga dipermudahkan urusan isterinya nak bersalin. suka baca kisah2 begini acik.. semoga menjadi pedoman buat pasangan diluar sana yang masih mencari jodoh ~~~

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

entri yang menarik

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

Semoga pasangan hidup ena, boleh terima kekurangan dan kelebihan dalam diri ena. Begitu juga ena terhadap dirinya. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni

Pha Is berkata...

perkongsian yg baik.. jangan cepat buruk sangka dengan orang. :)

Bin Muhammad berkata...

Bukan hak kita untuk menilai seseorang tanpa mengenalinya terlebih dahulu... Semoga mereka kekal bahagia hendaknya.

p/s: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd Acik kerana sudi berkunjung ke Relaks Minda dan menghantar entri ini sebagai Entri Pilihan Terbaik anda untuk dikongsikan dalam segmen Komen Entri.
Semoga sedikit ulasan dan perkongsian anda ini dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama. Terima kasih sekali lagi... ikuti komen entri anda di sini : http://relakssminda.blogspot.com/2014/04/cinta-tidak-mesti-bersatu.html

Asha Lya berkata...

betul kan jangan terlalu cepat buruk sangka pada org lain

Kesuma Angsana berkata...

betul tu... & kita sebagai pasangan saling lengkap melengkapi lebih & kurangnyer pasangan !

Khir Khalid berkata...

Tak baik berburuk sangka kan... semoga mereka terus berbahagia di dunia & akhirat... aamiin..

Vee Sandi berkata...

selalunya pembawa mulut camtu , mmg suka jaga tepi kain org ... alhamdulillah . moga mereka terus bahagia hingga akhirnya .

RDZ Z berkata...

Alhamdulillah terima seadanyakan..siapalah kita untuk membuat judgement. Terima seadanya segala kekurangan dan kelmahan ayng ada..dan yang penting jangan cepat berburuk sangka..

Cik Itah@RRP berkata...

salam. perkongsian yang bermanfaat...thanks share cik :)

Hafiza AizZawa berkata...

mulut orang mmg berbisa kan acik.. jaja cerita yg tak betul.. timbulkan fitnah.. kalau mcm tu baik kita siasat sendiri..

mysha berkata...

Tula sifat manusia kadang2 yang buat andaian sendiri.. Kdg2 jauh terpesong dari cerita sebenar.. Mudah2an kita dijauhkan sikap sebegitu!!

PakcikLie PCL berkata...

untuk kepastian berita ; lebih baik bertanya kpd orgnya dan jgn mendengar khabar angin saja...

ecah khalili berkata...

kena guna-guna or tak, kalau dah jodoh, tak kena guna-guna pon tetap jodoh..kalau dah tertulis bukan jodoh, guna-guna macam mana sekalipon tetap bukan jodoh.. Allah dah tentukan dah yg terbaik untuk setiap hambanya..

paridah berkata...

bagus sekali n3 acik ni...masing2 akan cuba mengenali pasangan masing2 setelah berkahwin n cuba menerima seadanya setiap kekurangan n kelebihan masing2..

BUNDA a.k.a KN berkata...

Khabar angin dan andaian/spekulasi itu sangat berbisa sekiranya ia tak benar bolih jatuh fitnah...

Ammar Yasir berkata...

Besar tanggungjawab insan bernama suami

Maria Firdz berkata...

Bestnya bercinta lepas khwin.. apa ada pada rupa, harta dan taraf semua tu bukannya kekal pun... yg kekal ialah iman...

Time Traveller berkata...

Satu perkongsian yang baik... panduan juga untuk memilih :D

Mila Hilas berkata...

Alhamdulillah...mujur acik bkn jenis yg suka dgr sblh pihak je kan?? Semoga acik trs terpelihara drp perkara2 buruk...dan acik juga akan jumpa bakal jodoh acik dgn org2 yg baik juga.InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails