Ticker

6/recent/ticker-posts

Kesilapan Meletak Jari Kaki Ketika Sujud Dalam Solat

 
Assalamualaikum
 
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah ini ucapkan syukur  atas nikmat yang di berikannya. marilah kita berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Teringat pula ketika solat di  masjid Subang Jaya ada maklumat tentang ini dan kebetulan acik temui di page Jakim yang di kongsikan melalui Masjid Negara Kuala Lumpur page . Jadi acik ingin kongsikan kepada kamu semua.
 
kaki ketika sujud
 

"Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain" (Hadith Sahih Riwayat al-Thabarani)
 
Perasan atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara meletak atau menyusun jari kaki kita di lantai. Ada yang letak di hujung kuku, ada yang bersilang dan bermacam-macam lagi.Pada kali ini jom kita tengok bagaimana kedudukan sebenar jari kaki kita ketika sujud.

Kedudukan yang betul ialah dengan melipat hujung jari kaki sehingga perut jari kaki itu dirasa menyentuh ke bumi. Sekurang-kurangnya ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya( pada kedua-dua belah kaki). Jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh menjadi batal kerana ia merupakan anggota wajib yang 7. Justeru bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.

Soalan: Kalau macam ini cara sebenarnya jadi selama ini tak sah lah solat saya?
Jawapan: Menurut Imam al-Nawawi Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan perut hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka tidak sah solatnya. Tetapi jika dia melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima.

Catat Ulasan

38 Ulasan

Niesa berkata…
thanks acik share..kdg2 kita ni xperasan salah cara... :)
Asha Lya berkata…
trima kasih atas prkongsian..trima kasih juga atas pringatan utk kita semua
BinMuhammad berkata…
Bagus utk makluman mereka yg belum mengetahuinya. Kedudukan tangan juga penting ketika sujud. Ketika sujud, siku mestilah terangkat, tidak boleh terletak kerana ianya menyamai perlakuan anjing...
Sama2 kita saling mengingati kearah kesempurnaan dalam ibadat.
solat itu lebih baik dari tidur
thanks info yg bermanfaat
mselim3 berkata…
Assalammualaikum.. achik,

Bagus perkongsian nie... 7 anggota sujud itu ialah..dahi,2 tapak tangan,2 lutut, dan 2 hujung jari kedua belah kaki.. kan. nice sharing..

mselim3
MyCherita berkata…
perkongsian yg sgt bagus nie acik..peringtan utk semua termasuk saya... alhamdulilah, terima kasih acik..
Unknown berkata…
yg tengah tu pun..jari dah dilipat mengadap kiblat tapi kedua kaki rapat..seeloknya di renggang kn.
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik, alhamdullilah. perkongsian yang baik dan berguna sekali. semoga kita2 semua take note :)
Jejari Menaip berkata…
perkongsian ilmiah yg baik..thanks acik
Ammar berkata…
Sebenarnya ramai yang tak ambil tahu pasal ni kan?
Unknown berkata…
makseh perkongsian nya dik...
niesalhaq berkata…
Jazakallah kheir atas maklumat yg sangat bermanfaat :D
sitirohaida berkata…
insyallah...thanks acik
Tanpa Nama berkata…
harus di ambil berat..tqvm acik..
selalu jugak suka observe orang ni...ahakss...busy body betul akak acik ni, dah tu ternampak depan biji mata tengok jer lah... tapi ini adalah satu perkongsian yang sangat2 baik... thanks for sharing acik...
Ainim Rashihah berkata…
thanks kongsi ni acik. pernah ustaz don share ni dalam prog ni dulu.
farhana mohamad berkata…
terima kasih acik. kadang2 kita amek remeh benda macam ni.
cikpinz berkata…
terima kasih..mungkin sebelum ini ramai tidak tahu ataupun kurang mengambil berat tentang ini..
cahaya berkata…
sepuluh jari sah kena lekap di lantai, part atas pun wajib berlaga/bertemu :)
Maria Firdz berkata…
Nice sharing... Jadi kalau dh tahu wajib buat kn...
Blog Santai berkata…
Bagus panduan ni acik coz solat kita memang pentingkan..kena belajar dan ambil tau setiap makna dan bacaan dan pergerakan...
Mizz Aiza berkata…
terima kasih di atas perkongsian ini acik.. ramai yang masih tidak tahu..
Tq shara acik..moga lepas ni kita sama2 perbaiki solat kita agal lebih sempurna
sobri yaacob berkata…
terima kasih acik..kadang2 kita memang x terperasan.. tq sharing
Unknown berkata…
ohh tenkiu acik for sharing this
Unknown berkata…
tq achik 4 sharing :)
Khir Khalid berkata…
Semoga membawa kebaikan kpd yg belum mengetahuinya.. semoga beroleh keberkatan dar Allah swt... aamiin..
ANIM berkata…
kalau kita ternampak kekdudukan jari kaki jemaah yang tersilap letak semasa solat, berbaik sangkalah dia buat mengikut kemampuan kerana suami kak sendiri ada masalah di ibu jari kakinya:-))
Zaza Iman berkata…
tkasih acik...kadang2 rasa ada salah jgk..bila tgk ni.. :) 1 pgetahuan..thanks :)
Unknown berkata…
Bagus Acik..! saling ingat mengingatkan... ramai diluar sana yang masih tidak perasan akan kesalahan ini..
Fiza Aizzawa berkata…
terima kasih acik atas perkongsian nie...
Unknown berkata…
perkongsian yg sangat bagus.. terima kasih acik :)
nOe suhaimi berkata…
terima kasih atas perkongsian acik...sesetengah orang anggap ianya remeh...tapi yg remeh ni la yg kena perbetulkan
Hariz berkata…
Alhamdulillah. Lepas ni sila audit solat dengan sempurna.

Ikhlas,
www.profhariz.com
Yana Yani berkata…
ramai sebenarnya yang kurang sedar hal ni
moga ianya memberi manfaat
Unknown berkata…
Perkongsian yg amat bermanafaat utk semua. Ramai yg masih tak sedar kesannya dlm ibadat kita.