Pengikut

Selasa, 22 April 2014

Antara Kebaikan-Kebaikan Menemani Isteri Saat Bersalin

Gambar hiasan

Assalamualaikum 

Alhamdulilah pagi tadi sempat menghadiri seminar di mana memberi ilmu kepada para lelaki yang akan mendirikan rumah tangga. Acik di jemput hadir sebagai rakan media di majlis tersebut. Majlis seperti ini sangat bagus memberi ilmu dan pendedahan kepada lelaki tentang tanggungjawab apabila mahu berumahtangga. Salah seorang panel merupakan pakar dalam psikologi dan kauseling. Dia bertanya kepada audience lepas kamu berkahwin pastinya nanti kamu akan menimang cahaya mata. Patutkah Suami Teman Isteri Bersalin ?

Suasana menjadi sunyi seketika dan ramai lelaki menggeling kepala dan ada yang katakan takut untuk melihat darah dan sebagainya. Jadi hari ini acik ingin kongsikan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi oleh suami apabila teman isterinya bersalin.

Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

Meredakan kesakitan isteri

Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

Menimbulkan keinsafan di hati suami

Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

Lebih menyayangi dan menghargai isteri

Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:

Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
Memberi kata-kate semangat untuk isteri
Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
Mengelap muka isteri apabila berpeluh
Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaumku sekalian, yang telah bergelar suami, Dah ada pengalamankan, apa perasaaan kamu ? acik nak tahu juga boleh la kongsi-kongsikan.



Share This!


23 ulasan:

  1. memang bagus kalau suami temankan isteri bersalin,
    kasih sayang bertambah dan boleh mengurangkan kes,
    cerai berai yg byk berlaku sekrg nie...
    sekurang-kurangnya kesakitan yg dialami oleh isteri berkurangan,
    dgn adanya suami disebelah...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. syukur dpt bersama2 utk ke empat2 anak kami.. saya org yg pertama melihat anak saya lahir ke dunia bersama2 doktor.. nostalgia.. :) :D

    BalasPadam
  3. suami akak memang temankan akak, tapi disebabkan c-sec, dia cuma duduk temankan pada pintu pertama ot room, dan ot room yang kedua dia tak boleh masuk, unless kalau dia berani tengok perut kena belah lah kan... ha ha ha... puan punya badan ni nak tengok perut kena belah tapi tak pakai contact lens pulak masa tu... ekekekeke... berani tak berani.... tapi memang nurse cakap dia sibuk dok mundar mandir risaulah, dan lega bila dengar ash menangis...hik hik hik...Alhamdulillah semua selamat, and akak ok jer masuk berjuang perut kena belah sorang2 kat situ...

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum...achik,

    mselim3 pernah ada pengalaman teman isteri bersalin.. mmg benar2 menginsafkan dan menghargai pengorbanan isteri... rasa sayang dan terharu kat isteri..

    mselim3

    BalasPadam
  5. harap2 suami sy nak teman nanti. :) bukan nak apa..cume nak dia genggam tangan dan ingatkan diri kite agar zikrullah byk2..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...awok dah pernah merasa pengalaman ni... dan Insyallah akan lalui pengalaman ni sekali lagi bulan 6 ni.....

    BalasPadam
  7. Kalau boleh, memang digalakkan suami menemani isteri waktu bersalin. Cuma, ada ketikanya keadaan mendesak hingga menghalang dari suami menemani isteri. Misalnya dalam keadaan anak di dalam kandungan nak keluar sangat dah jam-jam itu. Ini biasanya bagi pasangan yang dah ramai sangat anak la kan. Sampai ada setengahnya tu nak teran waktu bersalin pun senang je. Hahaha

    BalasPadam
  8. Sedih plak bila baca ni... Sbb kedua-dua anak suami sy x smpat msuk tgk... Huhu... Tup2 dh bersalin.. Apa pun syukur semuanya selamat...

    BalasPadam
  9. memang inila impian lya..insyallah kalau dah kawin nnt

    BalasPadam
  10. Tips bagus utk mereka yg bakal menerima cahaya mata.

    Tapi, Akak bersalin sorang2 je masa ketiga2 anak akak tu..hihi. Cuma masa Hani, sempatlah suami masuk paa peringkat awal di bilik bersalin.. :D

    BalasPadam
  11. Belum dapat merasa kerana inilah impianku...

    BalasPadam
  12. InsyaAllah satu hari nnt...tp takut gak. Takut sy yg pengsan nnt.

    BalasPadam
  13. supaya lelaki lbh menghargai pengorbanan isteri mengandung dan melahirkan zuriat keturunannya .

    BalasPadam
  14. jgn lelaki pengsan kat situ dah ler...hehehe

    BalasPadam
  15. suami mama peneman mama saat mama masuk ke labour room dan selamat melahirkan..

    BalasPadam
  16. bersalin ni xmudah...sakitnya bagai nyawa di ujung rambut...kalau ada suami r ibu yg bersama-sama menemani bertambah sedikit kekuatan isteri nak zahirkan cahaya mata yg dinanti selama ini..

    BalasPadam
  17. kalau di hospital swasta boleh tengok baby deliver tapi di hospital kerajaan sehingga pintu labour room jer....

    BalasPadam
  18. Salaam..
    en suami dapt tgk masa sy deliver 2-2 org anak.. mmg dia kesian sgt masa time push tu..
    suami sempat bisik TQ & Iloveu byk2 kali lps deliver tu.. emosi hehe..
    tp lepas 2nd baby en suami ckp 'klau mcm ni la sakitnye nk deliver, rsnye xpayah dah la, xsanggup nk tgk awk mcm tu'
    hehe.. kesian suami trauma agaknye tgk isteri macam tu.

    BalasPadam
  19. orang ckap penembah semnagt ketika isteri bersalin..dan lelaki akan smakin insaf dan lbih mnghargai sang isteri,,,

    BalasPadam
  20. mesti praktikkan nanti tau acik bila tiba masanya..heee

    BalasPadam
  21. Perkongsian yang sangat menarik.
    Bagi saya si suami PERLU menemani si isteri :)

    BalasPadam
  22. akak pernah mengajak suami akak meneman time bersalin anak sulung
    tapi encik suami takut pada darah
    so akak kata tak mengapalah, doakan semua selamat aje =)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails